Epilog

54 6 4
                                    

Seorang gadis merenung lama rumah peninggalan kedua ibu bapanya

Rumah ni pernah disewa oleh tiga orang gadis

Dengan ketukan sebanyak tiga kali berserta bismillah, gadis itu melangkah masuk ke dalam

Keadaan rumah yang agak gelap tidak menjejaskan penglihatannya untuk melihat sekeliling

Kemas, rapi dan bersih.

Tapi

Banyak aura hitam yang menyelubungi setiap pelusuk rumah.Secara tiba - tiba hatinya berdegup kencang, peluh dingin mulai mengalir keluar

Dirinya seakan - akan diperhati oleh sesuatu.Sesuatu yang tak kasat mata

Tapi tiba - tiba je tiga orang gadis tu ghaib dari sini

Krekk

Dari jauh gadis itu dapat melihat salah satu pintu bilik terbuka sedikit demi sedikit sambil mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.

Bukan tu je, tak lama selepas tu ada orang bujang yang menyewa tapi sama juga macam tiga orang gadis tadi

Rahangnya jatuh tatkala mata hitam gadis itu bertatapan dengan makhluk aneh dari dalam bilik

Makhluk itu menyeringai ke arahnya.Secara tiba - tiba pintu utama tertutup dengan sendiri

Bumm!

Orang yang pernah sewa rumah ni pasti akan berakhir ghaib seperti mereka tidak pernah wujud

Gadis itu mengusap dada lalu mengalihkan kembali pandangannya pada makhluk tadi

Kosong, apa yang dia lihat hanyalah kegelapan dari bilik itu.Buat seketika dia berasa lega

Semua kelegaan itu lesap apabila hembusan nafas mengenai wajahnya dari samping.Gadis itu kaku

Tiada sesiapa di dalam rumah itu melainkan dirinya!

Bersama doa dihati, gadis itu menjeling ke samping.Walaupun lututnya bergetar ketakutan, perasaan ingin tahu melebihi segalanya

Kosong

Tiada sesiapa disampingnya.Gadis itu ketawa kecil

"Aku ni paranoid sangatlah.Sepatutnya aku ajak je Dilla sekali"

Mulutnya terkunci selepas tubuh gadis itu terlanggar sesuatu dari belakang.Dia mengalihkan pandangannya

"Kembalikan raga aku!" pekik satu lembaga

Kedua - dua mata lembaga itu lopong bersama mulut yang cekung.Ulat putih keluar dari setiap lubang diwajahnya

Bau hanyir darah dan nanah mencucuk rongga hidung gadis itu

Dia terperanjat sebelum jatuh terduduk  di lantai.Dadanya berombak apabila ditegur seperti itu oleh penghuni rumah

Dia memerhati sekeliling.Kelibat tadi telah hilang ditelan kegelapan rumah

Walaupun hari masih siang tetapi cahaya matahari tidak dapat menembus masuk dek kerana langsir yang tebal

Tanpa membuang masa gadis itu berlari ke arah pintu belum sempat pintu dibuka sekali lagi dia dapat rasakan kehadiran sesuatu

Dengan perlahan - lahan dia melihat ke belakang.Alangkah terkejutnya apabila melihat seluruh rumah dipenuhi dengan makhluk yang menyeramkan

Hampir semua makhluk itu seakan - akan meminta tolong padanya

'Apa yang terjadi?'

Satu makhluk merangkak secara terbalik menangis sambil mendekatinya.Darah merah pekat tidak henti keluar pada soket mata yang kosong

Makhluk itu hampir sama seperti makhluk yang dia lihat disebalik pintu bilik

"Tolong aku..." rintih makhluk itu dengan nada yang menyeramkan

Serentak itu semua kelibat mula mengilai tanpa henti

Gadis itu menekup kedua belah telinganya.Entah kenapa pintu tersebut tidak terbuka walaupun sudah beberapa kali dipulas bersama kunci

Kaki gadis itu mengeras setelah dipegang erat oleh sesuatu.Matanya menjeling ke bawah

Makhluk merangkak tadi!

Dia tidak dapat menahan perasaan takutnya lagi!

"Allahuakbar!" pekiknya sambil membuka pintu dan berlari keluar dari flat tersebut

Walau apa pun yang terjadi, saya akan baiki segala kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku

Badannya diloloskan ke dalam kereta. Tanpa menunggu lama gadis itu memandu pergi

Makcik tak setuju!

Makcik tolonglah benarkan saya baiki segalanya.Diorang semua pasti terseksa sebab kita!

Kereta gadis itu berhenti di sisi jalan.Dia menangis teresak  - esak. Tidak disangka penghuni rumah itu semakin ramai dari dulu

"A-aku akan tolong korang" bisiknya bersama tangisan

'Hiks hiks...'

Serta - merta tangisan gadis itu terhenti.Dia yakin telinganya menangkap suara seseorang yang turut menangis

Matanya merenung ke arah cermin, tiada sesiapa di seat belakang.Suara tu datang dari mana?

Melalui ekor mata gadis itu menangkap pergerakkan dicelah kangkangnya

"Haaa!"

Benda tu akan pastikan orang macam kamu mati sebelum bertindak! jadi demi keluarga kamu tolonglah buang niat murni tu

Semuanya sia - sia..

Makcik...saya yakin dengan bantuan dari Allah, makhluk tu kita dapat tewaskan

Yakin lah pada saya, percayalah dengan bantuan Allah!

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now