BAB 2

174 12 0
                                    

"BABE, please... temankan aku hari ni je. Aku tak beranilah nak jumpa dia. Dahlah selama ni kita orang berhubung dalam Instagram dan call je. Mahunya dia tu pendatang asing yang cuba nak scam aku macam mana?"

Najla memutarkan bebola matanya ke atas dengan rayuan daripada rakan serumahnya. Keluhan berat dilepaskan. Tangan masih ligat menanda kertas jawapan pelajar. Rayuan Tiara benar-benar membingitkan koklea Najla. Rimas!

"Come on, Najla. Hari ni Sabtu kut. Jangan workaholic sangat boleh tak? Murid-murid kau pun semua tengah nikmati cuti hujung minggu," rungut Tiara lagi sembari mengeluh berat. Lelah memujuk Najla yang enggan menemaninya.

Sudah tentunya Tiara gentar untuk pergi bersendirian. Tapi, dia juga mahu bertemu dengan seorang perjaka yang sudah menjalinkan hubungan dengannya dalam alam maya. Manakan tidak, buah hatinya itu sudah bersungguh untuk ke langkah seterusnya.

Pertunangan dan perkahwinan.

"Jadi? Aku kacau hidup kau ke kalau aku workaholic?" soal Najla. Sinis.

Sekonyong-konyongnya, Tiara menyembam dahi di atas meja kopi. Nafas panjang ditarik sebelum dihembuskan perlahan-lahan. Oh sungguh, soalan Najla benar-benar membibitkan rasa geram di sanubari Tiara.

"Kau minta jelah Jiha temankan kau," tambah Najla seraya bangun dari duduknya. Langkah diatur menuju ke ruang dapur. Peti sejuk dibuka sembari mengeluarkan sebotol Twister. Mahu membasahkan tekak yang kering. Tiada langsung simpati melihat wajah serabut Tiara.

Menjadi orang tengah di sebalik pertemuan dua hati setelah lima bulan bercinta? Bagi Najla, itu semua buang masanya saja. Lebih elok jika dia menanda kertas jawapan pelajarnya agar pekerjaannya selesai dengan kadar yang segera.

Tiara mengeleweh. Ini tidak boleh jadi. Dia harus merancang sesuatu agar Najla mahu menurut permintaannya. Lantas, Tiara bangun dari duduk seraya menghampiri Najla yang sudah berdiri di hadapan rak buku.

"Jiha tu sibuk nak exam. Ala... Cikgu Najla Fakhira yang cantik, please..."

"Buang air liur kau je pujuk aku. Kalau aku kata tak, maknanya memang aku tak nak pergilah. Keputusan muktamad!" pintas Najla seraya menarik sebuah buku dari rak. Langkah diatur kembali ke meja kopi. Leher yang terasa lenguh direnggangkan seketika.

"Sekejap je, Najla. Tak sampai dua jam pun. Lagi pun jumpa kat Pantai Teluk Cempedak je. Kau kan suka pantai," pancing Tiara lagi. Lututnya dijatuhkan bertentangan dengan Najla semula. Seleret senyuman terukir di bibir gadis itu.

Najla membisu. Segelas jus oren diteguk perlahan-lahan sambil menikmati bahan bacaannya. Mahu merehatkan minda buat seketika setelah berhadapan dengan bermacam jawapan daripada murid. Dibiarkan saja Tiara dengan rugutan dan rayuan tanpa henti.

Melihat Najla semakin hanyut dengan loka bacaannya, tidak dapat tidak, Tiara terus menarik buku daripada pegangan Najla. Kalau cara lembut tidak menjadi maka terpaksalah Tiara gunakan juga cara kasar. Terdesak.

"Kau ni kan..."

"Please? Bila lagi kau nak buat amal kebajikan untuk aku. Dua jam je. Tak lama pun," pujuk Tiara. Gadis berambut sanggul itu sudah tersengih tatkala sorotan mata bundar Najla berubah galak.

"Okay fine! Kau kan terdesak nak kahwin sangat. Dengan syarat, dua jam je. Kalau lebih dari itu kau bayar masa aku. Kalau kau tak jadi kahwin dengan mamat tu pun bayar juga masa aku temankan kau," keluh Najla sambil menggelengkan jemalanya. Semakin dia menolak, semakin kuat pula Tiara mendesaknya. Bengang!

Agaknya, kalau bisa sampai tahun depan Tiara tak akan lelah memujuk Najla menenaminya.

Mendengar saja keputusan Najla, Tiara terus bangkit seraya memeluk erat tubuh rakan baiknya sejak berada di intitusi perguruan lagi. Tiada lagi diksi yang mampu dituturkan saat sang hati berlagu riang. Akhirnya, dapat juga dia bersemuka dengan buah hatinya yang hanya berhubung melalui dalam talian saja.

"Sayang kau babe! Muah!" tutur Tiara seraya mendekatkan bibirnya ke pipi Najla. Tangkas saja Najla meluku dahi Tiara seraya bangun dari duduknya. Tak betah dengan sikap Tiara yang tak semenggah itu.

KETIKA WAKTU MENYEMAI CINTA (EBOOK)Where stories live. Discover now