BLURB

854 38 7
                                    

NAJLA FAKHIRA -  Keluarganya berantakan. Ibunya menganggap Najla sebagai pembawa malang. Namun, hal itu tak menjadi penghalang untuk Najla membantu anak muridnya yang susah meskipun ibunya menghukum Najla hanya kerana sebuah tragedi. Ketika Najla menyambut salam perkenalan Nadhif, dia rasa nyaman. Manakan tidak, Nadhif bisa membaca isi hati Najla meskipun disimpan sedalam lautan. Bagi Najla, Nadhif penyembuh lukanya.

LEFTENAN NADHIF FIRMAN – Dia jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Najla. Ada sesuatu tentang Najla yang membuatkan Nadhif tekad menjadi payung untuk Najla berteduh. Meskipun jarak memisahkan mereka kerana tanggungjawab Nadhif sebagai perajurit, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk mendekati gadis itu. Namun, kemelut keluarga Nadhif tak kurang hebatnya. Dilahirkan daripada rahim seorang ibu yang bertuhankan harta bukan pilihannya.

“Najla Fakhira… sudi tak kau jadi isteri aku sampai syurga? Jadi ibu kepada anak-anak kita?” - Nadhif

Nadhif melamar. Najla buntu. Sang hati berperang tatkala melihat ibunya menderita kerana cinta. Tambahan, renjana mula hadir buat Nadhif. Bahkan, bukan mudah untuk mereka mencipta kebahagiaan. Ada duri yang menjadi halangan. Demi memisahkan Nadhif dan Najla, Datin Sri Maria tega mencelakai Najla sehingga melibatkan maruah dan nyawa gadis itu. Betapa remuknya jiwa Nadhif tatkala senyuman Najla sirna angkara trauma yang maha hebat!

“Kalau mama nak bunuh Najla, suruh orang suruhan mama tu bunuh Nadhif sekali!” – Nadhif

Meski badai menimpa tanpa henti, kekuatan cinta yang disemai membuatkan Najla kembali bangkit. Dia bertekad untuk sama-sama berjuang dengan Nadhif demi membina sebuah mahligai yang mereka impikan. Menentang Datin Sri Maria yang lebih berkuasa juga Najla sanggup!

“Kalau sayangkan Nadhif, korbankan perasaan kau. Tinggalkan anak aku!” – Datin Sri Maria

“Kami saling mencintai. Hanya kematian yang boleh pisahkan kami.” – Najla

Namun, setelah terlafaznya akad, ada sebuah rahsia yang terpaksa Najla simpan. Najla takut andai sinar bahagia di antara dia dan Nadhif musnah angkara masa silamnya.

Hingga akhirnya…

“Awak… tak menyesal nikahi perempuan macam saya?”- Najla

“Aku mencintaimu kerana Allah, Najla Fakhira.”- Nadhif

Apabila senandika menjerit lirih dengan setiap ujian yang menimpa, tika jarak memisahkan, pilihan mereka hanya dua. Terus berjuang atau tersungkur demi mencipta kisah cinta yang diimpikan.

KETIKA WAKTU MENYEMAI CINTA (EBOOK)Where stories live. Discover now