Assalammualaikum, sorry lambat! Don't forget to read, vote and comments ❤️Thank you!
| Edit version: 13122022 |
BUNYI tapak kasut memenuhi ruangan pejabat yang tadi bising kini senyap. Masing-masing mula kembali ke tempat sendiri dan menyambung kerja. Rania terkebil-kebil memandang rakan-rakan sekerjanya. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Of course dia curi-curi masuk. Dia bosan jadi dia datanglah sini.
''Hai Ilman!''
Semua mata mula tertumpu ke arah Rania. Tak percaya. Rania hanya mengendahkan semua pandangan tersebut dan memandang Ilman kembali. Senyuman lebar diukir di bibirnya.
Kelihatan raut wajah Ilman bertukar tegang. Rahangnya diketap geram. Terkebil-kebil Rania melihatnya. Dahlah tak faham dengan situasi sekarang, kini dua kali ganda tak faham dengan perubahan Ilman.
''Who's Ilman?'' tanya Ilman mendatar. Dia menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku. Rambut yang terjuntai di dahi diselak ke belakang. Renungan tajam dihadiahkan kepada Rania.
''Siapa Ilman?''
Ilman menyoal sekali lagi.
"Awaklah Ilman. Nama sendiri takkan lupa kut. Amnesia ke?'' balas Rania selamba. Pada masa yang sama, dia juga blur dengan soalan Ilman. Semua kelihatan terkejut mendengar jawapan dari mulutnya. Kenapa dengan semua orang hari ini? Tak faham kuasa tiga.
''Tak reti berdiri ke? Aku yang bos ni pun berdiri, kau yang kuli duduk pula.'' Terasa terhina pula Rania apabila perkataan bos dan kuli itu sengaja ditekan. Tahulah Ilman itu pangkat tinggi tapi tak payahlah nak berlagak sangat. Ingin sahaja membalas macam itu tapi Rania masih sedar lagi kedudukannya dengan Ilman.
Rania bangun dari duduk dan menunduk hormat. Ikutkan sahaja kemahuan Ilman. Wajahnya ditekur ke lantai. Segan apabila dia menjadi tumpuan orang ramai.
"Rania Maisarah, masuk bilik saya sekarang!''
Gerun pula Rania melihat wajah tegang Ilman. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri. Kakinya mula menapak ke bilik Ilman sebelum berhenti seketika di depan pintu, Sekali lagi, dia tarik nafas lalu menghembuskannya. Perlahan-lahan tombol pintu itu dipulas. Harap tak jadi apa-apalah.
YOU ARE READING
Aye Aye Posmen! [OG]
Romance• Second Novel by @imsyazz • • 1st Romance by @imsyazz • Rania Maisarah, gadis brutal yang pantang dicabar. Bagilah challenge apa-apa pun, dia sahut! Dia juga seorang yang suka mencuba sesuatu yang lain dari lain. Perempuan jadi posmen? Why not! Pe...