Hai and assalammualaikum, new chapter is done. Don't forget to vote and comments.
Enjoy your reading!
| Edit version: 27012022 |
IZYAN memanggil Rania beberapa kali tetapi dibuat tak endah je dengan panggilan itu. Seekor ayam tiba-tiba melintas sebelum memandang Rania selamba. Motornya tak dapat dikawal akhirnya merempuh reban ayam yang berada di kawasan perumahan.Buk!
Dahi Izyan berkerut seraya mendengar pelbagai bunyi. Mulutnya terlopong luas melihat reban ayam yang tadi cantik kini musnah akibat rempuhan Rania. Izyan yang melihat keadaan Rania menghamburkan gelak besarnya.
Mana taknya, dengan tertonggeng dekat atas bumbung reban ayam. Yang buatkan dia tak tahan gelak ialah melihat seekor ayam elok duduk atas badan Rania sambil menayangkan muka selamba.
"Awak gelak apa? Tolonglah!" bengang Rania sambil mencerun tajam. Menyesal pula dia buat tak endah je dengan panggilan Izyan.
"Macam mana kau boleh musnahkan reban ayam dua tingkat ni? Gila ganas!" Izyan menurunkan ayam yang berada di atas badan Rania lalu diletakkan ke bawah. Dia membantu Rania bangun.
''Salah ayam tulah!" hambur Rania sambil menunjukkan ke arah seekor ayam. Izyan menggeleng kepala melihat perangai tak semenggah Rania. Salah dia sendiri tapi boleh pula salahkan ayam yang tak tahu apa-apa itu.
"Woi, kau buat apa dengan reban ayam aku? Sini kau!"
Izyan dan Rania berpandangan seketika sebelum ditariknya tangan Rania membuntuti lariannya. Mak cik tadi mengejar langkah mereka berdua sambil membawa kualinya sekali.
"Naik cepat!" arah Izyan sambil memandang mak cik itu. Cuak juga apabila dia melihat kuali besar yang dibawa mak cik itu. Rania pantas melompat naik ke atas motor sebelum Izyan memecut laju meninggalkan mak cik itu.
''Mak cik, jaga ayam elok-elok!"
Prang!
Perlahan-lahan Rania memusingkan badan ke arah belakang sebelum anak matanya mula membulat. Terkejut Rania apabila melihat kuali besar yang dibaling mak cik itu menyebabkan kehancuran sebuah gerai.
Bapak ganas!
''Kau ni suka cari gaduhlah. Haih,'' rungut Izyan sambil mengerling Rania melalui cermin motornya. Pertama kali dia jumpa perempuan macam Rania ini.
"Ah sakitlah, gila!"
Terjerit kuat Izyan dibuatnya apabila Rania mula memukul dia dengan kasar. Dahlah pukul kuat nak mamp*s. Dia sengaja melajukan kelajuan motosikalnya ke tahap maksimum.
YOU ARE READING
Aye Aye Posmen! [OG]
Romance• Second Novel by @imsyazz • • 1st Romance by @imsyazz • Rania Maisarah, gadis brutal yang pantang dicabar. Bagilah challenge apa-apa pun, dia sahut! Dia juga seorang yang suka mencuba sesuatu yang lain dari lain. Perempuan jadi posmen? Why not! Pe...