"Well babygirl, playtime is over." Salah satu mereka mula memaut pinggang Bella yang masih cuba berlari dengan kaki terhinjut-hinjut itu. Tak nampak seperti tengah berlari langsung!
"Lepaslah!" Bella memukul-mukul lengan yang kemas di pinggangnya. Dunianya bagaikan berpusing apabila lelaki itu merebahkan tubuhnya di atas tanah yang basah itu. Geli sungguh dia melihat muka mereka berdua yang menelanjaninya dengan pandangan mata. Dia cuba mengundur ke belakang, tapi tak boleh kerana lelaki itu sudah mengunci kemas kakinya.
Dia memang ketakutan. Amat takut hingga tubir matanya mengeluarkan air hangat. Lengannya masih lagi menyilang dada sendiri. "Korang ini memang menjijikka- Ah!" Bella ketap gigi dengan kuat apabila pipinya ditampar. Kepala yang terteleng ke tepi, dia halakan semula ke depan. Cuba berlawan mata dengan si lelaki tak guna di atasnya ini.
"Aku dah lama sabar dengan mulut kau ini babygirl. Tak apa. Nanti aku buat kau sedar diri dengan siapa kau sedang bercakap saat ini! Aku akan buat kau patuh kepada aku macam anak anjing!" Lelaki yang berada di atas tubuh Bella mula menanggalkan baju sendiri dan menindih tubuh wanita itu.
"Cepat sikit bro. Aku pun tak sabar jugak ini." Lelaki yang satu lagi mula menyalakan puntung rokok lalu menghembuskan asap keluar dari rongga hidung dan mulutnya. Sambil itu dia ingin menonton aksi yang akan bermain seketika nanti.
so. fucking. disgusting!
Bella menempik di dalam hati apabila lelaki di atasnya itu mula meraba-raba betisnya yang terdedah. Apabila lelaki itu cuba mencium wajahnya, dia keluarkan senyuman geli hati. Ketakutan yang ada di dalam matanya tadi hilang sekelip mata. "You nak tahu tak kenapa I sayang sangat suami I?"
Lelaki itu kerutkan dahi. Dia keliru. Tadi wanita ini hampir saja ingin menangis, tapi kini sedang tersenyum mesra. Ah! Itu lebih baik baginya! Dengan perasaan tidak sabar, dia tidak menjawab pertanyaan Bella dan cuba mencumbu wajah cantik yang dipenuhi lebam itu.
"Gosh." Bella angkat jarinya yang bercincin dan mula mencucuk kuat mata kiri lelaki itu.
"AHHH!!!" Lelaki itu menempik kuat dan memegang mata kirinya. Darah! Pedih!!! Dia ingin menampar wanita itu sekali lagi tapi sekali lagi dia berteriak kesakitan.
Dengan kekuatan yang masih ada, Bella menendang celah kangkang lelaki itu dan menolaknya ke tepi. Dia berikan senyuman sinis kepada lelaki yang menghisap rokok itu dan menggerakkan jari telunjuknya supaya datang kepadanya.
Apabila lelaki yang sedang menghisap rokok itu ingin menerkam tubuhnya, dia cepat-cepat gulingkan tubuhnya ke arah bertentangan. Lelaki itu yang langsung tidak menyangka Bella akan mengelak kehilangan keseimbangan badan dan tersungkur ke tanah.
Bella cepat-cepat duduk di atas tubuh lelaki itu lalu mengangkat tinggi kedua-dua tangannya. "AAAAHHHHHHH!!!" Bella menumbuk-numbuk belakang kepala lelaki itu hingga berdarah. Ya, dia memang tengah lemah saat ini. Tapi...
"AAH!" Lelaki itu meringis kesakitan. Kulit kepalanya seperti dicarik-carik oleh sesuatu. Kesakitannya sungguh tak dapat digambarkan dengan perkataan. Tangannya juga tak boleh digerakkan kerana wanita itu sudah memijak pergelangan tangannya.
"I'm going to say this again. You tahu tak kenapa I sayang sangat dengan suami I?" Bella menghembuskan nafas panjang dengan penuh rasa penat.
"I tanya ni." Bella halakan cincinnya ke leher lelaki itu. Lelaki itu menahan nafas. Takut benar kalau lehernya dikelar.
"Tak-tak tahu!" Ah! Dia langsung tak menyangka begitu mudah mereka akan kalah! Dengan seorang wanita yang keadaannya sudah teruk pula tu! Mereka terlalu pandang rendah terhadap wanita ini! Itulah kesilapan terbesar mereka!
YOU ARE READING
HER GIGOLO [18+]
RomanceWARNING! 18+ Elijah x Bella x Louis Bella Ariana tidak sangka perkahwinannya bersama teman lelaki waktu sekolahnya, Louis, membawanya derita yang penuh dengan duri. Sehari demi sehari duri itu tertanam di hatinya. Apakah yang patut dia lakukan dik...