AAP! 13

141 24 87
                                    

Assalammualaikum... hai? New chapter is done!

Enjoy your reading!

| Edit version: 15022022 |




| Edit version: 15022022 |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




BARANG-BARANG yang sudah dibungkus dengan bubble wrap dipandang sekilas. Peluh yang merintik di dahi dilap menggunakan tuala kecil yang sentiasa dibawa ke mana-mana. Rania mengipas dirinya dengan menggunakan tangan bagi mengurangkan rasa panas yang menyelumbungi diri.

Bila lama-lama jadi posmen ini, baru Rania sedar bukan senang untuk bekerja sebagai rider. Baru sekejap tadi dia kena maki dengan customer seraya menghantar parcel. Panas-panas terik ini lagi. Itu belum sebut pasal hujan.

''Huwargh, banyak lagi!" rungut Rania kuat. Rasa nak menangis dia apabila melihat semua parcel tersebut. Bagi kerja macam nak tercabut tulang belakangnya.

Nafas ditarik dalam-dalam sebelum Rania mencapai kunci motornya dan masukkan ke tempat kunci tersebut. Selesai sahaja menghidupkan enjin motosikal, dengan lafaz bismillah dia menekan pedal dan motornya mula meluncur di atas jalan tar. Sempat dia memandang kiri dan kanan bagi memastikan tiada kereta ketika dia hendak membelok.

Tanpa sedar, ada sebuah kereta berwarna hitam sedang meluncur laju ke arah Rania. Mata Rania terbuntang luas dan cuba mengelak dari dilanggar. Malangnya semua berlaku sekelip mata. Dia dirempuh dari tepi sehingga badannya tergolek di atas jalan.

Empunya kereta tersebut keluar sekejap dan hanya melihat Rania dari jauh tanpa menghantar bantuan. Perlahan-lahan lelaki itu kembali masuk ke dalam kereta dan deruman enjin jelas kedengaran di telinga Rania. Ketika itu juga, kepala Rania mula berdenyut-denyut.

''Ya Allah, Cik!''


























HANYA senyuman yang terlakar di bibirnya seraya melihat wajah manis seorang doktor perempuan pada awal-awal dia mencelik mata. Doktor yang bernama Linda itu cepat-cepat menerpa ke arah Rania apabila melihatnya seakan-akan untuk bangkit. Doktor Linda membantu Rania menyandar ke kepala katil.

''Siapa yang tolong hantar saya tadi, doktor?'' soal Rania ingin tahu. Baru sahaja Doktor Linda mahu menjawab pertanyaannya, pintu bilik terkuak luas dari luar secara tiba-tiba. Terjengul wajah Izyan dan Ilman yang lengkap berpakaian formal. Dua-dua memakai kemaja beserta kot berwarna kelabu dan biru pekat.

''Ya Allah, kenapa boleh accident ni?'' tanya Ilman cemas sebelum berjalan mendapatkan Rania. Helaian rambut yang menutup jahitan dahinya diselak lembut. Tubuh Rania automatik keras dan terus lupa hasratnya untuk memarahi Ilman.

Aye Aye Posmen! [OG]Where stories live. Discover now