Sudah cukup sembilan bulan Dian mengandung. Hanya menunggu masa untuk bersalin sahaja.
Selepas berbincang dengan Amir nama anak-anak mereka. Dian dan Amir solat Isyak berjemaah bersama sebelum tidur.
"Sayang..jom solat. Kita doa supaya anak kita dapat lahir dengan selamat dan sihat."
"Okay, abang."
Mereka solat berjemaah bersama. Selepas mereka solat berjemaah. Amir berdoa..
"Ya Allah..kau jaga lah isteriku dan anak-anakku dengan baik, kerana bila tiba masanya..aku juga akan pergi dan tidak mampu menjaga mereka. Ya Allah kau kurniakanlah kekuatan kepada isteriku dan anak-anakku, supaya mereka dapat lahir dengan selamat. Jaga mereka Ya Allah. Kau carilah penjaga dan pelindung yang sesuai untuk mereka. Aku sayang mereka Ya Allah. Mungkin ini adalah amanah terakhir aku untuk kesayanganku Ya Allah. Bantu aku Ya Allah..Aaminn, Aaminn Ya Rabbal Alamin."
Panjang lebar Amir berdoa sehingga dia mengalirkan air mata. Dian yang mendengar di belakang sudah tak tertahan menahan air mata. Dia kelu kerana suaminya tak habis-habis berkata tentang 'amanah terakhir'.
Dian harap suaminya tidak meninggalkannya sendiri, seperti dulu sewaktu dirinya diculik oleh Lisa.
Arwah Lisa sudah lama pergi ke rahmatullah. Aliya pula? Dia sudah dimasukkan ke dalam penjara dengan hukuman gantung hingga mati atas sebab membunuh secara sedar.
"Abang.. esok kita pergi ziarah kubur abah dan Lisa, Boleh?"
Amir tersenyum dan mengangguk.
"Boleh sayang. Dah jom kita tidur. Mesti sayang dah penatkan?"
Mereka pun tidur keesokan harinya.
Dian dan Amir menziarahi kubur abahnya terlebih dahulu.
"Assalamualaikum, abah..ni Dian ni anak abah. Amir pun ada sekali. Dian datang nak melawat and bagitahu abah yang nanti abah akan dapat cucu."
Dian tersenyum garis.
"Tapi..abah tak boleh nak tengok cucu-cucu abah di dunia nyata. Mesti abah sedih tak dapat tengok kembar ni kan? Tak apa, abah. Abah masih boleh lihat dari atas. Ibu dan Sofia pun sihat kat sini, abah. Jangan risau."
"Abah cuma perlu tahu..yang Dian sayang abah sangat-sangat."
Lalu Dian pun beransur pula pergi ke kubur arwah Lisa selepas ke kubur arwah abahnya.
"Assalamualaikum, Lisa. Dah 6 bulan kita tak jumpa. Aku rindu kau. Tapi kau dah tak ada. Kau kata nak sehidup semati, tapi dah tu takdir Allah..untuk kau dan aku. Jadi kita terpaksa terima, by the way, aku dah nak bersalin. Nanti kau dapat anak sedara weh."
Senyum Dian lalu Amir pun mencelah.
"Kami harap kau tenang dekat sana dan terima kasih sebab dah selamatkan Dian sebelum aku sempat sampai. Terima kasih. Kalau kau tak ada waktu tu Lisa, mesti Dian dah mati dulu sebelum aku."
"Let's go back home, honey."
Lalu mereka pun pulang ke rumah.
Alex baru sahaja pulang ke Malaysia. Selepas melawat keluarganya di Amerika. Dia kepenatan akan tetapi ingin melawat Dian dan Amir kerana rindu akan mereka.
"I miss them..so should I visit them?"
Alex bercadang untuk melawat Dian selepas Isya'. Jadi Alex berehat sebentar selepas bercadang dan mandi.
|
|
|
|
|
|
|
|Pintu rumah Dian di tekan loceng beberapa kali. Sunyi. Tiada balasan atau pintu dibukakan.
YOU ARE READING
[C] 1.0 Dear, Hamba Allah
Romance"𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐮𝐥𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚." - 𝐀𝐥�...