☆彡彡 14 ミミ☆

11.2K 259 7
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian di atas Yacht mewah milik Bella itu. Elijah sudah mulai gelisah sendiri kerana wanita itu masih belum menghubunginya. Ah! Bodohnya dia kerana meluahkan perasaan! Dia patutnya sedar hubungan itu hanyalah berdasarkan keinginan nafsu sahaja!

"You ni kenapa sebenarnya? Sejak akhir-akhir ni I tengok you tercongok je kat rumah. You dah kena buang ke? Dahlah haritu kemain lagi outstation tanpa bagitau I. Entah iye, entah tidak." Alice bercekak pinggang.

Elijah hanya memberi kerlingan sekilas sebelum menyambung menonton TV. "Sukahati I lah. Inikan rumah I. Apa salahnya kalau I nak cuti seminggu dua." Pedas balasannya. Dia sudahlah tiada mood.

Alice buat muka tidak percaya. Makin lama makin berani Elijah melawan kata-katanya. Apa yang sudah merasukki lelaki yang dahulunya setia bagaikan anjing di sisinya? Tanpa membantah apapun arahannya?

"Hei!" Alice menunjah bahu Elijah dengan kuat. Dia terasa seperti Elijah memperkecilkan dirinya. Dia cerlungkan mata dan berdiri di hadapan TV, memaksa lelaki itu memandangnya.

Elijah mengeluh kuat. Dia terus berdiri. Dia turut cerlungkan matanya. "Apa?" Dingin bunyinya. Tubuhnya yang besar membuatkan Alice agak takut dengannya.

"You-"

"I nak kita bercerai."

"What?" Alice tak pernah menyangka bahawa Elijah, si pak penurut akan meminta cerai dengannya. No! Tak boleh! Elijah bagaikan tiket untuk dia memiliki kemewahan! Walaupun Elijah tidak belajar tinggi, tapi suaminya ini kuat bekerja!

"I tahu you dengar apa yang I cakap tadi dengan jelas." Elijah sudah tidak kisah. Sekalipun Bella tidak akan membalas cintanya, dia harus pergi dari hidup seorang Alice. Hubungan ini sudah terlalu lama menjadi toksik. Tiada lagi cinta atau kasih sayang yang akan memekarkannya.

Ya. Dia takut untuk keseorangan di dunia ini. Tapi, ini bukanlah caranya. Dia berhak untuk merasa... bahagia. Bahagia sama seperti saat-saat dia bersama Bella. Itu adalah momen terindah hidupnya. Walaupun Bella mungkin tidak berkongsi perasaan yang sama.

"Hah! You fikir you siapa?! You nak buang I macam tu je?! Lepas I tetap stay di sisi you walaupun you dah jatuh bankrupt!? Sampai semua kawan-kawan you tinggalkan you! Siapa yang stay di sisi you selama tu?! I! Isteri you!" Alice sudah mulai menempik kuat. Noo. Dia tak boleh hilang Elijah !

"Shut the fuck up!!!" Giliran Elijah pula melenting. Dia akan luahkan segala rasa geramnya pada hari ini jugak. "You ingat I tak tahu kenapa you nak sangat I pergi kerja hari-hari? You nak berfoya-foya dengan jantan-jantan tak guna tu kan? Hah!? Jawablah!"

Alice mulai merasa gerun. Dia menelan air liur kesat. "Itu sebab you tak pernah nak bagi I nafkah batin!!!" Dia tak nak menyerah kalah. Dia takkan mengakui kesalahannya.

"Pfft." Elijah gelak sendiri. Dia ambil satu langkah ke depan. Tapi Alice mengundur ke belakang. Dia sembunyikan senyuman sinisnya kerana dia dapat mengesan ketakutan di wajah itu. Dia menekan pipi Alice dengan kuat hingga wanita itu meronta-ronta sambil cuba meleraikan tangannya di pipi wanita itu.

"Tak pernah? Siapa yang elakkan diri daripada disentuh oleh I? You tengok sofa ni." Elijah lepaskan pipi itu yang mulai berbekas merah dan pegang kejap belakang kepala Alice supaya mata wanita itu nampak sofa di ruang tamu tersebut. "Itu tempat tidur I. And siapa yang suruh I tidur situ? YOU."

Alice menggigit pipi dalamnya dengan kuat. Dia sungguh seriau dengan versi Elijah yang menakutkan ini. Air matanya mula bertakung. "I- I , I kan dah cuba untuk tembus balik! Tapi you yang tolak sentuhan I! Ah-!" Alice menahan rasa sakit di rambut dan pipinya.

"Itu pun sebab I nampak macam 'manusia'. Kalau tak? You ada nak kisah ke pasal I? Yang you kisahkan hanyalah... duit. Jewelry. KEMEWAHAN." Elijah akhirnya melepaskan pegangannya dan menolak Alice ke sofa.

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now