12

76 8 2
                                    

Janna dan Syaliah tercegat sebentar sebelum Janna membuka mulut "Kita nak kena balik ke?"

"Biar jelah Kar dekat rumah tu" balas Syaliah serentak itu berbaring semula

"Tulah aku pun fikir benda yang sama.Nak balik semula fikir dua tiga kali.Takut!" ujar Janna lalu turut berbaring menyelubungi tubuhnya dengan selimut

Itulah akibat cakap besar.Mulut tu tak boleh jaga.Nak celupar je 24/7

"Kita balik subuh nanti.Tak adalah takut sangat.Dah nak siang" kata Syaliah senada

"Harap tak nazaklah kawan kita tu" gumam Janna sedikit risau.Mati anak orang siapa nak tanggung?


































Karla mencelikkan mata setelah  merasai pipinya seperti dicakar perlahan.Dengan separuh sedar dia bangun melihat sekeliling

Eh?!

Sekarang dia tidak lagi tidur di atas katil empuk melainkan di dalam tandas rumah mereka!

Dia kenal tuala yang tersangkut pada penyangkut tersebut.Itu tuala dia!

Karla memandang luar bilik air.Pintu yang terbuka luas membolehkannya melihat keadaan luar yang agak bersepah

Tanpa menghasilkan bunyi bising Karla mengeluarkan telefonnya dari dalam poket.Mesej Syaliah dan Janna dibuka

Dia perlu beritahu kedua kawannya apa yang berlaku.Mustahil jika kawannya yang meletakkan dia di dalam bilik air itu!

Kreak krekk

Tangan Karla menggigil perlahan apabila mendengar bunyi itu.Dia kenal sangat dengan bunyi tersebut

Kepalanya menoleh kembali pada master bedroom yang berada berhadapan bilik air.Walaupun pintu bilik itu tidak terbuka luas tapi dia masih boleh melihat satu makhluk merangkak sedang merenung ke arahnya dengan marah

Karla menutup pintu bilik air tapi malang pergerakkannya terlalu perlahan.Makhluk tersebut menghentam pintu sehingga terbuka.Karla jatuh terlentang akibat pintu yang ditolak dari luar

"Arghh tolong!" jerit Karla sekuat hati

Badannya ditarik kasar hingga ke dapur.Selepas merasai tubuhnya tidak lagi ditarik Karla dengan pantas bangkit dan berlari ke arah pintu keluar

Dia jatuh terduduk apabila ditolak oleh sesuatu yang tidak dia nampak.Karla terkedu melihat pisau dapur yang jatuh betul - betul dihadapannya

Gadi itu mengesot ke belakang sebelum tersentuh sesuatu.Dia memalingkan wajahnya sebelum terlihat sosok berbalut kain kafan tercegat berdiri.Sosok tersebut turut menundukkan kepalanya melihat Karla

"Arghh! pergilah sial" Karla berlari memasuki master bedroom.Dia menghempas pintu bilik lalu menguncinya dari dalam

Nasiblah rumah mereka sudah terang benderang walaupun hanya ada beberapa lampu yang terpasang

Karla menelefon kedua kawannya beberapa kali.Line telefonnya yang tak pernah E tiba - tiba sahaja muncul 

"Wtf?!"

Bamm!

Pintu master bedroom dirempuh kuat dari luar sehingga bergegar

Karla menjarakkan diri dari pintu.Tangannya masih setia mengtaip mesej kepada Janna dan Syaliah berharap kedua gadis itu datang menolongnya keluar dari rumah puaka tersebut

Dia cuba berlari masuk ke dalam bilik air yang ada di dalam master bedroom tersebut tetapi kakinya bagai dipaku pada lantai sehingga dia tidak dapat bergerak

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now