Beberapa tahun lepas
Louis's POV :
"Apa yang you mengarut ini doktor!?" Aku menghentak kuat meja di depanku
"I'm so sorry Louis..."
Aku mula mengeluh kasar. Rambutku diraup ke belakang. "I'm getting married to her!"
"And now you nak cakap badan I dah tak bagi tindakbalas terhadap rawatan you!? Stupid!" Jantung aku berdegup dengan laju macam nak mati. Memikirkan kekasihnya yang menanti hari bahagia mereka buatnya takut. Takut kalau dia mati!
"Please... please tell me there's another way!"
"You sendiri tahu Chronic Lymphocytic Leukemia memang takkan mampu disembuhkan. Kalau boleh pun, possibility-nya amat rendah! Terapi yang you lalui hanyalah untuk mengawal pembiakan sel-sel kanser dalam tubuh you. I'm sorry Louis..."
Aku berjalan ke arah doktor itu dan menarik kolar lelaki pertengahan umur itu. "So you're saying... I'll die in few years?" Air mataku bergenang sedikit.
"I'm afraid so..." Doktor yang bernama Lucas itu membalas pandangan aku.
Seluruh tubuhku terasa lemah. Cengkaman di kolar doktor itu aku lepaskan. "So, in the end... I terima rawatan atau tak... I memang takkan hidup lama..." Aku angguk lemah dan berjalan keluar dari situ.
Doktor Lucas hanya mampu menghantar tubuh itu dengan renungan penuh simpati.
Fikiranku hanya dipenuhi dengan senyuman manis Bella. Aku diagnosis dengan kanser sejak 3 tahun lalu. Aku sembunyikan hal ini daripada kekasihku. Aku tak ingin dia bersedih dengan keadaan diriku. Semenjak itu, aku menjalani rawatan susulan di hospital tanpa pengetahuannya. Rawatan itu buatkan rambutku gugur dengan banyak. Tapi aku tetap dapat menutupnya dengan extension di saloon. Aku... aku ingatkan aku akan dapat hidup lebih lama.
Aku akan mati... Kalau aku mati, Bella pasti akan ada depression lagi. Aku tak nak dia berduka untuk masa yang panjang.
Hari ini, aku telah membuat keputusan yang muktamad. Walaupun kedengarannya agak bodoh dan cliche, tapi aku ingin dia membenciku semampunya. Kalau tidak, aku ingin... cintanya pergi kepada orang lain.
"I love you... so..."
"So..." Perlahan-lahan air mataku mengalir. Aku tak mampu untuk melepaskannya. Aku hanya ingin dirinya untukku. Dia mungkin akan menderita untuk seketika tapi ini adalah untuk yang terbaik buatnya. Lebih baik menderita sementara berbanding menderita selamanya.
💔💔❣️
"You're home!" Bella menyambut kepulanganku dengan pelukan yang hangat. Kehangatan tubuh itu hampir saja membuatku menangis. Tapi aku tahan. Kami akan berkahwin...
I'm so sorry sweetie... Perkahwinan ini akan... membuat you menderita.
"Hey." Aku ingin memberinya cold shoulder tapi aku tak boleh. Sinaran matanya buatku merasa sebak. Mampukah aku melukai hati kekasihku ini?
"Kenapa ni, baby?" Bella menekup pipiku dengan senyuman manis terhias di wajah cantik itu. Siapa sangka, percintaan kami kekal sehingga sekarang? Sayangnya... dia terpaksa mungkir janji.
YOU ARE READING
HER GIGOLO [18+]
RomanceWARNING! 18+ Elijah x Bella x Louis Bella Ariana tidak sangka perkahwinannya bersama teman lelaki waktu sekolahnya, Louis, membawanya derita yang penuh dengan duri. Sehari demi sehari duri itu tertanam di hatinya. Apakah yang patut dia lakukan dik...