☆彡彡 13 ミミ☆

13K 315 15
                                    

Elijah menguap kecil sambil cuba mencapai tubuh hangat yang berada di dalam pelukannya sepanjang malam. Dia mula meraba-raba comforter di sebelahnya itu apabila tubuh yang dicari masih belum dijumpai. Iris hijaunya mulai kelihatan apabila dia mencelik sedikit matanya.

Ingatan semalam bermain di matanya. Dia hampir saja tewas dengan godaan Bella! Dia terpaksa menolak pelawaan Bella dan jerk-off sendiri di bilik air. Bukanlah dia tak nak, tapi dia takut dia akan buat sesuatu yang lebih lagi! Dia mungkin dah bersedia untuk ke tahap tu. Tapi, Bella? Dia tak pasti.

Mujurlah Bella faham dan buat pertama kalinya mereka tidur sekatil. Perasaan asing singgah ke hatinya. Dan dia harap perasaan itu singgah ke hati Bella juga.

Dia terus terduduk apabila Bella tiada di dalam penglihatannya. Matanya melilau di sekeliling ruang tidur di dalam yacht mewah itu. Tiada. Bella langsung tiada di situ. Dia melompat turun dari katil dan memanjat tangga untuk ke atas deck kapal itu.

"Darling?" Terus hilang mamainya apabila sang wanita yang dicari tiada di atas juga. "Darling??!" Dia kuatkan sedikit suaranya kerana yang dia dengari sekarang ini hanyalah bunyi kicauan burung menandakan hari sudah pun menjadi pagi.

"Bella?!" Dia mulai panik. Dia pergi ke bahagian paling depan kapal itu dan cuba melihat ke dalam air laut yang membiru.

"ELI!!!" Sergah Bella.

"ARGHH!!!" Jatuh terduduk Elijah apabila Bella tiba-tiba muncul dari dalam laut itu sambil tersengih. Jantungnya yang berdegup laju dipegang. Matanya membulat besar. "Darling!!!"

"Hahahaha!" Bella ketawa besar. Tak sangka pula Elijah akan terkejut sampai macam itu sekali. Dia sengaja bersembunyi di dalam air mendengar suara lelaki itu memanggil-manggil namanya.

"Ling!! Sejak bila you suka kenakan orang ni?" Elijah yang sudah pun berdiri, mula bercekak pinggang. Direnung tajam Bella yang separuh tubuhnya masih berada di dalam air. Dia telan air liur sedikit. Sedikit-sebanyak, dia agak tergoda dengan keadaan Bella saat itu. Rambut yang basah... bibir merah jambu yang bersinar terang... dan senyuman menawan, bikini yang tersaru -- AH! No! Ini bukan masa untuk tergoda! Dia gelengkan kepalanya laju.

"Tak adalah... You nampak risau sangat, so I nak kenakan you sikit je. Tak tahu pula you boleh terkejut sampai jatuh..." Bella tersengih. Apabila Elijah masih tidak memberikan reaksi, dia tepuk bahagian kapal yang agak basah dengan air itu.

"What?"

"Duduklah."

"You nak tarik I dalam laut yang dalam tu ke? Tak sejuk ke 'ling?" Elijah masih berkira-kira. Dia kekalkan jarak sedikit supaya Bella tidak dapat menarik kakinya.

"My big baby, tak sejuk pun lah. Hangat je. Ke, you tak pandai berenang?" Bella senyum sembunyi. Hehehe.

"Ha. Of course lah I pandai be-berenang!" Elijah tergagap bukan sebab dia sedang menipu. Tapi panggilan baby dari bibir Bella tiba-tiba mengejutkan jantungnya! Aii. Boleh mati dia kalau hari-hari macam ni.

"Soo, apa kata you mari berendam dengan I? Bukan selalu kita dapat 'swimming pool' besar macam ni." Bella depakan satu lengannya. Menunjukkan betapa luasnya lautan itu.

"Tak ada shark ke?"

"Kalau ada pun, apa masalahnya?" Bella jungkitkan alis matanya.

Elijah sudah buat muka are-you-kidding-me? "Darling, bagitahulah betul-betul!" Kalau Elijah tak kisahkan kemachoannya, dah lama dia hentak kaki kat situ.

"Okeylah. Shark takde, ikan-ikan lain ada." Bella menahan tawa melihat Elijah yang seakan seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gula.

"Such as?"

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now