Alex baru sahaja melabuhkan diri diatas katil selepas cubaan melarikan daripada Dian.
Gerun Alex. Dia melihat Dian sudah berada di muka pintu sambil membawa sudip memasak.
"Ampun Tuanku, Patik hanyalah suamimu yang tidak berdosa." Kata Alex sambil membuat tangan tanda meminta maaf.
"Cis, Beta arahkan kamu untuk menjaga anak-anak kita tetapi ini yang diajarkan nya?!" Balas Dian sambil in character.
Dian acah-acah ingin memukul Alex dengan senduk memasak mereka berdua pun memulakan aksi kejar-mengejar.
"Argh! Dian stop, abang penat! Fuhhh stop argh!" Lelah Alex.
Adegan kejar-mengejar pun berhenti. Dian ketawa kecil.
"Aih macam-macam lah abang ni..tapi jangan lah diajarnya budak kecik tu benda pelik-pelik diaorang baru umur 4 tahun. Dahlah telinga si Danial tu tajam gila." Nasihat Dian kepada Alex.
"Yelah sayang, Abi janji nanak ajar nial Ngan Mawar benda bukan-bukan lagi." Kata Alex menggunakan bahasa kanak-kanak sambil menunjukkan Pinky promise.
Dian tersenyum lalu cuba untuk meninggalkan Alex yang sedang terbaring diatas katil. Namun dirinya ditarik oleh Alex.
"My queen nak pergi mana?" Tanya Alex sambil menghidu aroma badan Dian dengan sensual.
Dian menepis tangan Alex.
"Saya nak pergi masak ni! Jangan lah cium-cium saya hempuk awak dengan senduk ni melayang nyawa abang nanti." Marah Dian.
Alex membuat mata anak anjing, comel tapi Dian hanya memberi reaksi muka selamba.
"Malas nak layan." Ujar Dian lalu terus menuju ke dapur.
|
|
|
|
|
|
|
|Masuknya sesi prasekolah Danial dan Mawar. Mereka berdua duduk bersebelahan di kelas. Mereka mendapat teman baharu yang bernama Syaza dan Hakeem.
"Hai! Nama saya Danial. Awak yang cantik ni nama apa?" Tanya Danial yang baru mula petah bercakap.
"Saya Syaza, saya tak cantik, saya comel. Awak pulak siapa?" Tanya si kecil Syaza yang sedang kebingungan dengan budak lelaki yang tiba-tiba memujinya cantik.
"Saya Danial, awak boleh panggil saya Nial." Jawab Danial dengan riak wajah bangga.
"Awak nak jadi girlpwend saya tak?" Selamba saja si kecil itu menanyakan soalan kepada Syaza.
"Tak nak. Sebab awak tak ensem. Saya dah ada boipwend, nama dia Hakeem." Jawab Syaza dengan yakin.
Riak wajah Danial bertukar sedih ingin menangis. Dia mencari sosok Dian agar dia oleh mengadu kepada kakaknya itu.
Dian sedang berbual dengan seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Hakeem.
"Kenapa nama awak hakim? Awak kerja dekat mahkamah ke?" Tanya Mawar.
"Kenapa nama awak Mawar? Awak bunga ke?" Tanya Hakeem kembali kepada Mawar.
"Ish mana ada! Saya kan manusia." Jadi bermulalah sesi perdebatan antara mereka berdua.
Danial dari jauh melihat kakaknya sedang bertarik rambut mula mendekati Mawar dengan cepat bersama Syaza yang juga ingin mendekati Hakeem.
Tiba-tiba datang seorang hero kecil yang memberhentikan pergaduhan itu sebelum sempat Danial tiba.
"Berhenti korang! Jangan gaduh." Jerit seorang budak dan menarik Hakeem menjauhi Mawar.
"Awak okay?" Tanya budak itu sambil menjeling kerarah Hakeem.

YOU ARE READING
[C] 1.0 Dear, Hamba Allah
Lãng mạn"𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐮𝐥𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚." - 𝐀𝐥�...