BAB 6

38 6 0
                                    

JANGKAAN Encik Yusuf bahawa Daniel mampu belajar dengan baik di rumah meleset sama sekali apabila hari demi hari Daniel membesar tidak seperti yang diharapkan. Remaja yang kini berusia 19 tahun itu kerap keluar dan pulang lewat malam.

Encik Yusuf mengerling jam dinding. Waktu sudah menjangkau 12.00 tengah malam. Batang hidung Daniel masih belum nampak.

Encik Yusuf menggaru kepalanya, berkira-kira mahu mencapai jaketnya. Mahu keluar mencari Daniel. Namun, langkahnya terhenti apabila daun pintu rumah dikuak luas.

Wajah Daniel terpacul di muka pintu. Encik Yusuf segera menghampirinya.

"Daniel! Kamu pergi mana tadi? Kamu sedar ke tak dah lewat malam ni?!" tegas Encik Yusuf.

Dia tak mahu anak muda itu terus berkelakuan begini. Namun, sedikit pun anak muda itu tidak terkesan dengan kata-katanya.

Daniel melangkah tenang ke dapur untuk melegakan tekaknya yang kering. Cuaca yang sejuk di luar membuatkan tekaknya terasa perit.

Encik Yusuf mengusap tengkuknya, lalu kembali mendapatkan Daniel. Dia cuba bersabar dengan kerenah anak muda itu. Ini tanggungjawabnya. Dia perlu jalankan dengan baik walaupun ada cabarannya.

"Daniel, pak cik tanya ni. Kamu ke mana tadi? Kenapa dah beberapa minggu kamu tak hadir ke kelas yang pak cik aturkan?"

Daniel menghirup minumannya, lalu memandang wajah itu. "Saya malas."

"Daniel, kamu tak boleh terus berperangai macam ni. Kamu tak fikir ke masa depan kamu?"

Daniel mengangguk tenang.

"Fikir. Tapi, rasanya tak guna kut fikir panjang-panjang sebab tak ada sesiapa yang kisah. Opss... bukan sesiapa, tapi mak bapak sendiri."

Gelas di tangan dihentak ke permukaan meja. Mengejutkan Encik Yusuf.

"Daniel! Kamu jangan paksa pak cik buat benda yang kamu tak suka! Kamu tahu kan apa yang pak cik akan buat kalau kamu terus buat perangai macam ni?" ugut Encik Yusuf, cuba mencabar anak muda itu.

Daniel dan Encik Yusuf saling berpandangan. Pandangan Daniel seakan-akan memberi amaran.

"Pak cik, saya tahu mak bapak saya kaya. Tapi, rasanya kalau saya mati pun diorang tak pernah kisah. Jadi, tak perlu la nak membazirkan duit diorang tu demi keselamatan saya. Tak ada sesiapa pun nak bunuh saya."

Daniel terus beredar ke biliknya.

Encik Yusuf terpempan seketika. Bukannya dia tak pernah maklumkan keadaan Daniel kepada Datuk Zulkifli dan Datin Yuslina, tapi mereka masih belum ada peluang untuk ke sini.

Mereka tak mahu sesiapa yang sedang memerhatikan keluarga mereka mengesyaki apa-apa. Lebih-lebih lagi apabila mereka mengutamakan keselamatan Daniel walaupun terpaksa menyakiti anak muda itu.


DANIEL mengunci pintu biliknya. Topi di kepala dicampak ke tepi, menyerlahkan sebahagian rambutnya yang sengaja diwarnakan dengan warna copper.

Rambutnya diusap kasar sebelum beredar ke bilik air. Namun, langkahnya terhenti di muka pintu bilik air. Dia berundur sedikit, lalu menoleh ke mejanya.

Di situ kelihatan gambar keluarganya yang diambil sebelum dia berpindah ke negara asing ini. Daniel mengetap bibirnya.

"Nampaknya diorang memang tak ada niat nak datang sini, Daniel. You are just wasting your time. Parents, huh? What a joke!" Daniel menyinis, lalu beredar ke dalam bilik air.


DERAPAN tapak kaki kedengaran menuruni anak tangga. Puan Ain yang sedang menonton televisyen di ruang tamu menoleh ke arah anak perempuannya yang sepertinya mahu keluar itu.

"Ha, nak ke mana tu, Qis? Laju je mak tengok," tegur Puan Ain, menghentikan langkah gadis itu.

Balqis menoleh, lalu tersengih kecil.

"Mak, Qis nak keluar kejap, boleh?" Balqis mengatur langkah, mendapatkan ibunya di sofa.

"Boleh tu boleh, tapi nak ke mana? Ayah dah tahu belum?"

"Qis nak pergi rumah Maya. Ada kerja sekolah sikit."

"Oh, Maya. Habis tu, siapa hantar ni?"

"Ayah la. Kejap lagi ayah balik, ayah tolong hantarkan Qis. Boleh ya, mak?" Paha ibunya diusap manja sambil tersengih kecil.

Puan Ain tersenyum nipis, lalu mengangguk.

"Yalah. Asalkan ayah yang hantar, mak tak kisah. Nanti nak balik, call ayah tau. Jangan memandai-mandai nak balik sendiri. Kalau tak, mak cubit-cubit kamu!" Puan Ain sempat memberi amaran.

"Baik, bos!"

Balqis segera beredar sebaik sahaja kedengaran enjin kereta bapanya memasuki pekarangan rumah.

Di luar, Balqis menghampiri bapanya.

"Ayah, jomlah," ajak Balqis sambil membetulkan beg galasnya.

Dia sudah pun memaklumkan kepada Encik Malik mengenai rancangannya untuk menyiapkan kerja sekolah di rumah Maya petang ini.

"Jom, ayah hantarkan. Dah bagitau mak?"

"Dah, ayah."

Balqis dan Encik Malik bertukar senyuman, lalu masuk ke dalam kereta.


DALAM perjalanan, Encik Malik mengerling anak gadisnya yang sudah berumur 15 tahun.

"Qis, ayah nak tanya ssesuatu boleh?" Dia mula bersuara.

"Tanya apa, ayah?"

"Kamu dah fikir besar nanti nak jadi apa? Maksud ayah, cita-cita kamu."

Balqis tersenyum nipis, lalu mengangguk.

"Dah. Qis nak jadi designer. Lepas tu, Qis ingat lepas SPM, Qis nak sambung belajar dekat luar negara la, ayah. Apa pendapat ayah?"

"Oh, designer? Bagus, bagus. Boleh je sambung di mana-mana. Asalkan tunjuk dekat ayah keputusan yang bagus. Terutama sekali SPM, okey?"

"Berehhh..." Balqis mengenyitkan matanya sambil mengangkat ibu jarinya, tanda setuju.

Encik Malik hanyatersenyum lebar.

BIDADARA TAK BERSAYAPWhere stories live. Discover now