PAGI itu, Daniel baru sahaja tiba di fakultinya. Dia keluar dari kereta, lalu memandang sekeliling. Suasana hari itu agak meriah berbanding hari-hari biasa kerana setiap fakulti universiti mengadakan pesta makanan oleh.
Daniel mengatur langkah ke arah salah satu booth makanan di situ. Perutnya mula berbunyi apabila melihat pelbagai hidangan yang dijual di situ. Mana tidaknya, dia tak sempat bersarapan di rumah tadi.
Daniel menelan air liurnya. Tumpuannya beralih ke kanannya. Dia melihat dua orang gadis bertudung sedang melakukan promosi di hadapan booth kedai.
Lama dia memandang wajah lembut itu sebelum kakinya automatik melangkah menghampiri booth makanan itu. Seperti ada magnet yang menariknya ke arah itu.
"Hi. Welcome. It's Malaysian food. You can taste it before buying. Come, come," ucap salah seorang gadis di situ.
Mesra melayan pelanggannya ketika itu.
Siap sahaja makanan yang dipesan, gadis itu menyerahkan makanan tersebut kepada pelanggan tadi.
"Bon appétit," ucapnya mesra, lalu beralih kepada Daniel yang sedang menunggu giliran.
"Yes, can I help you?" sapa Balqis mesra.
Namun, senyumannya serta-merta mati apabila memandang wajah Daniel. Mereka bertukar pandangan buat beberapa ketika sebelum Maya menerpa ke sisi Balqis.
Mana tidaknya, ramai lagi yang sedang beratur, tetapi rakannya ini dah macam kena sampuk saja bila mat salih di hadapannya mereka itu. Tahulah mat salih itu handsome.
"Hi, I'm Maya. Is there anything that you want to order? We have nasi lemak, curry, fried chicken and rendang," soal Maya, mematikan lamunan Balqis.
Balqis tertunduk malu. Aduh, apa yang kau buat ni, Balqis oi? Sempat pulak kau nak jadi patung dekat sini!
"I would like to have nasi lemak with rendang."
Suara garau milik Daniel menyapa telinga Balqis dan Maya.
Buat beberapa ketika, kedua-dua gadis itu terdiam sejenak apabila mendengar cara percakapan Daniel tidak pelat seperti mat salih biasa. Mereka sempat bertukar pandangan sebelum Maya kembali tersenyum lebar.
"Okay, please wait for awhile..."
Maya terus mengisyaratkan Balqis supaya menyediakan pesanan Daniel itu. Balqis hanya menurut.
Dengan pantas Balqis menyiapkan pesanan Daniel supaya dia tak perlu menghadap pemuda itu lama-lama. Keadaan tadi saja sudah cukup membuatkan dia malu.
Dalam pada itu, Daniel hanya memerhatikan setiap gerak-geri dan wajah polos itu. Tanpa sedar, Maya menyedari perbuatannya itu.
PINTU apartmen dikuak luas sebelum Daniel melangkah masuk.
"Assalamualaikum."
Daniel mengangkat wajah apabila Encik Yusuf menyapanya di ruang tamu.
"Waalaikumussalam." Pintu ditutup rapat dan dikunci.
"How's your day?" soal Encik Yusuf, ingin tahu.
"Macam biasa," balas Daniel sambil meneruskan langkah menuju ke biliknya.
Encik Yusuf hanya memandang susuk tubuh itu sebelum tersenyum nipis. Begitulah reaksi anak muda itu setiap kali pulang ke rumah. Tidak terlalu banyak bercakap. Hanya menjawab apa yang ditanya sahaja.
YOU ARE READING
BIDADARA TAK BERSAYAP
RomanceTajuk: BIDADARA TAK BERSAYAP Penulis: SHAFINAZ HANAFI Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2902-32-4 Hidup yang selama ini disangka normal, bertukar secara tiba-tiba apabila identiti dirinya berubah. "You're adopted, Daniel. You're Daniel Henry, the on...