10 | 𝒟ℯ𝒶𝓇, ℋ𝒶𝓂𝒷𝒶 𝒜𝓁𝓁𝒶𝒽

25 4 0
                                    

"Selamat malam abah."

Dian lalu menyelimuti Encik Saiful dengan selimut lalu keluar dari bilik untuk makan bersama Amir,Sofia dan ibunya.

"Ibu,abah dah tidur jadi kita makan dulu okay."

Puan Farah pun bersetuju lalu makan bersama mereka.

Setelah satu jam makan bersama mereka mulai mengemas meja makan. Puan Farah meminta izin Dian untuk pergi menjenguk Encik Saiful kerana risau akan keadaan suaminya.

"Dian, ibu pergi tengok abah dulu ya?"

"Baik, ibu."

Dian mengizinkan ibunya pergi ke bilik abahnya. Setelah sampai di dalam bilik, Puan Farah melihat Encik Saiful tidur sambil mukanya tersenyum bagai sesuatu indah dilihatkan diminpinya.

"Kacak suami Farah..Farah sayang dekat abang, Jangan pernah cakap nak tinggalkan Farah okay bang?"

Kata Puan Farah didalam hatinya sambil duduk disebelah Encik Saiful.

Puan Farah ingin membangunkan suaminya untuk makan ubat jadi dia ingin mengejutkannya.

Puan Farah menyentuh tangan Encik Saiful.

Sejuk.

"Abang? Kenapa tangan abang sejuk? Ya Allah..sejuknya badan abang."

Kata Puan Farah.

Dia pun megoyang-goyangkan badan Encik Saiful.

"Abang, bangun bang. Abang, tidur mati ke? Abang bangun lah."

Tiada tindak balas terhadap goncangan badan daripada Puan Farah kepada Encik Saiful.

Puan Farah memanggil Amir, Dian dan Sofia.

"Nak! Mari sini! Tengok abah kamu ni!"

Amir memeriksa nadi Encik Saiful.

Tiada denyutan nadi.

Amir menggoyangkan kepalanya lalu berkata.

"Inalillallahwainailahirojiun."

Air mata Dian, Sofia dan Puan Farah begelinang bagai air sungai mengalir deras.

"Abah! Maafkan Sofia abah! Sebab Sofia abah tak ada!"

Esak tangis yang tiada henti. Tiada kata-kata yang boleh diucap Dian. Bisu. Dialah orang terakhir yang sempat berbual dengan abahnya.

Sedih yang tak terkata.

"Abang. Abang dah janji dengan Farah tak akan tinggalkan Farah. Kenapa abang tipu Farah?! Kenapa?!"

"Farah dah cakap jangan cakap merapu! Abang cakap merapu. Farah tak mahu kehilangan abang. Separuh jiwa Farah dah hilang sekarang."

Puan Farah kecewa kerana kata-kata suaminya sekarang hanya tinggal kenangan. Tiada lagi gelak tawa, kasih sayang diantara sepasang suami isteri ini. Semuanya hilang, ghaib bagai debu.

Sofia menyesali perbuatannya kerana telah membuat abahnya terkena strok dah kini telah meninggalkan mereka sebagai anak yatim.

"Sofia..tiada guna kalau kau nak merayu. Sekarang yang ada depan mata kita hanyalah jasad abah, bukan roh. Semuanya dah terlambat Sofia."

Tangis esak tidak berhenti hanya meratapi pemergian orang tersayang.

"Selamat tinggal, abah. Semoga abah tenang disana."

Kata Amir.

"Amir akan jaga, ibu, Dian dan Sofia seperti keluarga sendiri. Percayakan Amir ya, abah?"

Selepas beberapa jam kemudian.

[C] 1.0 Dear, Hamba AllahWhere stories live. Discover now