Pada pagi hari, Dian sudah bersiap sedia untuk pergi ke kelasnya, sebelum ke kelas, dia sempat bersarapan di kantin.
Sebelum masuk ke ruangan dalam kantin, Dian terserempak dengan teman baiknya Alisa.
"Eh Lisa! Lama tak jumpa, where are you hiding before!"
Lisa tersenyum gembira, sambil mereka berdua saling berlari kearah satu sama lain.
"I miss you bestie! Kemanakah kau menghilang sekian lama aku tak nampak."
Lisa membalas.
"Aku ada je dekat sini tapi aku tak stay dekat dorm, aku stay dekat rumah kawan aku yang lagi satu."
"Oh..okay aku ingat kau balik kampung.."
"Aku ada je kat sini..jom lah breakfast aku dah lapar."
Dian hanya menurut lalu terus berjalan ke kaunter pesanan makanan.
Lalu Dian bertanya kepada Lisa, apa yang dia mahu makan untuk sarapan.
"Weh Lisa, kau nak makan apa? Aku belanja, mesti kau nak kan?"
"Hehe..kau macam tahu-tahu saja yang aku nak kau belanja harini."
"Aku nak.. satu chocolate cake, satu roti bakar dengan hot coffee satu."
Dian hanya mampu tersenyum melihat ragam teman baiknya, yang sedang memesan makanan kepadanya.
Tanpa melengahkan masa Dian terus memesan apa yang dipesan Lisa dan makanan yang dia mahu makan untuk sarapan.
Lisa tidak mahu terus berdiri tegak seperti patung dihadapan kaunter lalu dia meminta izin Dian untuk mencari tempat duduk untuk mereka makan.
"Dian! Aku cari tempat makan dulu ya! Aku tak nak kita makan sambil berdiri sebentar lagi."
Dian ketawa perlahan, sambil mengangguk kepalanya tanda setuju atas kemahuan Lisa.
Selepas beberapa minit membeli makanan, Dian terus ke meja yang telah dipilih oleh Lisa untuk dijadikan port breakfast mereka pagi itu.
Tiba-tiba.
"Gedebuk!!"
Hot coffee yang telah dibeli Dian terjatuh dan tertumpah keatas baju seorang lelaki.
Lelaki itu mengaduh kesakitan kerana hot coffee itu mengenai baju kemeja miliknya.
"Astagfirullahaladzim! Sorry-sorry, saya tak nampak awak, Awak okay?"
"Aduh! You ada nampak macam I ni okay ke?! Panas tau tak?!"
"Maaf-maaf saya tergesa-gesa nak breakfast sebelum class."
Lisa yang ternampak pertengkaran itu, terus pergi kearah Dian dan bertanya apa yang terjadi.
"Wait are you okay, Dian?"
"Yeah, I'm fine..lelaki ni yang tak okay sebenarnya."
"Ya! Memang saya tak okay saya rushing awak tahu tak?! Saya ada class kejap lagi!"
Ramai pelajar di kantin itu melihat situasi yang berlaku diantara Dian dan lelaki itu.
"Kau jangan marah kawan aku! Dia dah minta maafkan?! Nama kau siapa?!"
"Nama aku Alex, Alex Chao, Aku tak ada masa untuk layan semua ni! Aku nak pergi tukar baju sekarang and masuk class."
Alex pergi meninggalkan dua gadis yang masih terpinga-pinga itu dan berlalu pergi untuk menukar pakaiannya.
|
|
|
|
|
|
|
|"Why? This time aku perlu jumpa orang yang menyusahkan aku?"
Alex terlalu marah lalu sambung memakai pakaian yang telah disarung di badan tegapnya itu.
Alex keluar dari dorm miliknya dan terserempak lagi dengan perempuan yang telah menumpahkan hot coffee dibajunya tadi.
"You! Again?! Such a bad day today...nama kau siapa hah?! Kenapa aku selalu nampak muka kau?"
"Nama saya..Dian, Dian Mikayla, saya nak ambil buku nota saya tertinggal dekat dorm aspuri saja."
"Okay, Cik Dian Mikayla, can you just say sorry again cause you, have been spilled your hot coffee on me."
" Sorry..Alex."
Alex tersenyum sinis melihat Dian hanya menurut kemahuan dirinya seperti seorang yang lembab,lalu pergi meninggalkan Dian tanpa sepatah kata-kata.
|
|
|
|
|
|
|
|Dian merasa bersalah atas apa yang berlaku pada pagi tadi membuatkan dia merasa Alex sangat membenci dirinya, oleh sebab itu Alex meninggalkan dirinya tanpa sepatah kata.
Dian masuk ke kelas dan melabuhkan dirinya ke kerusi di sebelah Lisa.
" Dian! Are you okay? Kenapa muka kau pucat semacam ni?!"
"Aku terserempak dengan Alex tadi dekat dorm aspura."
"What! Seriously?! Aku tak boleh percaya, yang bilik dia dekat dorm aspura dekat dengan dorm aspuri kita?"
Lisa masih marah akan perbuatan Alex yang mementingkan diri sendiri dan memarahi teman baiknya, Dian, dihadapan semua orang.
Lisa tak boleh lihat teman baiknya diperlakukan sebegitu oleh Alex.
"Tak apa, Lisa..aku boleh jaga diri aku sendiri, Alex tu..biarkan je lah, salah aku juga sebab tertumpahkan hot coffee atas baju dia."
Dian hanya menenangkan hati teman baiknya, Lisa.
Kerana tidak mahu mendengar teman baiknya marah lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|Alex masuk ke kelasnya.
"Alex! Kamu lambat harini, kenapa kamu lambat? You know right time is gold!"
"I know sir..tadi ada perempuan tumpahkan hot coffee atas baju saya, jadi saya pergi tukar baju."
"Jangan banyak alasan, sekarang tulis denda ' i'm sorry, i'm late' 200 kali faham?!"
"Faham Sir."
××××××××××××××××××××××××××××
YOU ARE READING
[C] 1.0 Dear, Hamba Allah
Romance"𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐮𝐥𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚." - 𝐀𝐥�...