"Darling, you tak nak bagitahu I ke?" Elijah sedang berbaring menghadap matahari terbit di atas yacht tersebut. Lengan diletakkan di bawah kepala. Anak mata melirik sedikit wajah Bella yang bermandikan oleh cahaya matahari. Gorgeous.Ya, sekarang ini mereka berada di atas yacht untuk trip mereka. Peristiwa yang berlaku kelmarin juga bagaikan tidak terjadi. Mereka berdua langsung tidak sentuh soal itu.
"Mmm... Okey, yacht ni milik I. I beli dengan duit sendiri. My own personal yacht." Usai ayat itu, Bella pusingkan sedikit kepala. Tawa kecil terbit melihat Elijah yang buntang matanya.
"That's amazing, darling. I mean it."
Bella bangun dari pembaringan. Dia ingin pergi ke dalam dakapan Elijah tetapi tanpa sengaja menumpahkan jus yang ada di atas meja kerana dia merangkak. "Ops." Dia terus berdiri dengan sengihan malu. Baju lelaki itu sudah bertompok basah di bahagian dada.
"Darling, kalau I tak kenal you... mungkin I akan sangka yang you sengaja tumpahkan jus itu untuk tengok body I." Elijah terus duduk, dia mengeluh senang sambil menepuk tempat di sebelahnya. "Sit, darling."
Bella tersengih dan duduk. "Tapilah kan... I baru perasan yang selama ni you jarang-jarang sekali nak show off your punya body. Adapun haritu... sekali." Anak matanya naik atas bawah tubuh Elijah. Lelaki itu mengenakan kemeja bewarna gelap dan terkancing hingga ke atas. Hanya dua butang terbuka.
"Kalau you cakap you nak tengok, dah lama I bukak baju I. Tak perlu tumpah-tumpahkan jus segala." Elijah masih lagi ingin mengusik Bella yang sudah masam mencuka. Jari dibawa ke kancing paling atas tanpa putuskan kontak mata antara mereka. "I rasa melekitlah darling..." Satu butang tercabut.
"I patut mandi... or..." Dua butang tercabut. Elijah tersenyum senget bila mata Bella meliar di dadanya hampir terdedah. Dengan sengaja, dia hentikan gerakan jarinya. "Mungkin I patut... mandi... secara privasi." Dia menahan tawa melihat Bella yang dengan jelasnya menunjuk riak hampa.
"Atau... you boleh tolong I... bukakan baju I?" Sinar mata Bella kembali dan itu yang buatkan Elijah terus tergelak kuat. " 'ling, you ni diam-diam pervert ya?" Melihatkan Bella yang diam tidak berkutik buatkan dia sambung ayatnya,"Tapi tak apa, sebab I masih sayang yo-" Elijah terkaku sendiri. Terlepas.
"... You... sayang I?"
"Uh..." Elijah raup rambutnya ke belakang. "Itu... uh, ayat spontan! I tak maksudkan pun!" Dia gigit bibir sendiri. Mesti dia sudah gila. Hubungan ini hanyalah hubungan fizikal semata-mata. Kenapa dia perlu hancurkan segalanya dan menyatakan perasaannya? Bagaimana kalau Bella tidak ingin bertemu dengannya lagi?
Panik yang Elijah rasakan serta merta menghilang apabila satu tangan mencekup pipinya. "I tahu. I faham. Jangan risau sangat okey?" Bella tepuk-tepuk perlahan pipi berkumis nipis itu sebelum jatuhkan pandangan ke kemeja Elijah yang masih tersarung.
"You bukalah baju you. I akan basuh." Bella bangun dari situ tapi Elijah terlebih dahulu menarik lengannya yang menyebabkan dia terjatuh di atas riba lelaki itu. "Kenapa?" Soal Bella tanpa suara.
Elijah tidak menjawab, malah bibirnya mencari ulas bibir milik Bella. Dia merangkul kemas pinggang wanita itu sambil melumat-lumat bibir mereka bersama. Bila Bella mula membalas ciumannya, dia menjadi lebih agresif hingga kepala Bella terdorong ke belakang.
Bella menepuk kuat dada Elijah bila oksigennya habis. Cup. Cup. Cup. Walaupun ciuman sudah terlerai, Elijah masih memberikannya kucupan halus. Dahi mereka saling bersandar. Mata mereka terpejam rapat.
Setelah beberapa saat mereka berkeadaan begitu, Elijah yang terlebih dahulu membuka mulut. "I harap... you takkan hindarkan diri you daripada I." Pinggang wanita itu diramas sedikit setelah itu diusap beberapa kali.
