18 | 𝒟ℯ𝒶𝓇, ℋ𝒶𝓂𝒷𝒶 𝒜𝓁𝓁𝒶𝒽

23 4 0
                                    

"Kenapa? Awak cemburu ke?"

Tanya Dian kepada Alex.

"Tak ada masa aku nak cemburu. Aku ada dah buah hati aku." Jawab Alex dengan muka selamba.

"Siapa? Nak tahu jugak. Mana tahu boleh jadi kawan aku." Usik Dian.

"Cinta aku terhadap Allah SWT." Jawab Alex padu.

Tersentak Dian. Aduh kenapa rasa ayat ni macam pedas sangat. Eh tapi kenapa nak terasa sedangkan aku ada dua-dua suami,anak dan tuhan.

Bisik Dian dalam hatinya.

"Kalau dah terasa tu.. cepat-cepatlah bertaubat."

"Woi, bodoh. Aku tak jahil lagi aku tengah pantang ni. Aih cari pasal betul Alex ni." Berang Dian.

Daripada kita melihat dua ekor tenuk ini bergaduh. Mari kita pergi ke situasi seterusnya.

|
|
|
|
|
|
|
|

Amir dan Dian bercadang untuk pergi ke rumah keluarga Dian iaitu rumah Puan Farah.

Mereka sudah lama tidak kesana kira-kira 1 tahun sejak Encik Saiful meninggal dunia. Ingin juga mereka bertemu dengan keluarga mereka alang-alang mengenalkan kepada Mawar dan Danial siapa Nenda dan Maksu mereka.

"Assalamualaikum! Mak Dian dah balik ni!" Sapa Dian dari luar rumah.

Puan Farah yang terdengar suara anak sulungnya terus berlari-lari anak mendapatkan mereka.

Sofia pula mendengus geram. Boleh pula orang yang pernah ada anak haram tu balik ke sini. Untuk apa? Menyemak je.

Sofia pun dengan malasnya menuju ke muka pintu untuk bertemu kakaknya.

"Eh anak umi! Cucu umi pun ada, comelnya kembar ya."

Teruja sungguh Puan Farah. Dia menggendong bayi baru genap 1 tahun itu ke lengannya. Mawar mengusap pipi Nendanya. Membebel seketika Mawar,apa yang disebutnya juga susah ditafsir.

"Iya umi. Ni Mawar dan Danial. Mereka kembar tak seiras."

Sofia yang mendengar hanya membuat muka geli. Kembar konon. Entah anak siapa yang dia ambil.

"Meh lah masuk, kesian kamu duduk luar." Alu Puan Farah kepada anaknya.

Sofia kedapur. Membuat air oren untuk mereka sekeluarga. Benci-benci pun kena tetap layan tetamu Uolls.

Sofia meletakkan air di atas meja dengan tersipu-sipu malu.

"Hehe, abang Amir. Minumlah air ni. Sofia buat khas untuk abang."

Dian menjeling dari samping Amir. Ya lah tu sedap. Entah-entah ada racun. Kita tak tahu.

Amir mengambil gelas dari Sofia. Kini gelas bertukar tangan lalu dia menyicip sedikit air oren itu. Sedap.

"Erm, sedap. Terima kasih, Sofia." Ucap Amir.

Bersinar-sinar mata Sofia apabila dipuji orang yang dia suka.

Amir membuat riak wajah aneh. Kenapa pula dengan adik iparnya ni? Macam orang tak betul je. Dian yang sedang mengendong Danial di sebelah memandang sinis mereka berdua.

Amir memulakan perbualan antara mereka berempat.

"Umi sekarang sihat?" Tanya Amir

"Sihat, alhamdulillah. Cuma adalah sikit-sikit sakit-sakit badan dengan kepala." Adu Puan Farah.

"Kalau sakit makan ubatlah umi, jangan buat kerja berat-berat. Umi kan ada lagi seorang anak dara dalam rumah ni..takkan tak boleh tolong umi buat kerja." Ucap Dian sambil perkataan dara disebut kuat.

[C] 1.0 Dear, Hamba Allah Where stories live. Discover now