Hai and assalammualaikum, aku dah publish new chapter!
Enjoy your reading!
| Edit version: 08022022 |
RANIA memulas tombol pintu menggunakan tangan sebelah kanannya manakala tangan sebelah kiri pula memegang plastik yang berisi ubat. Dia menjengah kepala ke dalam bilik. Keningnya terjongket hairan apabila melihat Izyan tiada dalam bilik.
"Kau tengah tengok apa?"
Kepalanya terus menoleh ke arah empunya suara itu sebelum menjerit kuat. Izyan yang terkejut mendengar jeritan Rania pantas mengundur ke belakang. Dia mencerun tajam memandang Rania sedang menutup mata itu.
Tiba-tiba tubuhnya terasa sejuk dan dia menunduk kepala memandang badannya. Bantal yang berada di atas sofa diambil lalu dicampak ke arah Rania.
"Dasar pervert!"
"Sumpah, saya tak tengok apa-apa!" ujar Rania sambil menutup mata menggunakan bantal yang dibaling Izyan. Badan cepat-cepat dipusing ke belakang menghadap pintu. Muka tak usah cakaplah, dah merah!
"Dah, buka mata tu. Lain kali ketuklah pintu!" kata Izyan geram. Dia melabuhkan punggung di sofa yang empuk itu sambil matanya memandang cerita yang disiarkan. Rania menurunkan bantal lalu melangkah mendekati Izyan. Dia menghela nafas lega. Lega mata dia dah suci.
"Nah." Plastik yang berisi ubat dihulurkan kepada Izyan. Keningnya berkerut melihat plastik itu. Rania menepuk dahi kuat. Apa blur sangat Izyan ini!
"Taik. Makanlah. Confirm menjilat jari," balas Rania sambil menghadiahkan senyuman manis. Izyan menjulingkan mata ke atas menyampah dengan respon gadis di depannya.
"Tak payahlah. Aku dah sihat dah pun. And one more thing, I don't need and also don't like it. So, please remember, okay cutie?" Izyan terus menapak keluar dari bilik meninggalkan Rania sendirian. Tanpa berlengahkan masa, Rania mengejar langkah Izyan sebelum dahinya 'tercium' belakang badan lelaki itu.
"Eh Izyan, apa kau..." Belum sempat Ilman menyoal kembarnya itu, mulutnya seakan--akan terkunci dari terus menyoal. Keningnya terjongket hairan melihat kehadiran gadis yang selalu berkepit dengan Izyan. Rania menjuling mata ke atas.
Menyampah!
"Kau buat apa dengan Izyan dalam bilik tu?" soal Ilman sambil mata birunya merenung tajam ke arah Rania. Baru sahaja Izyan ingin membalas soalan abangnya, Rania terlebih dahulu mencelah.
YOU ARE READING
Aye Aye Posmen! [OG]
Romance• Second Novel by @imsyazz • • 1st Romance by @imsyazz • Rania Maisarah, gadis brutal yang pantang dicabar. Bagilah challenge apa-apa pun, dia sahut! Dia juga seorang yang suka mencuba sesuatu yang lain dari lain. Perempuan jadi posmen? Why not! Pe...