☆彡彡 19 ミミ☆

9.8K 300 26
                                    

"I memang bodoh. I dah lama tahu yang you dah ada isteri. Tapi I tetap tunggu you buka mulut dan berterus terang dengan I." Lirih bunyinya.

Elijah terpegun untuk seketika. Jadi... selama ini, Bella sudah tahu akan statusnya?

"I ambil you sebagai gigolo I kerana I tahu I takkan dengan mudahnya jatuh cinta dengan hak orang lain. I dah berjanji dengan diri I yang I takkan sesekali jadi orang kedua lagi." Sambungnya sambil merenung tepat di anak mata hijau milik lelaki muda itu.

Elijah hanya diam. Ingin mendengar segala penjelasan Bella dahulu. Dia ingin memeluk wanita itu, tapi dia tahu ini salahnya. Dia berlaku tidak jujur dengan wanita ini.

"Tapi you... I sangkakan you hanyalah mengejar kemewahan I... Tapi you... selalu tunjukkan kasih sayang you pada I. Itu yang buat I rasa... tersempit. You buat hati I tersentuh dengan kehadiran you. You selalu ada di saat I memerlukan someone. Kalaulah you hanya menginginkan duit I... It'll make it easier for me."

"I tak suka! I tak suka dengan rasa yang mula bertandang di hati I!" Bella membentak perlahan. "I tak suka bagaimana you cuba sentuh hati I. This is wrong. You dah ada isteri dan I... takkan sanggup lukakan hati wanita lain kerana kebodohan I sendiri. You should've just stay selfish and take my money away!" Bella cuba menahan rasa.

"Memang ini berpunca daripada I. I yang biarkan you masuk ke dalam hidup I... walaupun I dah tahu you beristeri. Hanya kerana I yakin yang I takkan sesekali jatuh suka dengan you."

"...dan I tak nak jadi pilihan kedua lagi. In the end, I'll always be the second option." Bisiknya perlahan.

Elijah terdiam. Dia tak suka bila melihat riak mata itu penuh kedukaan. It stings!

Bella mula berbaring mengiring membelakangi Elijah di atas katil hospital itu. Dia hela nafas perlahan. Pedih rasa hidungnya menahan sebak.

Elijah mengerutkan dahinya dengan kejap. Tidak suka membuat wanita itu sedih. Tapi dia tak ingin berbicara untuk masa sekarang. This is not the right time. Dia henyak lututnya di katil itu. Perlahan-lahan dia baringkan tubuhnya dan hampiri tubuh Bella. Dia menghimpit tubuh itu hingga dapat rasa bahang panas tubuh Bella.

Oh, darling...

Bella pejamkan mata. Dapat rasakan nafas Elijah mengena mukanya. Apa yang patut dia lakukan saat ini?

"I want you. I only want you." Hanya itu yang mampu keluar dari bibir Elijah saat ini.

Seraya itu, Elijah melingkarkan lengannya di pinggang Bella. Rambut Bella dicium lembut. Dia biarkan Bella rasakan kehangatan tubuhnya meresap ke tubuh wanita itu.

I'm sorry, darling. I made you feel this way. I'm so damn sorry. Bisik hatinya.

Bella geleng perlahan. Tidak percaya. Tapi dia biarkan saja mereka dalam keadaan itu.


»»————> ❤ <————««

Pagi itu, Bella bangun dengan tubuhnya masih didakap erat oleh Elijah. "Eli... let me go."

Elijah yang memang sudah sedar dari tadi mengeleng kepalanya. Dia mencium-cium lembut rambut itu. "Bagi I jelaskan semuanya, sayang. You bukanlah pilihan kedua I. Apa yang I rasa, semuanya ikhlas dari lubuk hati I."

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now