Beberapa minggu kemudian
"Haihh" Syaliah mengeluh kecil.Badannya disandarkan pada kerusi manakala tangannya tidak henti memicit dahi bagi menghilangkan kepeningan
Kini sudah sudah sebulan lebih mereka di flat tersebut.Gangguan pula beransur menghilang sedikit demi sedikit setelah melakukan pemagaran secara rutin
Janna pula sudah mulai bekerja dan pulang lewat sepertinya.Hanya Karla seorang yang selalu berada di rumah ialah dia sorang je tak kerja lagi
Syaliah mengemas segala barangnya lalu berjalan menuju ke parking lot dimana keretanya berada
"Lambat balik?" tegur seseorang dari belakang
Syaliah tersenyum nipis tanpa menoleh dia menjawab "Banyak kerja pakcik, tu yang selalu balik lewat"
"Ouh..Jangan kerap sangat, anak dara tak elok balik lewat" pesannya
Syaliah mengangguk kecil.Masih sama seperti tadi dia langsung tidak menoleh kebelakang
"Nak bagitahu...Nampaknya ada yang sudah terpikat dengan kamu"
Syaliah tersentak serentak itu dia menoleh ke belakang.Kosong, yup kosong dia sudah jangka tapi bukan itu yang mengejutkannya
"Apa maksud pakcik Kamal?" tanya Syaliah matanya meliar mencari kelibat arwah pakcik Kamal itu
Tetapi tiada yang menjawab.Syaliah melepaskan nafas berat.Entah siapalah yang sudah terpikat dengannya
Dadanya dipegang, perasaan takut terhadap pakcik Kamal sudah lama menghilang.Hampir dikatakan setiap balik kerja mesti terserempak seperti tadi
Dia tak akan menoleh hanya akan berbalas sapa sahaja.Kerana kawan sekerjanya pernah cerita jika mereka tidak berbalas sapaan pakcik Kamal nanti jelmaan pakcik Kamal akan marah kerana mereka dianggap biadap dengan orang tua
Hantu pun pandai beradap
Syaliah bergegas pulang ke rumah setelah mendapat mesej dari Janna yang baru pulang dari tempat kerjanya
Kereta diparking elok sebelum mendaki tangga menuju ke arah rumah yang berada di tingkat 3
"Assalamualaikum!"
"Walaikumsalam" balas Janna bersahaja
"Asal?" Syaliah melangkah masuk lalu menutup pintu
"Hehehe saja nak suruh kau balik cepat.Karla dah tidur, risau aku duduk sensorang" bungkusan nasi ditangannya ditolak ke arah Syaliah yang menghampiri meja makan
Syaliah duduk menikmati nasi goreng kampung yang dibeli Janna sesekali matanya melirik melihat botol air ruqyah di atas rak dapur
Sudah dua hari sejak dia meletakkan jawatan memagar rumah kepada Karla.Hanya gadis itu yang ada dirumah sepanjang hari.Kalau nak suruh dia atau Janna memang tak sempatlah mereka kerja balik tengah malam
Itu pun kalau si Karla buat.Kita husnuzon jelah yang dia buat setiap petang
"Kau buat kerja apa sampai lebam macam tu?" tanya Syaliah setelah perasan satu kesan lebam kebiruan di lengan Janna
Janna diam beberapa detik "Kalau tak salah aku tadi pagi aku bangun aku dah ada kat lantai" Janna ketawa kecil
"Weh, serius haa?!" Syaliah turut ketawa "Dah biasa tidur atas katil pun boleh jatuh lagi ke?" Syaliah menghabiskan sisa tawanya
"Aku dah tak sedar weh.Lebam ni mesti sebab terkena kayu katil tu hah.Sakit gakk laa" Janna memicit lebamnya beberapa kali
"Kau-" percakapan mereka mati apabila terdengar bunyi erangan dari bilik Karla
YOU ARE READING
Shh.. Dia Datang [C]
HorrorJanna, Karla dan Syaliah adalah tiga sekawan yang berpindah keluar dari rumah keluarga lalu menyewa rumah sendiri di sebuah flat Ingin berdikarilah katakan Tapi siapa sangka rumah yang mereka sewa menyimpan sebuah rahsia kelam yang memakan jiwa Lagi...