13

59 10 3
                                    

"Doktor macam mana anak saya?" tanya seorang wanita paruh abad

Doktor dihadapannya membaiki kaca matanya yang sedikit jatuh.Dari reaksi doktor itu dia boleh mengagak sesuatu buruk telah berlaku

"Keadaan dia makin teruk dari sebelum ni.Sekejap ketawa sekejap menangis dan kadang - kadang tersenyum sendirian.Beberapa kali juga dia seolah diserang sawan tetapi bukan sawan" kata doktor itu, tangannya diseluk ke poket kot putih yang dipakai

Pasien dia yang sorang ini agak teruk kondisinya dari sebelum ini

Wanita paruh abad itu memandang anak gadisnya dari luar bilik.Ekspresi kosong anaknya direnung penuh kasih

"Kalau puan nak jumpa dia silakan" pelawa doktor itu

Tanpa teragak si ibu melangkah masuk.Hampir luruh jantungnya melihat keadaan ank gadisnya yang semakin kurus manakala pipinya cekung menandakan dia kurang makan

Bawah mata si gadis terlihat lebam akibat tidak cukup tidur.Tangan kirinya digari ke palang katil supaya tidak memberontak ketika jururawat datang memberi makan

"Kar?" panggil si ibu dengan lembut tetapi gadis itu langsung tidak menoleh malah dia hanya menatap luar tingkap

Wanita itu melabuhkan punggungnya pada kerusi "Karla sayang tengok apa?" tanyanya lagi cuba menarik perhatian si anak

Karla tersenyum tetapi matanya masih merenung ke luar tingkap.Jari telunjuknya menunding ke tingkap

"Oh sayang tengok matahari ye? ke langit?" tanya ibunya sedikit teruja apabila Karla memberi respon

Muka Karla serta - merta cemberut "Taklah ibu!"

"Habis tu?"

"Syaliah dan Janna datang lawat Kar!" kata gadis itu dengan gembira.Tangannya melambai ke arah tingkap

Senyuman dibibir ibunya hilang dalam sedetik.Peluh dingin mula membasahi sekujur tubuh tuanya itu.Bulu romanya sudah tegak berdiri

Dia dapat rasakan suasana di dalam bilik itu sejuk tidak seperti sebelum Karla memulakan percakapannya

Janna dan Syaliah adalah kawan Karla.Tetapi kedua gadis itu ditemui mati dalam rumah mereka dibunuh oleh Karla sendiri

Motif tiada sesiapa yang tahu tetapi kerana Karla didapati mempunyai masalah mental yang teruk dia dihantar ke hospital jiwa.Keadaan gadis itu semakin memburuk sehingga hilang akal sihatnya

"K-karla.." bergetar bibir ibunya memanggil Karla

Karla berhenti dari melambai.Perlahan - lahan dia menoleh melihat ibunya.Senyuman dibibir gadis itu semakin melebar sehingga ke telinga

Ibunya terkedu.Kedua mata Karla menghitam keseluruhan.Terdengar bunyi hilaian sayup - sayup menyapa gegendang telinganya

"Kenapa ibu? ibu tak nampak diorang ke?" suara Karla seratus peratus verubah menjadi kasar tidak seperti suara asalnya

Kcakk

Secara tiba - tiba tingkap disamping Karla pecah berderai.Ada beberapa serpihan kecil kaca itu melukai ibunya

"Shh..Dia datang" bisik Karla

"Arghh!" pekik ibunya

Serentak itu doktor tadi dan beberapa perawat berlari masuk.Ibu Karla dibawa keluar oleh perawat manakala beberapa lagi perawat mula menjalankan tugas mereka

"Doktor jangan, saya tak gila! bawa saya pergi dari sini dia datang! saya mati saya mati!" teriak Karla sambil meronta - ronta matanya merenung ke arah doktor yang merawatnya

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now