6

82 7 2
                                    


"Korang tak rasa pelik ke?" tanya Syaliah

Janna dan Karla berhanti dari menguis makanan "Pelik? pelik apa?" tanya Janna kembali

Syaliah melepaskan nafas berat "Tak akanlah sebab Kar bising and kita tegur dia, 'benda' tu marah besar.Kau tak rasa ke macam ada salah seorang dari kita buat sesuatu macam puja ke apa gitu?" jelas Syaliah

Sudah sekian lama dia terfikir tapi malas ingin bersuara takut jika andaiannya salah

"Logik juga.Tak akan sebab benda kecil 'benda' tu kacau kita teruk macam ni" Janna mula memikirkan setiap perkataan Syaliah

Sudahlah hari kedua mereka dikacau teruk! padahal semasa kecil keluarganya juga kerap berpindah atas alasan kerja

Selepas seminggu barulah penghuni rumah tersebut memberontak tapi hanya sekadar basa - basi tidak terlampau teruk seperti sekarang

"To be honest lah.Mungkin apa yang berlaku adalah salah aku juga.Sebab aku asyik sebut 'benda tu marah', 'karang dia marah' dan blaa blaa blaa.Jadi benda tu macam rasa dipanggil" tutur Syaliah tidak yakin

"Aku tak rasa tu salah kau nevermind sumpah demi allah aku tak puja atau cabar or etc yang boleh buat benda tu marah" Janna mengangkat tangan seperti berikrar

Janna dan Syaliah memandang ke arah Karla yang sedari tadi mengunci mulut.Gadis itu menatap kosong ke pinggannya

Ada sesuatu yang menganggu fikirannya tatkala itu

"Kar?" panggil Janna dan Syaliah serentak

Karla masih statik tidak bergerak walau sikit.Janna dan Syaliah berbalas renungan sebelum menepuk bahu Karla perlahan

Karla menepis tepukan dari Janna "Aku tak buat! aku tak buat, aku tak buatlah siall!" tengking Karla

Syaliah dan Janna tersentak.Seluruh pelanggan di dalam kedai makan tersebut merenung mereka dengan terperanjat

Karla kembali duduk matanya tertumpu pada meja sebelum satu keluhan terbit dari mulut gadis itu "I'm sorry"

"Aku just penat" tutur Karla bahunya dipicit perlahan

"Nak minta tidur hotel lahtu" sindir Syaliah

"Hell nah lagi dua jam nak subuh.Lepas subuh kita balik rumah terus jangan nak mengada berhotel hotel.Kalau sumbang duit tak apa juga" bebel Janna

Selepas jauh dari tempat kerja Syaliah mereka berhenti di kedai mamak yang beroperasi 24 jam sementara menunggu subuh

Takut ingin balik karang ada pisau terbang tak ke susah.Lagi - lagi kalau pisau tersebut tertikam salah seorang dari mereka.Polis pun tak akan percaya kalau cakap hantu yang bunuh mereka

"Korang, kenapa tadi korang berpelukan dekat dalam" tanya Karla tiba - tiba sudah lama soalan tersebut bermain dimindanya

Janna dan Syaliah berbalas renungan "Kau tak ingat apa - apa ke?" soal Syaliah pelik

"Aku ingat.Janna tiba - tiba senyap lepas merungut.Mata dia putih semua lepastu dia mengilai.Aku takut, aku lari ke pak guard" cerita Karla

Janna tercengang "Tapi kau yang tiba - tiba tersenyum macam orang gila siap berzikir dia datang lagi" nafinya

"Tapi serius sebab tu pak cik Kamal boleh datang tu.Time kitaorang sampai, korang tengah berpelukan dekat dalam" sambung Karla bersungguh - sungguh

Syaliah menjadi pusat pemerhatian mereka "Kau?" tanya Janna dan Karla serentak

"A-aku nampak benda yang sama macam Janna nampak lagi - lagi dengan benda atas bumbung sebab tu aku lari masuk" cakap Syaliah sedikit gagap kerana takut

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now