Di waktu pagi yang tenang, Simone sedang menyidai pakaian di halaman rumahnya tanpa menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan. Sedang Simone meletakkan pakaian yang basah ke ampaian dia terasa seseorang menyentuh pinggangnya. Simone sudah tahu siapakah orang yang menyentuh dirinya itu, Mark.
Simone: "Mark datang awal-awal ni nak buat apa?"
Mark: "Bosanlah duduk rumah tak buat apa-apa. Lepak dengan awak kat sini lagi seronok."
Mark menjawab soalan Simone dengan muka malu-malu kucing. Simone pula hanya tersenyum tawar mendengarnya.
Sama seperti adiknya Mia, Mark juga ialah seorang remaja nakal yang suka menimbulkan masalah kepada penduduk kampung lain. Walaubagaimanapun sejak dia bertemu dengan Simone dia sudah banyak berubah. Dia akan melawat Simone sekiranya dia mempunyai masa dan peluang. Lebih kurang sama seperti adiknya dia juga mempunyai rambut berwarna merah pudar.
Simone: "Maaflah Mark, hari ini ayah saya ada di rumah dan dia mungkin tak suka lihat awak ada di sini."
Mark: "Alah, sekejap aje. Kalau saya nak cium sikit boleh?"
Simone tidak menjawab dan berasa sedikit malu tetapi dari segi isyarat tubuhnya dia mungkin bersetuju. Mereka berdua mula berpelukan dan bibir mereka hampir bertemu. Tiba-tiba bapa Simone, Sawyer keluar dari rumah dan terlihat mereka Simone dan Mark di halaman rumah, hampir bercium. Dia tidak membuang masa menyergah ke arah mereka.
Sawyer: "WOI! TENGAH BUAT APA TU!!!"
Sebaik sahaja terdengar jeritan Sawyer, Mark melepaskan pelukan Simone dan terus cabut lari selaju yang boleh. Ibu Simone, Michelle yang juga turut terdengar jeritan suaminya dan keluar dari rumah.
Sawyer: "Mark nak buat apa kat Simone tadi?"
Simone: "Dia kata nak cium sikit jadi..."
Sebaik sahaja mendengar jawapan dari anaknya, Sawyer mengangkat tangan kanannya seperti mahu menampar muka Simone tetapi isterinya Michelle sempat menghalang Sawyer berbuat demikian.
Michelle: "Bawak bertenang bang, dia tak buat apa-apa pun."
Sawyer: "Tak buat apa-apa? Tadi budak Mark tu cuba cium anak kita."
Michelle: "Kalau nak cium sikit pun apa salahnya. Simone pun dah cukup matang untuk mengambil keputusan sendiri."
Sawyer: "Yang, abang tak marah sebab Simone nak bercium dengan budak lelaki tapi abang marah sebab Simone nak cium budak Mark dari keluarga Finley tu."
Michelle: "Bersabarlah bang."
Sawyer: "Sabar? Semua orang dalam kampung ni dah tahu perangai dia. Simone, dengar cakap abah ni baik-baik. Abah dah tak nak tengok Simone dengan budak Mark tu lagi. Kalau nak sangat berpacaran cari budak lelaki lain."
Simone hanya mengangguk faham sambil menggigil ketakutan. Michelle dan Sawyer masuk semula ke rumah selepas menasihati anak mereka. Simone kembali menyidai pakaian seperti biasa tetapi kali ini dengan rasa sedih dan kesal.
Di ruang tamu rumah mereka, Sawyer dan Michelle sedang berbincang tentang anak mereka Simone dan tetamu yang tidak diundang yang datang sebentar tadi.
Sawyer: "Michelle, awak faham tak apa yang berlaku sekarang ni?"
Michelle: "Saya faham bang, Simone dan Mark dah jalinkan hubungan."
Sawyer: "Itu bukan maksud saya!"
Jerit Sawyer sambil menumbuk meja kopi ruang tamu. Michelle tersentak ketakutan.
Sawyer: "Awak selama ni perasan tak Mia dan Mark cukup rapat dengan anak-anak kita? Semua ini hanyalah rancangan keluarga Finley untuk mendapatkan tanah keluarga kita."
YOU ARE READING
Kisah Budak Kampung
RomanceKisah kehidupan Samuel dan adik-beradiknya sebagai budak-budak kampung di musim cuti sekolah.