BAB 21 | DENDAM CINTA 2

8.8K 806 238
                                    

     "MAKANLAH. Saya nak turun bawah sekejap." Lauk pauk dihidang di atas meja kecil bersebelahan katil. Marissa menjeling Harraz sekilas. Seketika, mata mereka bertaut tatkala panahan redup lelaki itu menikam retinanya.

"Teman abang makan, boleh?" Jemari isterinya disulam lembut. Tersenyum-senyum dia memandang muka cemberut Marissa.

Rindu. Satu perasaan yang terzahir dari lubuk hatinya kala ini. Rindu mahu berasmara dengan Marissa. Rindu mahu menyakat wanita itu. Gelak tawa Marissa, tangisan, pukulan manja isterinya, semua tentang diri seorang Marissa Jasmine, Harraz rindu.

Kini, segalanya telah berubah. Tiada lagi gelak tawa yang kendengaran. Tiada lagi rengek manja isterinya. Wanita itu sudah banyak berubah. Jiwa Marissa kian mati dengan emosi dek lubuk hatinya yang semakin sarat dengan rasa benci.

"Makanlah sendiri. Saya ada kerja kat bawah. Banyak benda lagi saya nak kena buat. Yalah, dulu dah terbiasa jadi kuli kat rumah ni. Tangan ni tak boleh duduk diam nak mengemas," bicara Marissa, menguburkan segala lamunan Harraz tadi. Diselitkan nada perlian yang sinis sekali gus menampar sistem pendengaran lelaki itu. Cukup halus namun begitu menusuk hingga ke setiap pelusuk sanubari.

Senyuman tawar menghiasi seulas bibir Harraz. Cukup faham sindiran wanita itu. Harraz akui, layanannya pada Marissa suatu ketika dahulu amatlah teruk. Padanlah kalau dia diperli sekalipun. Itu tidak memadai dengan perbuatan kejamnya terhadap sang isteri.

"Please, teman abang makan." Harraz memujuk lagi. Sindiran Marissa tidak disimpan dalam hati. Bahkan tidak berbekas kerana dia tahu memang itu selayaknya dia terima.

Marissa menderam kasar. Tangan yang dipegang oleh suaminya lekas ditarik semula. Ruang kosong di sisi Harraz diambil. Punggungnya dilabuhkan di situ. Dulang makanan yang diletakkan di atas meja diambil.

"Buka mulut." Permintaan Harraz diturutkan juga. Walaupun masam mencuka muka Marissa, nasi di dalam pinggan tetap disuapkan ke dalam mulut Harraz. Marah tetap marah, namun tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan.

"Sedap, sayang masak ke lauk ni?" tanya Harraz. Keningnya ternaik sedikit. Tak perlu menunggu jawapan daripada sang isteri, Harraz sudah dapat menebak terlebih dahulu. Air tangan isterinya masih sama. Tiada apa yang berubah.

"Hm." Malas-malas Marissa menjawab.

"Sedap sebab saya dah letak racun dalam lauk ni," sambungnya pula. Sengaja mengenakan Harraz. Dijeling muka cuak lelaki itu. Drastiknya, kunyahan turut terhenti.

"Takde pun racun dalam ni. Saya ni masih ada hati perut. Sejahat saya, takdelah sampai nak bunuh awak. Lainlah awak. Isteri sendiri pun sanggup pukul, dera. Betul tak?" Marissa menyinis lagi. Ekor matanya dapat menangkap air muka Harraz yang berubah muram. Barangkali terasa dengan bicaranya.

"I am sorry." Tiga ayat keramat itu akhirnya terluah juga. Meskipun beribu kali Harraz perlu mengulanginya, dia tidak peduli. Kerana dia tahu, hanya kemaafan yang perlu dituntut tika ini.

Muak? Memang muak mendengar ayat yang sama saja. Ucaplah sejuta kali sekalipun, hati Marissa tak akan terpujuk. Tembok kebekuannya semakin membengkak.

"For what?" Riak wajahnya bengkeng. Pinggan diletakkan kasar di atas meja. Meluap-luap rasa marahnya. Harraz di matanya tika ini hanyalah seekor semut kecil. Apa yang lelaki itu telah buat pada dia cukup meninggalkan luka yang dalam. Parutnya meninggalkan kesan.

"For everything I have done to you." Harraz panggung kepala. Dada terasa sangat sebak sehingga tiada perkataan lain yang mampu diluahkan. Walhal, dalam kepala Harraz sudah bermacam-macam ayat yang mahu dilontarkan. Otak dan lidah seakan tidak bekerjasama.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now