☆彡彡 21 ミミ☆

8.9K 289 18
                                    

"Say ahh..." Elijah menghulur sudu yang berisi bubur ayam ke bibir Bella.

Bella mengeleng kepalanya perlahan. "I takde selera."

Elijah diam untuk seketika sebelum letakkan semula bubur itu di atas night stand. Tanpa teragak-agak, dia sentuh lembut rambut Bella dan mengusapnya. "I know it's hard to let go, darling."

Mulalah Bella merasa emosi hingga tubir matanya berair. Dia sentuh belakang tapak tangan lelaki itu yang masih mengusap kepalanya. "I'm sorry..."

"Hey... hey... it's okay sayang." Elijah sapu lembut air mata yang mengalir ke pipi itu. Lebam-lebam di wajah itu memang sudah surut. Thank God.

"I faham apa yang you rasa. Nak move on tu memang susah. Orang yang tak pernah lalui takkan tahu betapa sukarnya untuk melupakan seseorang yang dah lama bertempat di sini." Dia tekapkan tangannya di dada Bella. Tepat-tepat di jantung wanita itu.

"So... take your time, darling. You dah ambil satu langkah besar. I'm so damn proud of you." Elijah menatap wajah itu dengan penuh kasih. Dia tidak kisah bertepuk sebelah tangan saat ini.

"I'm being unfair to you." Bella jatuhkan renungannya ke bawah.

Elijah sentuh dan tarik lembut dagu itu supaya mata mereka saling bertemu. "You dah lupa apa yang I pernah cakap? I yang pilih jalan ini. I pilih untuk terus mencintai you. Just taking care of you like this making me so damn happy already, sayang." Penuh ikhlas tuturannya.

Bella mula merasa terharu. Kenapa lelaki ini sungguh baik dengannya?

"But... if you feel that guilty for me... I nak you habiskan bubur ni dan makan ubat. Can you do that for me, sayang?" Lembut Elijah cuba memujuk wanita itu.

"Okey..." Bella akhirnya mengalah dan biarkan Elijah menyuapkannya bubur sehingga habis. Setelah itu, lelaki itu hulurkan ubat dan segelas air suam. Dia telan ubat dan teguk air itu sehingga habis.

"Good girl." Elijah tersenyum lebar. "Now get some sleep, baby." Dia tolong Bella baring di atas katil dan selimutkan tubuh itu.

"You nak pergi mana?" Bella tanya secara halus.

"Nowhere darling. I'll be right here with you." Dia mengucup lembut dahi wanita yang sudah memiliki hatinya itu. Dia duduk di tepi katil. "Sleep tight, baby. Don't worry, I won't go anywhere." Elijah renung lembut wajah Bella.

Bella angguk perlahan. "Thank you again."

"Don't thank me. I do these things simply because I love you."

Sedikit sebanyak, Bella tetap rasa bersalah kerana membiarkan lelaki sebaik Elijah mencintainya yang masih belum dapat lupakan masa lalunya.

Bella tersenyum kecil sebelum dia pejamkan mata. Tahu yang dia tak mampu membalas ucapan cinta lelaki ini lagi.

∘₊✧──────✧₊∘

Beberapa tahun yang lalu-

Bella tersenyum lebar di dalam busana perkahwinannya. Dia sudah sah menjadi isteri kepada Louis. Lelaki yang amat dia cintai. Dia kini berjalan ke arah bilik suite mereka - untuk malam pertama mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah.

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now