☆彡彡 17 ミミ☆

10.6K 261 20
                                    

"Kecederaan di kaki Mrs Lavigne memang agak teruk. Jadi, dia perlu gunakan cast untuk beberapa minggu supaya kakinya pulih seperti biasa semula." Doktor yang bertag nama David itu menjelaskan keadaan Bella terhadap Elijah. Kenapa Mrs Lavigne? Sebab nama keluarga Louis ialah Lavigne. Louis Lavigne.

Elijah mengerling tubuh yang terlantar di atas katil hospital itu. Wajah yang selalu ceria itu nampak begitu lesu dan seperti tiada emosi di dalam riak anak mata wanita itu. Wanita itu hanya merenung kosong siling ruangan itu. Yang amat memilukan hatinya ialah lebam-lebam segar di wajah itu. My poor darling...

"Macam mana dengan kecederaan yang lain doktor? Tak seriuskah?"

"Hmm." David diam untuk seketika seperti sedang menyusun ayat. Kemudian, dia membuka mulut, "I kesan kecederaan yang teruk pada usus dalamannya. Bahagian abdomennya memang memerlukan masa untuk sembuh akibat hentaman yang kuat di tempat yang sama berkali-kali."

Elijah meraup muka. "Oh God..." Just... what happened to you, darling? Hatinya merasa hiba.

"Selain itu, dia... dia tak... kena ..." Elijah tak mampu nak habiskan ayatnya kerana tidak sanggup.

"..." David diam untuk seketika sebelum membuka mulut. "Tiada tanda-tanda yang Mrs Bella kena dianiyai secara seksual." Dia sendiri rasa kaget dengan keadaan wanita ini. Sungguh teruk! Kalau orang lain, mungkin sudah akan koma berminggu-minggu.

THANK GODNESS!

"Thank you doctor."

David menepuk perlahan bahu Elijah sebelum berlalu dari situ.

Setelah David pergi dari situ, Elijah terus mengambil tempat bersebelahan dengan katil Bella. "Darling..." Panggilnya lembut. Di sebalik luka fizikal itu, dia amat tahu dan sedar yang luka di hati Bella lebih teruk. Dia ingin... dia ingin memulihkan hati wanita ini. Tapi dia takkan bisa kalau wanita ini tidak membenarkannya!

"Elijah..." Bibir Bella menggumamkan nama lelaki muda itu tapi matanya langsung tak berkalih dari menatap siling.

"Ya, darling?" Elijah cepat-cepat rapatkan telinganya di bibir Bella. Rambutnya yang panjang sudah pun dia ikat ketat-ketat. Langsung tak nak menganggu atau membuat Bella terasa tidak selesa.

"I lapar..." Ulas bibir yang kering itu tersenyum sedikit bila Elijah angkat kepala semula.

"Darling!" Akhirnya mata itu memandangnya. Elijah berasa sungguh senang. Dia tekup lembut pipi Bella dan mengusapnya menggunakan ibu jarinya. "I... rasa macam jantung I hampir luruh. You tahu tak betapa resahnya I? I tak nak kehilangan you."

Bella pejamkan matanya dan menghayati usapan halus di pipinya. Entah kenapa, ada air hangat tiba-tiba menitik di atas lengannya. Dia terus membuka mata. Rupanya...

"Kenapa you menangis? hmm?" Dia sungguh tersentuh dengan keprihatinan Elijah.

"Please baby... Don't leave me..." Sudah basah kuyup muka Elijah dengan air mata. "Don't leave me and... tolong... tolong jangan terluka lagi." Lelaki berbadan sasa ini sudah pun terhenjut-henjut bahunya menahan esakan. Mata hijaunya juga bergenang hebat.

"Hey... hey..." Bella cuba memujuk Elijah tapi tak mampu membuka mulutnya terlalu luas kerana baru sekarang dia dapat rasakan betapa pedihnya luka di tubuh dan mukanya.

"Ba-" Elijah ingin mengatakan sesuatu tetapi apabila seseorang membuka pintu bilik hospital itu, ayatnya tergantung. Cepat-cepat dia kesat mukanya yang basah lalu bangun untuk melihat siapa yang datang menjenguk Bella.

"Louis." Elijah ketap giginya kuat. Buat apa jantan tak guna ini datang ke sini?! Mau sakitkan Bella lagikah? Kalau ikutkan panas barannya, dah lama berkecai muka Louis di lunyainya. Tapi memikirkan dirinya berada di hospital dan keadaan Bella yang parah itu, dia tahan dirinya.

