10

85 7 12
                                    

Janna berjalan mendekati flat rumahnya.Sebelum naik ke rumah dia singgah di peti suratnya untuk mengambil bil air dan api

Seorang wanita berpakaian jubah labuh  menutupi baby bellynya mendekati Janna.Janna berbalas senyuman dengan wanita tersebut

Boleh dikatakan wanita tersebut agak muda mungkin sebayanya

"Akak orang baru ke? saya baru je nampak akak kat sini" tegur wanita itu dengan ramah

"Oh taklah baru sangat.Dekat sebulan macam tu"

"Tingkat berapa? maklumlah orang mengandungkan jarang keluar rumah.Lagi - lagi bila lift rosak" wanita itu menggosok baby bellynya beberapa kali

"Tingkat tiga" balas Janna

"Ouh! saya tingkat 4.Nanti datanglah rumah boleh makan makan" pelawa wanita itu dengan gembira

Janna tergelak kecil melihat telatah wanita itu sebelum mengiyakan.Dia berura - ura ingin pergi tapi langkahnya mati tatkala lengannya ditahan wanita itu

"Hm?"

"Rumah mana satu ek?" soal wanita itu.Riak wajahnya sedikit cemas

"Rumah saya dekat dengan tangga C-10" beritahu Janna tanpa fikir panjang

Serta - merta pegangan wanita itu terlerai.Wajahnya pucat lesi setelah mendengar nombor rumah Janna

Tanpa berkata apa - apa wanita itu berjalan pergi meninggalkan Janna

Ada benda tak kena

"Tunggu" halang Janna

"Sorry saya kena balik" wanita itu cuba melarikan diri dari Janna

Tanpa ragu - ragu Janna mengheret wanita itu ke tempat yang agak sunyi iaitu dibawah tangga

"Saya tahu rumah tu berhantu.Boleh bagitahu apa saja yang awak tahu?" tanya Janna serius

Wanita itu terdiam buat seketika.Berbelah bahagi ingin memberitahu Janna perkara sebenar

"Tolong akak saya betul - betul nak tahu.Apa yang berlaku kat rumah tu sebelum saya pindah?" rayu Janna lagi.Dia dapat rasakan wanita di depannya mempunyai jawapan untuk semua persoalannya

"Ok..Tapi tolong jangan takut ye?" wanita itu menarik nafas panjang setelah melihat Janna yang tidak sabar mendengar ceritanya

"Penyewa dulu kena sihir.Saya tak tahulah kena sihir sebab apa tapi dari apa yang saya tahu sihir yang dihantar padanya ialah sihir orang asli.Banyak kali berubat sampai satu tahap gangguan tu sampai ke tingkat saya"

Wanita itu merenung lantai.Tangannya tidak henti meramas jubah labuhnya

"S-sampaikan saya hampir keguguran" katanya

Janna tergamam "Jadi semua tu baru berlaku?" tanyanya sedikit terkejut

Wanita itu menangguk kecil "Masa tu baby dua minggu jadi sekarang sudah 5 bulan 2 minggu insiden tu berlaku"

"Jadi penyebab penyewa sebelum ni pindah?.."

"Ustaz yang tolong syorkan diorang pindah keluar sebab ada orang sorok barang kat dalam rumah tu.Sampai sekarang tak jumpa lagi" sambung wanita tersebut

Pertanyaan Janna mati apabila ada seorang lelaki merempuhnya "Aira? sayang ok?" tanyanya dengan cemas

Wanita yang dipanggil Aira itu tersenyum sebelum mengangguk "Bye! nanti kita jumpa lagi"

"Eh, sorry tak perasan pula tadi" lelaki tersebut meminta maaf kepada Janna lalu membawa sang isteri pulang ke rumah

"Hm..nasib tak tergolek jatuh" mata Janna ralit memerhati kedua insan tersebut sehinggalah hilang dari pandangan

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now