BAB 9

30 4 0
                                    

DANIEL baru sahaja selesai mengisi perut di kafe. Dia membawa dulang makanannya ke tempat pengumpulan sisa makanan. Ketika dia mahu letakkan dulangnya, ada pelajar lain juga mahu meletakkan dulang makanannya.

Daniel memberi isyarat supaya pelajar itu meletakkan dulangnya dahulu, namun reaksi pelajar itu yang seperti takut-takut membuatkan dia kurang senang.

Walaupun pengawal peribadinya tidak menemaninya semasa makan, tetapi dia masih dalam pengawasan mereka. Mungkin sebab itulah pelajar lain begitu berhati-hati jika bertembung dengannya.

Daniel sekadar memandang pelajar itu beredar sebelum meletak dulangnya. Dia membetulkan beg galasnya, mahu beredar. Namun, tiba-tiba seseorang melanggar bahunya, kasar.

Hampir-hampir sahaja dia jatuh terduduk. Sempat dia berpaut pada meja di tepi dinding itu. Dia menoleh ke arah seorang lelaki bertubuh besar yang sedang merenungnya tajam.

"Hey, little boy! Don't think that you got bodyguards, I am scared of you, man!" tegas lelaki itu berani sambil menolak kasar bahu Daniel.

Daniel mengetap bibirnya. Sempat dia menghantar pandangan ke arah dua pengawal peribadinya yang berkira-kira ingin menghampiri. Daniel menggeleng, menghalang mereka daripada terus menghampiri.

Daniel kembali membalas pandangan lelaki itu.

"You know what, I'm not scared of you too. So, why don't we settle this, between you and me?" balas Daniel berani.

Pelajar-pelajar yang lain mula bersorak.

Dua pengawal peribadi Daniel sudah kebuntuan. Mereka saling berpandangan. Patutkah mereka laporkan hal ini kepada Encik Yusuf?


DANIEL dan lelaki itu menanggalkan jaket masing-masing, lalu dicampak ke tepi. Mereka mula bergerak ke tengah gelanggang tinju di gimnasium universiti yang disewa petang itu.

Beberapa orang rakan lelaki bertubuh besar itu sekadar menjadi penonton di luar gelanggang.

Dua pengawal peribadi Daniel hanya mampu memandang dari luar gelanggang memandangkan Daniel awal-awal lagi sudah memberikan arahan agar mereka tidak masuk campur dalam pergaduhan ini. Lagipun Daniel sudah berjanji yang pergaduhan ini tidak akan membahayakan nyawanya.

Apa-apa pun, jika keadaan berubah di luar jangkaan, ketika itulah mereka akan mengambil tindakan pantas dengan mengutamakan keselamatan Daniel.

Daniel mula membuka langkah. Walaupun dia hanya setinggi bahu lelaki itu, dia tak takut. Dia tak perlu takut kerana dia hanya perlu menggunakan kelebihannya untuk mengalahkan lelaki bertubuh besar ini.

"Come, little boy," ejek lelaki itu sebelum ketawa.

Daniel tersenyum sinis, lalu memulakan serangan. Dia menumbuk wajah itu, namun tangannya dicapai sebelum tubuhnya terasa melayang ke tepi gelanggang.

Buk! Daniel tersembam ke tanah.

Ketawa rakan-rakan lelaki tadi mula kedengaran.

Daniel tak berputus asa. Dia kembali bangun, lalu menyerang sekali lagi.

Sekali lagi dia ditumbuk hingga bibirnya berdarah. Daniel rebah ke lantai sekali lagi. Tubuhnya terasa senak.

Tawa masih kedengaran.

Daniel mengetap bibir, lalu memaksa tubuhnya untuk bangun. Darah yang ada di dalam mulutnya diludah ke tepi. Dia merenung tajam ke arah lelaki itu sambil mengesat bibirnya.

"Come, baby..."

"Yes, I will," bisik Daniel, lalu mula berdiri.

Kali ini dia akan menyerang secara bertubi-tubi. Walaupun dia hanya mempelajari tae kwan do, itu tak bermakna dia tak boleh menang.

BIDADARA TAK BERSAYAPWhere stories live. Discover now