09 | 𝒟ℯ𝒶𝓇, ℋ𝒶𝓂𝒷𝒶 𝒜𝓁𝓁𝒶𝒽

26 4 0
                                    

"Harini?!"

"Ya, Farah. Abang nak jauhkan Dian dari Alex."

"Tapi abang,dia dah janji nak jaga Dian,kita tak boleh buat dia macam ini."

"Argh! Tak boleh! Dian tetap kena kahwin dengan Amir,kalau tidak dengan awak sekali saya halau nanti."

Tegas Encik Saiful.

"Sanggup abang nak halau saya."

Kata Puan Farah sayu.

"Dah. Abang tak nak tengok awak buat drama air mata kat sini. Ini keputusan muktamad tiada penolakan."

Kata Encik Saiful.

Setelah beberapa detik Encik Saiful beredar dari laman rumahnya,Puan Farah terus menelefon Dian agar balik kerumahnya.

"Assalamualaikum..ibu..oo..ibu.. Dian dah balik."

Sekilas pandangan Dian mengarah kepada Encik Saiful yang berada dihadapan muka pintu rumahnya.

"Dian,abah nak kamu masuk sekarang,kami nak bincang sesuatu dengan kamu."

Dian mengangkat sebelah keningnya kerana merasa curiga, apakah yang ingin dibincangkan oleh keluarganya ini. Sesuatu yang mustahak ke?

Perasaan Dian mula bercampur-baur dengan rasa takut,gelisah dan risau, Dian takut dia dimarahi besar oleh abahnya lagi kalini. Dian takut dia ada buat salah lagi, tapi seingat Dian dia tidak membuat apa-apa yang mengecewakan hati abahnya dan ibunya selain dari mengandungkan anak luar nikah dengan Alex.

"Ayah nak kamu kahwin dengan Amir harini. Muktamad."

"Amir? Anak orang kaya kampung sebelah?! Aku tak nak sebab aku ni hanya perempuan biasa je."

Kata Dian dalam hati.

Dian terkedu tiada perkataan yang keluar dari mulut Dian,dia tidak mahu menjadi anak derhaka kerana membalas percakapan abahnya.

Dian hanya mampu menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tapi abah.."

"Tak ada tapi-tapi! Ini keputusan abah kamu kena kahwin dengan Amir juga malam ni pukul 8:00 tepat. Faham?!"

Dian mengangguk kepalanya.

|
|
|
|
|
|
|
|

Sebelum beberapa jam sahaja lagi Dian akan diijabkabulkan dengan Amir secara paksaan. Dia tak nak kecewakan abahnya jadi dia perlu kahwin juga dengan Amir yang dia tak kenal ataupun cinta.

"Allah dah merancang segalanya..aku perlu lalui ni."

Tiba-tiba terlintas difikirannya untuk menelefon Alex supaya hadir ke majlis pernikahannya dan Amir. Walaupun Dian tahu dia akan menyakitkan hati Alex.

Dian mendail nombor Alex ditelefon. Telefon diangkat oleh Alex.

"Hai, Alex..boleh awak datang rumah abah."

Kata Dian kepada Alex di talian.

"Sure my queen..is there any problem?"

"Bukan Alex..awak kena datang ke majlis perkahwinan saya malam ni."

Sayu Dian.

"Hah?! Kahwin?! With who?!"

"Just come and see nothing we can change now.. it's my abah decision."

Alex hanya mengiyakan saja

Sesampai sahaja di rumah Dian.

Alex melihat Amir lalu menyapanya.

[C] 1.0 Dear, Hamba AllahWhere stories live. Discover now