Watak-watak utama
1. Samuel Solonz: Watak utama siri ini. Berusia 16 tahun dan anak ketiga dari lima adik-beradik. Satu-satunya lelaki dalam keluarganya kecuali bapanya. Suka membaca komik dan tidak suka bersukan dan aktiviti lasak tetap suka menemani adiknya Sophie bersukan dan bersenam.
2. Sandra Solonz: Anak sulung dalam keluarga Solonz dan berusia 20 tahun. Satu-satunya ahli keluarga yang memiliki lesen memandu kecuali ibubapanya. Bekerja di pekan tidak jauh dari kampung dan sedang menjalinkan hubungan dengan Robert, jejaka dari kampung seberang.
3. Simone Solonz: Anak kedua dalam keluarga Solonz dan berusia 18 tahun. Gemar menghabiskan masa lapang dengan menjahit dan mengayam pakaian. Sudah tamat sekolah tetapi masih belum bekerja. Tidak seperti kakaknya Sandra dia masih belum ada teman lelaki.
4. Sophie Solonz: Anak keempat dalam keluarga Solonz dan berusia 14 tahun. Tidak sperti kakak-kakakya dia berperangai seperti lelaki(tomboy) dan meminati sukan dan aktiviti lasak lain.
5. Serena Solonz: Anak bongsu dalam keluarga Solonz dan berusia 12 tahun. Suka memakai pakaian berwarna hitam dan menyendiri di tempat gelap. Gemar menghabiskan masa lapang dengan menulis cerpen dan puisi.
Watak-watak sampingan:
Sawyer Solonz: Ketua keluarga Solonz , bapa kepada anak-anaknya dan suami kepada Michelle. Seorang petani dan nelayan juga merupakan seorang bekas askar. Walaupun sibuk bekerja tetapi dia mempunyai banyak masa lapang untuk bersama keluarganya.
Michelle Solonz: Isteri kepada Sawyer dan ibu kepada anak-anaknya. Seorang surirumah sepenuh masa tetapi suka menolong suaminya di kebun.
Clarence Johnson: Kawan karib Samuel sejak kecil. Mempunyai hobi dan perangai yang sama seperti Samuel suka membaca komik dan malas bersenam.
Kurt Greene: Kawan karib Samuel dan Clarence. Berbeza dengan mereka Kurt lebih aktif bersukan dan kurang meminati komik dan permainan video. Dia juga dikatakan mahu menjadi teman lelaki Sophie.
Camilla Greene: Kawan karib Samuel dan Clarence dan juga adik kembar kepada Kurt. Tidak seperti abangya dia lebih gemar membaca, bermain permainan video dan menonton TV. Jarang berpisah dengan abangnya dan selalu bersama-sama seperti pasangan belangkas.
Robert Martin: Teman lelaki Sandra yang tinggal di kampung seberang dan bekerja di pekan yang sama. Berminat untuk meninggalkan kampung dan hidup di bandar besar selepas berkahwin dengan Sandra.
Mia Finley: Teman wanita Samuel. Gadis yang nakal dan selalu menimbulkan masalah kepada Samuel dan penduduk kampung lain.
Mark Finley: Abang kepada Mia yang lebih kurang sama nakal. Amat meminati Simone dan selalu cuba menggodanya.
Silas Forsyth: Jejaka misteri yang berminat terhadap bakat Serena. Tidak banyak yang diketahui darinya.
YOU ARE READING
Kisah Budak Kampung
RomanceKisah kehidupan Samuel dan adik-beradiknya sebagai budak-budak kampung di musim cuti sekolah.