"I... can I... eat... you...?" Elijah sudah rendahkan wajahnya ke aras paha Bella.
Bella terdiam. "I..." Dia tahan bahu Elijah yang seakan ingin mencium pahanya. Dapat dia lihat riak terluka di dalam anak mata hijau itu. Sudah berkali-kali dia melukakan Elijah. Dia tahu! Tapi...
"Oh... It's fine." Elijah tersengih sendiri dan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia mula bangun. "I faham." Dia angguk walaupun Bella masih belum mengatakan apa-apa.
"I cuma tak nak lukakan you." Ucap Bella. Sudah berkali-kali dia mencuba untuk tiduri Elijah, tapi setiap kali mereka mencuba... pasti dia akan menangis sendiri. Hanya kerana dia merasakan dia akan khianati Louis jika mereka tidur bersama-sama. Akhirnya, Elijah hentikan segalanya.
"I tahu, sayang." Elijah senyum kecil. Dia usap lembut pipi Bella. Satu tangan berada di kaunter. "Jangan risau. I takkan paksa you."
Bella memegang tangan yang mengelus pipinya. Tersentuh dengan kebaikan Elijah. Lagi-lagi dengan panggilan sayang yang jarang digunakan oleh Elijah. Kerana lelaki ini suka panggilnya 'darling'. Kenapalah hatinya susah sangat untuk melupakan suami yang bakal menjadi bekas itu?
"Alright. Rasanya I dah tunjukkan semuanya. So, wanna go home?" Elijah cuba memujuk hatinya sendiri dalam diam. It's fine, Elijah... Someday... maybe someday she will loves me? Tapi kalau tak...
Lepaskan dia. Ya, aku akan lepaskan dia. Kerana... aku sungguh cintakannya hingga aku sanggup membiarkan dia memilih jalan sendiri tanpaku...
"Okay..." Bella melompat turun dari kaunter itu. Dia merenung belakang Elijah yang sudah berjalan ke depan. Dia mengeluh sendiri. Rasa sebak mula bertandang. Lelaki ini selalu bersamanya. Tapi, dia langsung tidak cuba untuk cintai lelaki ini. Layakkah dia bersama Elijah?
"Darling?" Elijah menoleh ke belakang apabila dia perasan akan Bella yang tidak mengikuti langkahnya. Mata mereka bertemu.
Bella tersenyum manis dan menerpa ke dalam pelukan Elijah. Tubuh Elijah tertolak ke belakang sedikit kerana tidak sangka akan dipeluk. "What's wrong, sayang?" Elijah mengusap kepala Bella dengan penuh kelembutan.
Bella hanya mengeleng. "Saja..." Kemudian, dia lepaskan pelukan. "Okey jom!" Kali ini, dia yang berjalan di depan. Sambil menahan air mata daripada mengalir. Entah kenapa riak terluka Elijah membuatnya rasa sedih. Adakah... dia sudah jatuh cinta kepada lelaki ini?
Elijah hanya membuntuti langkah Bella tanpa banyak bicara. Pelik juga dengan kelakuan Bella yang tiba-tiba memeluknya. I wonder what's wrong...
Setelah mengunci pintu, mereka berdua berjalan pulang. Tapi, perjalanan pulang mereka diganggu oleh seorang wanita tinggi lampai. "Oh my God? Is that you Elijah?"
"You are?" Langkah Elijah terhenti. Dahinya berkerut melihat wajah yang tidak dia ingat itu. Oh shit. Jangan kata ini skandal lama dia!
"God! You are Elijah!" Wanita itu tersenyum lebar dan mula memeluk erat tubuh Elijah. Pipi Elijah turut diciumnya berkali-kali.
Elijah terkaku untuk seketika sebelum menolak kuat tubuh itu darinya. Pipinya dikesat dengan kasar. "Siapa kau?" Matanya mencari Bella. Jumpa. Dia ingin membuka mulut tapi terkedu melihat riak Bella yang nampak garang itu. Bella... cemburu?
Bella mengerdipkan matanya berkali-kali. Hatinya... terasa sakit. Sakit. Kenapa? Kenapa sakit? Dirinya tidak sedar dia memasang muka garang. Tanpa berfikir apa-apa, dia melangkah berdiri di sisi Elijah dan memeluk lengan lelaki itu.
"Siapa ni, baby?" Bella ketapkan bibirnya. Nadanya berbaur dengan penuh rasa cemburu.
"I... pun tak tahu." Jawab Elijah. Dia sesungguhnya tak dapat berkata-kata sekarang! Betulkah apa yang matanya saksikan?! Bella... Bella... sedang merasa cemburu?! Dia tahu dia tak patut rasa bahagia kerana buat Bella jealous, tapi DIA AMAT BAHAGIA!