"Kenapa I nak buat macam tu pula?" Bella silangkan lengannya di belakang leher Elijah. Dia mencari anak mata hijau itu yang terang-terang sedang mengelak daripada bertemu dengan matanya. Apabila Elijah seakan tidak ingin menjawab, Bella bersuara. "I buka baju you okey?"
Dengan satu lengan masih di bahu lelaki itu, dia secara perlahan turunkan jarinya ke bawah. Bermula daripada leher... dan terus ke kancing baju Elijah. Dibuka satu persatu sehingga dada bidang lelaki itu menampakkan diri. Diteruskan lagi hingga jarinya menyentuh permukaan perut lelaki itu yang keras. Dia dapat rasakan nafas Elijah yang sudah tidak teratur terhembus di pipinya.
"Mm, mm. Don't touch me baby..." Bella tepis tangan Elijah yang ingin merayap ke tubuhnya.
Bibir Elijah terketar sedikit mendengarkan panggilan manja yang jarang Bella ucapkan kepadanya. Matanya mengikut gerak jari Bella yang masih bermain-main di sekitar perutnya. Begitu hampir dengan...
"Hah!" Elijah hembuskan nafas berat bila jari wanita itu naik ke atas semula. "Don't tease me..." Dia rasa seperti ingin menggomol wanita ini hingga hanya jeritan yang keluar. Tapi... dia akan bersabar.
"You ada tubuh yang tegap, Eli. Tapi kenapa you kurang yakin dengan tubuh you?" Muah. Bella beri ciuman kecil di dada lelaki itu.
"I... I..." Elijah tergagap. Hilang segala fokusnya apabila sisi Bella yang berani ini keluar. Matanya membesar sedikit bila Bella tarik dagunya ke atas. Memaksanya merenung seluruh wajah cantik itu. "You boleh bagitahu I...kan?" Bella sengaja lekapkan bibir mereka untuk sesaat tetapi menarik semula wajah apabila lelaki itu ingin dalamkan ciuman.
Elijah tundukkan wajah. Dia terkelu seketika apabila Bella mendakap tubuhnya. Membiarkan kepalanya terbenam di leher wanita itu. "You boleh cerita apa saja pada I. I pun bukanlah sempurna sangat untuk judge you. Walaupun masa silam you tak bagus, tapi you dah jadi versi yang lagi baik daripada dulu. So..." Bella cuba tenangkan Elijah dengan kata-kata penuh makna.
"I... dulu ada tabiat buruk. Tabiat buruk itu menyebabkan tubuh I jadi... kurus. I cuba ke gym, tapi I tak konsisten. Jadi, tubuh I nampak pelik. Sejak tu, I elakkan diri daripada memakai baju yang terlalu revealing, you know? Walaupun, tubuh I dah sihat sekarang... I masih rasa... goyah sikit dengan diri I sendiri." Bicara Elijah secara berbisik. Mukanya memang dah kacak, tapi tubuhnya waktu dulu memang pelik. Jadi, dia elakkan seks yang membuatnya membuka baju.
"Good job, baby..." Bella usap-usap kepala Elijah dengan senyuman bangga. Dia leraikan pelukan dan menekan bahu Elijah ke belakang. "Tapi I tak tipu. Tubuh you memang hot. Cun melecun!" Bersungguh Bella cuba naikkan tahap konfiden Elijah. Sambil itu matanya meliar ke seluruh tubuh Elijah yang sudah terdedah. Damn.
Elijah tertawa perlahan. Perutnya seperti dipenuhi kupu-kupu berterbangan. "I know... sebab tu you tak berkelip masa tengok I naked haritu kan?" usiknya.
Bella menampar lembut bahu Elijah. dan dan lagi nak mengusik dia soal hari first day mereka di apartmentnya!
"and thank you, darling." Pipi gebu wanita itu dikucup halus.
Bella tersenyum kecil.
"I nak minta izin nak raba you boleh tak?" Bella tergelak sendiri dengan permintaan gilanya.
"Hahaha. Darling, orang nak meraba mana ada minta izin." Terhibur sungguh hidupnya sejak Bella berada di sisi.
"Kan bagus kalau you gelak macam ni. Lagipun, suara you pun handsome." Bella tersengih. Suara handsome? Tak kisahlah tatabahasanya dah lari pun.
Sekali lagi, Elijah tergelak. "Ahh. My darling." Ditarik tubuh itu ke dalam dakapan. I think I'm in love...
YOU ARE READING
HER GIGOLO [18+]
RomanceWARNING! 18+ Elijah x Bella x Louis Bella Ariana tidak sangka perkahwinannya bersama teman lelaki waktu sekolahnya, Louis, membawanya derita yang penuh dengan duri. Sehari demi sehari duri itu tertanam di hatinya. Apakah yang patut dia lakukan dik...