BAB 10

72 6 0
                                    

SEPANJANG hari itu, Daniel terpaksa memakai penutup hidung dan mulut serta bertopi gara-gara mahu menutup wajahnya yang sedikit luka dan calar akibat pergaduhan semalam.

Dia menutup almari barangnya selepas mengambil buku. Dia mengatur langkah, namun langkahnya terhenti seketika apabila bertembung dengan lelaki yang beradu tenaga dengannya semalam.

Lelaki itu juga lebam dan luka di sebahagian wajahnya. Dia menghampiri Daniel, tenang.

"Yo," sapa lelaki itu, sedikit kekok.

Daniel sekadar memandang wajah itu. Sedikit aneh melihat lelaki itu terlebih dahulu menyapanya.

Lelaki itu berdeham kecil.

"Well, I will admit that you are quite strong yesterday. Anyway, I'm sorry," ucap lelaki itu sebelum menumbuk perlahan bahu Daniel.

Dahi Daniel berkerut sedikit. Dia sekadar memandang lelaki itu sebelum beredar.

Beberapa orang pelajar yang mendengar perbualan ringkas mereka itu terkejut. Tak sangka Daniel menerima penghormatan daripada lelaki yang terkenal dengan kekuatan itu.

Daniel tersenyum lebar. Dengan ini sahaja dia menerima tabik hormat daripada rakan-rakan yang lain agar tiada sesiapa lagi yang boleh 'bergurau' dengannya.

Daniel membetulkan topinya, lalu beredar. Sekarang bolehlah dia bernafas dengan tenang. Tiada sesiapa lagi yang akan berani cari pasal dengannya.

Sedang Daniel menuju ke fakultinya, dia menghentikan langkahnya apabila menyedari sesuatu. Dia berundur sedikit untuk melihat sesuatu yang agak menarik.

Kelihatan Balqis sedang tertidur di atas bangku sambil tersengguk-sengguk. Dahi Daniel berkerut sedikit sebelum memandang sekelilingnya.

"Kenapa dia sorang je hari ni? Bukan ke selalunya berdua?" soalnya sendirian.

Daniel memandang sekeliling sekali lagi, lalu menghampiri gadis itu. Tak sangka mereka berjumpa lagi di sini. Hmm, kenapalah sejak kebelakangan ini mereka selalu sangat bertembung?

Dari sisi, Daniel boleh melihat wajah itu yang keletihan. Sekejap mulut itu ternganga, sekejap tutup semula. Ini mesti kes berjaga malam untuk menyiapkan tugasan.

Daniel tersenyum sendirian, namun pantas dia menekup mulutnya. Sakit kerana bibirnya yang pecah. Dia kembali memandang wajah lembut itu.

Tiba-tiba dia menyedari sesuatu. Mata itu bergerak-gerak, kening itu sesekali berkerut. Daniel mendongak ke atas. Ah... patutlah.

Daniel mengeluarkan fail dari beg galasnya, lalu menghalang cahaya matahari daripada mengenai wajah itu. Setelah itu barulah wajah gadis itu kembali tenang. Tiada lagi kerutan.

Daniel tersenyum nipis.


"WOI, mak cik! Bangun!" jerit Maya sambil menepuk paha Balqis.

Balqis yang sedang sedap tidur terus terkejut sehingga berdiri dibuatnya.

Ketawa kedengaran.

Balqis menoleh kepada Maya yang sedang ketawa. Kecil sahaja matanya memandang kerenah rakannya.

"Elok la tu. Elok la gelak macam orang gila. Nanti semua lelaki lari!" balas Balqis geram sambil duduk semula.

Malu juga apabila gelagatnya diperhatikan oleh pelajar-pelajar lain.

Maya tersenyum lebar. Memang dia geli hati tengok Balqis gelabah tadi. Tapi, itu tak cukup menarik kalau nak dibandingkan dengan adegan yang dia lihat tadi. Hmmm...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 23, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIDADARA TAK BERSAYAPWhere stories live. Discover now