"Oh wow." Louis menjungkitkan bibirnya ke atas. Dia silangkan lengan ke tubuh dan menerbitkan keluhan sinis. "I datang sini sebenarnya nak tengok sendiri dengan mata kepala I keadaan you. Hmmm. Memang I akui, mulanya I sangka you pura-pura. Tapi..." Dia berjalan melepasi Elijah dan memandang segenap tubuh Bella yang terbaring lesu di atas katil. "Uh God. You look horrible."

Bella tersentak. Jarinya tergerak sedikit mendengar nada menghina Louis. Tapi air matanya sudah kering. Dia sudah tak mampu untuk menangis lagi. Tapi hatinya... hatinya tetap rasa sakit. Dia melihat wajah kacak itu. Dia cuba cari jikalau mata Louis merah kerana menangisi dirinya dalam diam. Tapi tidak ada tanda-tanda lelaki itu menangis sama sekali.

Betullah tanggapannya. Ini memang bukanlah Louis yang pernah memandangnya penuh dengan rasa cinta. Ya tuhan! kenapa cinta ini sangat menyakitkan? kenapa dia susah sangat untuk melupakan lelaki yang sudah menoreh hatinya berkali-kali ini? Apa gunanya dia mencuba untuk memulihkan hubungan ini jika Louis sendiri sudah tidak menginginkannya?

"Get out." Elijah memegang bahu Louis dengan kejap. Matanya membara dengan rasa amarah yang menggunung tinggi.

"Wooo. Tak payah nak kasar sangat. Aku cuma bagitahu fakta saja. Takkanlah aku nak puji dia cantik dalam keadaan macam ini kan?"

"I said, get the fucking out of here." Suaranya makin merendah.

Louis angkat kedua-dua tangannya ke udara. "Fine." Sekali lagi dia mengerling Bella yang merenungnya tanpa berkelip. "Pft." Dia tertawa perlahan. "Apa guna pandai Judo kalau tak reti nak defend diri sendiri?"

"DIA HAMPIR DIRO-" Elijah tak dapat habiskan ayatnya. Dia sudah tidak mampu menahannya lagi. Dia melayangkan tumbukan kuat ke wajah Louis. Apabila Louis terjatuh ke lantai, dia tarik kolar baju Louis supaya mata mereka setaraf. Dia mengangkat tinggi buku limanya untuk memberi pelajaran kepada Louis. Tapi...

"Eli..." Suara lembut Bella menyedarkannya. Wajah Elijah yang bak harimau tadi mula tenang semula. Dia lepaskan Louis dan berdiri tegak. "Kau tak layak bersamanya."

"Pfffthahahaha. Habis, kau layak? Kau tak sedar ke yang kau tu sengkek? Mampu ke kau jaga dia? Also, dia HAMPIR dirogol, bukannya dah kena rogol!" Tertawa sendiri Louis di lantai itu walaupun pipinya sudah mulai lebam dan bibirnya sudah terkoyak kecil. Bagaikan tiada rasa kasihan terhadap Bella.

"ELI!" Bella bersuara sekali lagi. Suaranya bergetar sedikit. Dia menahan sebak. Kalau Elijah menyakitkan Louis lebih daripada itu, mungkin Elijah akan dipenjarakan. Dia tahu Louis mampu membuat report polis hanya kerana hal remeh seperti ini.

Dia tak ingin lelaki muda ini bersusah-susah kerananya!

"Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni? Kau tahu tak betapa sulitnya bagi seorang perempuan apabila mereka menghadapi situasi ni?! Mereka takkan boleh berfikir dengan jelas apabila dah ketakutan sangat! Walaupun Bella pandai judo, tak semestinya dia takkan dapat panic attack. Kau lupa ke yang dia juga manusia?" Hati Elijah terasa hiba buat Bella. Kenapa Bella mendapat suami seperti ini? Oh God...!

"Habis tu kau nak aku buat apa? Pergi bunuh si pelaku? Balas dendam? Macam tu?" Louis ketawa sinis.

"Ugh. Just get out!" Elijah bangunkan Louis dan menolak lelaki itu keluar dari wad Bella. Setelah dia menutup pintu, dia menarik nafas untuk seketika. Betapa immaturenya dia kerana bergaduh di tempat awam seperti ini.

"Darling... I'm so sorry..." Elijah duduk dan menyentuh tangan Bella dengan penuh berhati-hati. Ayat Bella yang seterusnya membuatnya terkejut besar.

"Eli... Please teach me how to love you..."

Votes and comments dialukan!

To unlock next chapter, 200 ⭐ needed! Thanks!

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now