Bab 7

50 4 0
                                    

Aku terjaga dari tidurku.Ku lihat aku bukan diatas katilku.

"Asal ni bukan bilik aku eh?" soalku sendirian."oh lupa,ni rumah Naim"bisik hatiku.Aku lantas bangun dari katil dan menuju ke kamar mandi untuk mencuci muka.Baru bangun tidur kann.

Aku turun ke bahagian ruang tamu.Aku langsung tidak nampak kelibat Naim.Yang aku nampak cuma Hayden yang tengah tengok tv.Aku pun menapak selangkah demi selangkah ke ruang tamu.

"Hayden" sapaku."eh mommy " balas Hayden lalu segera memeluk tanganku."Daddy mana?"soalku hairan."Ouh daddy tengah masak"balas Hayden tenang.Aku hairan,mamat tu....masak?HAHAHAHAHAH setahu aku dia mana reti masak!

Aku pun segera berjalan menuju ke bahagian dapur.Betul lah kata Hayden,naim tengah masak HAHAHA .

"awak masak apa ni ?" soalku menahan ketawa melihat Naim memasak."Eh sejak bila kau bangun ni?"soal Naim terkejut melihat kehadiranku didapur itu."Baru je , sejak bila awak pandai masak ni HAHAHAH" ejekku."aku tengok google je"balas Naim tenang."Oklah kau pergi lah tengok tv ke apa ke dulu nanti bubur ni dah siap aku bagi kau dengan Hayden makan"balas Naim.Aku smirk.Taksabar nak rasa and nak complain HAHAHAHAH.

Aku pun segera berjalan menuju ke ruang tamu kembali.Aku pun duduk disebelah Hayden.

"hayden,sejak bila daddy tu pandai masak ?" soalku."Taktahu lah mommy , daddy cakap dia tengok  pakcik google" balas Hayden sambil menonton tv. "Mak ai masak bubur pun tengok google eh?" gumamku."Hayden makan apa je tiap-tiap hari?"soal ku menitik berat."Bubur ayam,macaroni"balas Hayden ringkas."What the- mamat ni dah kenapa bagi anak dia makan benda tu je?astagfirullah dia nak anak dia mati ke makan makanan macam tu"getus hatiku.Naim² dah macam takde food panda kau nak order.Duit belambak! Dasar kedekut!

Tiba-tiba aku perasan yang Naim sudah berjalan menuju ke ruang tamu dengan semangkuk bubur .

"Uwu~ bubur by chef Naim dah siap" perliku sambil senyum senget."erk , rasa la ok ke?"soal Naim.Aku pun mengambil sudu lalu mengambil sedikit bubur tersebut."auch panas!"laungku."Tulah kau,dah tahu benda tu baru masak kau pergi sumbat terus dalam mulut dah kenapa"omel Naim.Aku diam.Ye salah aku hm.

"Amacam sedap tak?" soal Naim lagi."err boleh la"balasku."ooo tak lulus lagi eh nak jadi chef?"soal Naim."tak,"balasku lalu tertawa.Naim menggeleng melihat gelagatku.

"Btw malam ni aku nak balik rumah mama aku" kata NAIM."so?"soalku."mama aku suruh kau ikut"balas Naim."eee taknak lah!saya malu!!"balasku."Malu tu masalah kau bukan masalah aku,lepasni kita pergi rumah kau.Kau packing lah baju yang kau nak bawa.Kita duduk 5 hari je rumah mama"balas Naim.Aku mencebik.Dahlah aku selalu kena perli dengan bapak Naim tu.

Aku  akur akan Naim.

*********

"Kau pergi la kemas baju kau aku dengan Hayden tunggu dalam kereta je" kata Naim.

"Ha ok" balasku ringkas.

Aku membuka kunci rumah sederhanaku lalu aku terus berjalan menuju ke bilikku.

Tanganku ligat mencari pakaian untuk dibawa.

"Naim cakap 5 hari,berapa banyak aku nak bawa ni?" soalku kepada diriku sendiri."Argh bawak jela"omelku.Selepas selesai mengemas pakaian,aku pun turun dan terus memasukkan beg pakaian ku kedalam bonet kereta lamborghini milik Naim itu.(saje sebut name kete hksksks)

"Dah ?" soal Naim."Dah la"balasku."k jom gerak"sambung naim.

"Err rumah mak awak tu kat mana?" soalku.Yelah aku mana pernah pergi rumah mak dia,jumpa papa dia pun dekat office je."dekat KL ni je"balas Naim."lahh,saya ingatkan jauh sangat " balasku. "Hmm mak aku ada 3 biji rumah tapi dia banyak duduk rumah dekat kl je sebab papa aku kan ada syarikat kat KL" balas Naim."ouhh hehe"balasku ."Kaya bebenau sampai 3 biji rumah ada , belum lagi rumah si Naim ni.Tah berapa biji tahu rumah dia ada"gumamku."Kau tak nervous ke nak jumpa papa aku?tak takut kena sakat?"kata Naim sambil tertawa kecil.

