End

69 8 3
                                    


"Bolehlah tahan besar rumah ni" kata seorang lelaki.Seluruh pelusuk rumah tersebut dia terokai

"Kan aku dah cakap.Cukuplah untuk aku dengan Epul duduk sementara tunggu kahwin" Johan menuang air sirap kepada kawannya yang datang melawat rumah

"Sewa berapa ni?" tanya Syiera adik kawannya yang turut datang bersama

"Tak murah.Mahal!" celah Epul melangkah keluar dari bilik air

"Biasalah tu bro mana ada rumah murah - murah.Kalau ada murah pun mesti rumah berhantu" Epul membaling kusyen sofa ke arah kawannya

"Kau mulut tu dah macam parit! tak boleh ke shush sikit" gerutu Johan

"Tenanglah takkan takut kut.Ni nak tak kita main satu game? cukuplah kita empat orang"

Johan dan Epul memandang kawannya dengan bingung.Nak main ps3 ke?

"Main apa?" tanya Syiera kepada abangnya

"Hehehe mesti korang syoklah" Fahmi mengeluarkan sesuatu dari dalam beg galas yang dia bawa

"Kau jangan macam - macam Mie adik kau ada sekali" Johan mengingatkan kawannya

"Alah aku dengan adik aku selalu main.Tak ada bendalah"

Epul terlopong melihat satu papan ouja board yang dikeluarkan oleh Fahmi.Johan yang kelihatan tertarik dengan ouja board mengambil tempat bersebelahan Fahmi

"Gilalah bro mana dapat ni?" tanya Johan

"Heh, belilah dekat Amazon ada yang murah dan mahal.Aku pilih yang berpenghuni" Fahmi terkekeh ketawa apabila melihat perubahan riak wajah Epul

"Don't worrylah, kitaorang dah main banyak kali kat rumah.Tapi tak ada apa pun" kata Syiera lalu menolong abangnya memasang lilin

"Bolehlah saja - saja je kan?" Johan bangkit dari duduk menuju ke arah suis

"Woo Jo jangan weh aku lambat lagi nak kahwin" Johan menahan Epul dari membuka suis lampu semula

"Alah kau ni pengecutlah.Ni main - main je bukan betul pun" lengan Epul ditarik mendekati Fahmi dan Syiera

"Kau nak tahu apa?" tanya Fahmi sebelum memulakan pemanggilan

"Kita tanya nama dulu, lepas tu ada tak penghuni lain kat sini selain kitaorang" balas Johan

"Dah tahu ke cara nak main?" tanya Syiera pula

"Alah macam tak biasa dalam filem kan banyak" Johan memaksa Epul untuk turut serta.Dengan terpaksa rela lelaki tersebut duduk bersimpuh bersebelahan Syiera

"Ok start eh, jangan ada yang lepas tangan dari koin ni pulak" pesan Fahmi

Pemanggilan mula berlangsung.Beberapa kali mereka memanggil tapi masih tiada balasan

"Ni dah tiga kali panggil.Tak ada apa pun?" balas Epul.Hatinya ditendang perasaan lega

"Tangan aku dah lenguh ni.Stoplah main lebih baik layan game phone dari ouja mengarut ni" tambah Johan pula

"Sekali lagi last" pinta Syiera mimik muka sedih ditayangkan

Epul dan Johan melepaskan nafas berat.Apakah daya dapat kawan yang percaya dengan benda syirik begini

Mereka mula melafaskan mantra buat kali terakhir.Tanpa disangka koin tersebut bergerak ke beberapa huruf

"Hahahahaha memang betul cakap kau Mie.Memang hantu, hantu kepala hotak kau" Johan memukul kepala Fahmi

"Apa? aku tak gerakkan eh.Macam mana aku nak gerakkan kalau kita semua tekan koin ni kuat ke papan? mesti terasa aku tarik ni tak.Kan Iera?"

Syiera mengiyakan.Mukanya sedikit pucat melihat apa yang berlaku.Sebelum ini kalau bergerak pun itu abangnya yang gerakkan

"Dahlah kita end kan je" tutur Epul dengan nada cemas

"Last question" celah Johan

"Seriously?" Epul mendengus

"Kalau kau ada kat dalam rumah ni sila cakap Yes kalau tiada cakap No" Johan tersengih melihat koin dijari mereka berpusing sekejap pergi ke Yes sekejap pergi ke No

Kringg

"Ish ganggulah" getus Johan lalu mengangkat telefon yang sedang berbunyi menggunakan tangan satu lagi.Matanya masih melekat di papan ouja

"Hello sape ni?" tanya Johan

"Siapa? kau kata nak jumpa kitaorang kat kedai mamak ni hah.Mananya? dah lama kitaorang tunggu.Epul pun baru je sampai dari office" suara Fahmi bergema di telefonnya sesekali terdengar rungutan dari adik si Fahmi, Syiera

"Woii cepat, lambat kau belanja kitaorang" sahut Epul diikuti oleh sorakkan Syiera

Johan tergamam.Peluh dingin membasahi tubuhnya.Kalau kawan dia ada di mamak siapa yang tengah bermain dengan dia?

Mata Johan terbuntang melihat koin yang dipegang mereka kini sudah berada di perkataan Yes!

Hihihihi

"ARGHHHHGGGG"

Dari dalam kegelapan satu lembaga yang sedang merangkak terbalik memerhati setiap tindak tanduk Johan.Satu senyuman lebar tertayang pada wajah makhluk tersebut sehingga menambah keseraman pada wajahnya

Shh.. aku datang



































































Tamat











Bye korang.Huhu dah tamat sudah *lap air mata*

Semoga tidur anda dihantui oleh cik pocong.Cik pocong perlukan kasih sayang dari korang so pergilah bagi dia satu pelukkan hangat

Muahahaha

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now