Maknanya... Bella memang sudah mula sukakannya! Kan?
Wanita tinggi lampai bak model itu memeluk tubuhnya sendiri. "You lupa? You know... that hot night..." Dia gigit bibir sendiri sambil merenung Elijah atas bawah. Dia tidak hiraukan kehadiran Bella langsung.
"Aku rasa kau salah orang." Elijah cuba untuk menahan senyumannya. Kerana dia dapat rasakan api cemburu Bella yang sedang memeluk lengannya ini. Bukan kerana wanita dari masa lalunya ini.
"No way. You ada muka yang susah untuk dilupakan. Apatahlagi skill you di atas katil yang mmph! I memang susah nak cari lelaki yang berbakat macam you ni! That's why I'm so happy I met you again!" Bersungguh wanita itu cuba mengingatkan Elijah sambil mencuba nasib.
Bella sudah buat muka tak percaya. Hello! Tak nampak ke dia sedang berdiri kat sebelah ni!?
Elijah kerling Bella yang masih tajam merenung wanita tinggi lampai itu. Okeylah. Sebahagia dia pun, dia rasa cukuplah dengan drama yang wanita lampai ini mainkan. Dia tak nak buat Bella terluka.
Tapi, belum sempat pun dia ingin berkata-kata. Bella terlebih dahulu berdiri di depannya. "Hello! Excuse me!" Bella memetik jari di depan muka wanita itu. "You tak nampak ke dia dah ada kekasih?"
Wanita tinggi lampai itu ketawa kecil. "Ops. Sorry. Tapi tak mungkinlah you akan kekal lama dengan dia. Sebab Elijah ni memang takkan setia dengan satu je. So, apa kata kita kong-" Mata wanita itu membesar bila kolar bajunya ditarik.
"Shut the fuck up. He's mine." Bella memberi wanita itu renungan yang begitu menakutkan. Wanita tinggi lampai itu sudah menelan air liur sendiri. Dia dapat rasakan dia akan ditimpa sesuatu yang buruk kalau dia tak mengundur sekarang!
"Um. Hahaha. Alright!" Wanita tinggi itu mengangkat kedua tangannya. Tanda give up.
Elijah yang menyaksikan semua itu sudah ternganga luas. Hatinya yang berdegup dengan kuat, disentuh. She said I'm hers. I'm... hers. Bolehkah dia mengira yang Bella memang sudah menaruh hati padanya? Atau, Bella mengatakan semua itu kerana dia anak ikan Bella semata-mata?
Dalam dia berfikir, Bella sudah mendekatinya. Dia menelan air liur melihat riak Bella yang masih tampak marah itu.
"You are mine. You hear me, Eli?" Tegas nada Bella. Dia lingkar lengan di leher lelaki itu dan tarik ke arahnya.
Sekali lagi Elijah dikejutkan dengan ciuman daripada Bella di tengah-tengah jalan itu. Tapi, tetap saja Elijah memaut pinggang Bella dan membalas ciuman itu. Matanya sudah terpejam. Berkali-kali bibir mereka melumat. Dia tarik lagi pinggang ramping itu hingga tiada ruang di antara mereka.
Ciuman rakus itu terhenti apabila mereka kehabisan nafas. Langsung tidak kisahkan orang yang lalu lalang. Mata mereka yang terpejam mula terbuka. "I'm always... yours, sayang." Hidung mereka masih bertemu.
Bella jatuhkan pandangannya apabila Elijah masih tak berkelip daripada merenungnya. Dia lepaskan lingkaran di leher Elijah. Pipinya memerah sedikit. Dia tak tahu apa yang merasuknya. Tapi, dia tak nak kehilangan orang yang dia suka lagi.
Orang yang dia suka? Dia... sukakan Elijah?
Elijah tersenyum kecil. Dia longgarkan pegangannya pada pinggang Bella juga. She's blushing... because of me? Dia mula mengharap sesuatu.
"Do you like me...?" Tanya Elijah. Dia dongak dagu Bella supaya mata mereka bertemu.
Bella menelan air liur. "I..."
🔓 200 starts to unlock the chapter!!!
YOU ARE READING
HER GIGOLO [18+]
RomanceWARNING! 18+ Elijah x Bella x Louis Bella Ariana tidak sangka perkahwinannya bersama teman lelaki waktu sekolahnya, Louis, membawanya derita yang penuh dengan duri. Sehari demi sehari duri itu tertanam di hatinya. Apakah yang patut dia lakukan dik...