"Janna cepatlah.Aku dah lama kat luar ni.Bagilah aku masuk" rayu Syaliah"Kejap! macamlah lama sangat kau kat luar tu.Baru berapa minit" getus Janna
Fed up dengan perangai kawannya yang tidak pernah reti bersabar
Kunci utama dimasukkan ke lubang kunci belum sempat Janna memulas tombol pintu tangannya ditahan oleh Karla dari samping
"Hah?" Janna terperanjat jantungnya berdetak dengan laju
Karla meletakkan jari telunjuk pada bibir menyuruh kawannya untuk senyap
Tangan Janna ditarik Karla perlahan.Tanpa membuat sebarang bunyi kedua gadis itu menapak ke belakang
"Kau dah kenapa? Sya kat luar tu" bisik Janna matanya menatap Karla dengan pelik
Karla menggeleng beberapa kali "Tu bukan Sya...B-bukan dia" tuturnya dengan ketakutan
Janna mengerutkan dahinya melihat tingkah laku Karla "Janna? Janna bukalah pintu" panggil Sya dengan sayu
Langkah Janna mati apabila bahunya ditahan oleh Karla "Please think logically" bisiknya
"Sya bukan pelupa, Sya tak secuai tu, dan aku yang bagi dia kunci pendua" terang Karla air matanya menitis jatuh
Badan gadis itu mula menggigil ketakutan.Janna mati akal sekejap dia memandang Karla sekejap memandang ke pintu
"Janna" panggil suara itu meleret
Bulu roma Janna kembali menegak.Suara Syaliah tiba - tiba bertukar garau dan kasar tidak seperti biasa
"Bukalah pintu dah lama aku tak ada rumah" tambahnya
Suara tangisan seorang gadis mendayu - dayu di luar rumah mereka.Tak semena - mena setiap pintu dan tingkap diketuk bertalu - talu
Karla memeluk Janna dengan erat.Nafasnya tidak teratur manakala jantungnya berdegup kencang
"J-jom masuk bilik" Janna menarik Karla ke master bedroom
Risau jika gadis itu histeria kerana gangguan yang melanda rumah mereka.Radio dimeja solek dicapai sebelum menghidupkan gadjet tersebut
Surah yassin diputar dengan kuat.Pintu bilik mereka dikunci dari dalam.Janna dan Karla berpelukan di atas katil
"Shush Kar tenang" belakang Karla digosok perlahan
Air mata Karla masih bergenang di pipinya.Bibir bawah digigit supaya tidak mengeluarkan bunyi tangisnya
Gegaran dari pintu dan bilik menghilang.Suara radio milik Syaliah sahaja yang berbunyi
"Aku takut" ucap Karla tanpa henti, matanya melilau ke sekeliling
"Kar sedarlah! tak ada apa apa dah" kedua bahu Karla digoncang Janna
Tetapi Karla masih sama mulutnya tidak henti menuturkan rasa takut.Gadis itu memeluk kakinya sebelum menyerabaikan rambut
Air mata yang kering di pipinya kembali basah.Hingus turut meleleh bersama air mata
Janna mengangkat wajah Karla "Kar! Kar tengok aku" tegas Janna
Karla yang tidak menentu merenung Janna dengan terpaksa.Badannya masih menggigil ketakutan
Pakk!
Satu tamparan berkelajuan penuh berdamage tinggi tepat mengenai muka Karla yang dibasahi oleh air mata
"Kuat kan semangat kau! at least sampai subuh ni" kata Janna sedikit marah
Karla menarik nafas panjang sebelum dihembuskan bagi menenangkan hatinya
YOU ARE READING
Shh.. Dia Datang [C]
HorrorJanna, Karla dan Syaliah adalah tiga sekawan yang berpindah keluar dari rumah keluarga lalu menyewa rumah sendiri di sebuah flat Ingin berdikarilah katakan Tapi siapa sangka rumah yang mereka sewa menyimpan sebuah rahsia kelam yang memakan jiwa Lagi...