"Eiiiyyyy jahat lah awak ni!!kang saya suruh patah balik kang!!" balasku."Eleleelle aku gurau jelah, kau ni pun"balas Naim. "apa gurau-gurau?" balasku sambil menatap Naim tajam."Haydennn help daddy tachod mommy garang"kata Naim seolah olah menyakatku."Eiiyyy malas lah saya layan awak!! Benci benci benci!!!"laungku lalu terus mengalihkan pandangan kearah luar tingkap.Naim terkejut akan tindakan ku ."erk dah kenapa ? Period pain kot"gumam Naim.Buatnya si Puteri tu dengar,mahu kena pukul bertubi-tubi.

"Mommy what wrong with you ? " soal Hayden."No i'm okay " balasku ringkas. "How can i help you ?" soal Hayden."No no sayang ,mommy okay jela "balasku dengan senyuman." sayang... "Meleret suara Naim.Mataku terus membulat.Buang tebiat ke si Naim ni!! Arghh boleh gila aku macamni!!

Aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan.Dalam beberapa jam perjalanan,kami pun tiba di kediaman Dato Farhan & Puan Siti.

" assalamualaikum mama"laung Naim."Waalaikumussalam!! Haa anak mama!! Ingatkan main-main je nak balik! Hish budak ni! Ha hayden meh meh masuk! puteri?meh meh masuk"kata Datin Siti mesra . "Jomlah masuk" kata Naim.Aku mengangguk.

"Duduklah dulu , Aunty buat air jap" kata Datin Siti."Eh sokey aunty,takpe takpe susah susah je , lagipun saya baru lepas makan tadi hehe"kataku.Aku malu sebenarnya HAHAHA nasib papa si naim ni tak muncul lagi kalau tak mampos aku kena sakat.

Tiba-tiba saat aku dan datin siti rancak berborak,ku lihat susuk tubuh seorang lelaki muncul disebelah Datin Siti.Tak lain tak bukan Bapak si Naim tu!!matilanak!

"Haa balik pun, kalini bawa anak dara orang pula yerk kamu naim" kata Dato Farhan."Apa?mama yang suruh"balas Naim."Mama suruh?takde lah papa gurau je,haaa lama tak jumpa kamu , Ayah kamu sihat?"soal Dayo Farhan kepadaku."Ehh dato,ayah saya dah meninggal dah Dato"balasku ."Eh?! Astagfirullah! Bila??sakit apa tu?"kata Dato Farhan yang agak terkejut.

"Ayah saya menghidap penyakit kanser hati stage 3 " balasku."Innalillah,dahtu ibu kamu?"soal Datin Siti pula."Ibu ada je dekat rumah"balasku.Datin Siti dan Dato Farhan mengangguk tanda faham.

"Haaa kamu Naim,tercegat apa lagi kat situ?pergilah tunjuk bilik dekat puteri.Jangan kamu tidur sebilik dengan anak dara orang sudah" kata Dato Farhan. "hish apa papa ni,orang tahu lah hukum hakam,takkan lah orang nak tidur dengan anak dara orang pula" balas Naim."Amboii papa gurau je pun,seriousnya anak papa sekarang ni ye"perli Dato Farhan.Naim diam sahaja lalu terus mengangkat bagasiku kebilikku.Cis!depan mak bapak dia memang lah acah gentleman!cuba kalau belakang mak bapak dia?! Beg aku pun aku angkat sendiri!

"Soo ni bilik kau,bilik aku kat sebelah je.Haih nanti kalau kita dah kahwin boleh lah sebilik" kata Naim. "siapa yang nak kahwin dengan awak Mr P.O.Y.O?" kataku sambil menjeling Naim."P.O.Y.O,cis! Takpe-takpe! Ejek lah ejek ejek! Kau fikir aku tak berani ke ha nak masuk minang kau."kata Naim. "cis ! Ha cuba lah tu pun kalau saya accept" balasku sambil senyum senget."hmm pape jelah,dahlah saya nak tidur"sambungku.

"Goodnight budak mentah" kata Naim."Diamlah mr p.o.y.o!!!"kataku.Nak jerit kang mak bapak si Naim tu dengar pulak.

Malam itu aku tidur dengan nyenyak.Huh terasa aman dunia..

Huhh oky ii smbung next part , sorry la lama x update huhuhu

MR DUDA PUJAANKUWhere stories live. Discover now