Wajah Kesayangan Hamba

722 10 1
                                    

Di tengah hari yang terik, kelihatan dua beradik sedang berjalan menuju ke kampung seberang. Mereka berdua adalah Samuel dan Simone menghantar pakaian yang baru ditenun kepada seorang pelanggan.

Samuel: "Jauh lagi ke kak? Sam dah penat jalan macam ni. Berpeluh-peluh pulak tu."

Simone: "Tak lama lagi sampai lah. Adik kena sabar sikit."

Jawab Simone sambil memegang tangan adiknya dan muka Samuel bertukar merah.

Simone: "Eh, kenapa muka Sam lain macam aje? Penat ke?"

Samuel: "Tak tapi cuma malu berpegang tangan macam ni. Serupa macam kita ni sepasang kekasih pulak."

Simone: "Itulah niat kakak. Kalau kita berlagak macam pasangan kekasih kurang sikit orang nak kacau kakak."

Jawab Simone sambil tersenyum sinis. Mereka berdua berjalan ke kampung seberang sambil melintasi sekumpulan pemuda yang melepak di tepi jalan. Seperti biasa mereka akan cuba mengganggu wanita-wanita muda yang lalu di hadapan mereka.

Lelaki#1: "Tengok tu, Simone dah ada teman lelaki baru."

Lelaki#2: "Tak salah saya itu adik dia Samuel."

Samuel dan Simone tidak mengendahkan mereka tetapi salah seorang dari mereka cuba mengekori dua beradik itu walaubagaimanapun dia dihalang oleh sahabatnya. Samuel dan Simone terus berjalan tanpa menoleh belakang.

Lelaki#2: "Kau nak buat apa kat pompuan tu? Nasib baik awak belum sempat nak sentuh dia kalau tak habis kita nanti."

Lelaki#1: "Kenapa pulak, saya setakat nak bertegur sapa aje."

Lelaki#2: "Awak berkenan ke kat anak 'Buzzsaw' Sawyer tu?"

Lelaki#1: "Sawyer? Askar zaman perang saudara dulu tu ke? Nasib baik kau halang saya tadi."

Lelaki#2: "Silap haribulan mati awak dikerjakan. Jangan lupa teman lelakinya Mark yang juga lebih kurang sama teruk."

Walaupun dipujuk oleh sahabatnya, lelaki itu masih lagi kecewa kerana gagal memikat Simone. Berbalik kepada Simone dan Adiknya Samuel yang masih berjalan tergesa-gesa meninggalkan pemuda nakal yang cuba menggodanya.

Samuel: "Kak, diorang memang selalu ke kacau kakak?"

Simone: "Diorang jarang kacau akak sebab selama ni akak jalan dengan Mark tapi lain pulak jadinya dengan awak."

Samuel: "Lain kali akak kena belajar naik motor supaya mereka tak dapat nak kacau akak lagi."

Tidak lama kemudian mereka berdua sampai ke destinasi mereka iaitu sebuah rumah di hulu kampung yang agak terpencil jika hendak dibandingkan dengan rumah-rumah lain di kampung yang sama. Di anjung rumah tersebut seorang wanita pertengahan umur sedang duduk menunggu kehadiran mereka berdua.

Simone: "Maaflah puan Rogers sebab lambat."

Rogers: "Takpe sebab makcik tahu banyak sangat 'road block' kat kampung ni. Eh, siapa pulak budak lelaki ni? Mana Mark yang selalu temankan awak selama ni?"

Simone: "Oh, ini Samuel adik saya. Mark pulak sibuk hari ini jadi saya minta adik saya nak temankan saya ke sini."

Rogers: "Patutlah muka di macam kenal. Muka dia hampir seiras dengan bapa dia Sawyer."

Samuel: "Eh, makcik kenal ke bapa saya?"

Rogers: "Mendiang suami saya dulu askar jugak macam bapa awak. Mereka berdua pernah bersama-sama berjuang dalam perang saudara dulu."

Simone: "Tak payahlah nak becerita panjang kat Samuel tu. Biar dia dengar sendiri dari bapak kitorang."

Sampuk Simone. Selepas menyerahkan pakaian yang ditempah oleh puan Rogers, dia mempelawa Simone dan Samuel untuk berbual lebih lanjut di dalam rumahnya tetapi Simone dan Samuel menolak kerana mahu pulang secepat mungkin. Dalam perjalanan Samuel sempat bertanya kepada kakaknya.

Kisah Budak KampungWhere stories live. Discover now