Mata ditutup rapat. Sunyi malam hari bunyi cengkerik sahaja kedengaran dari luar rumah.
Alex duduk di beranda rumah sambil menghirup secawan kopi panas. Cuaca dingin di malam hari membuat dia merasa tenang.
"Aku terlalu sayangkan dia..tapi aku tak ada hak untuk pisahkan suami isteri tu. Dia milik orang. Dia juga ada anak dan suami. Siapa aku untuk pisahkan Dian dan keluarga kecil dia."
Bisik hatinya sendiri.
Sambil mengambil angin dingin malam, Alex melihat keadaan kota yang bagai bintang di langit gelap menyinari setiap kawasan yang kekurangan cahaya.
Dia ingin sekali melawat pasangan itu sekali sekala dan kembar itu. Tapi masa tidak mengizinkan dirinya untuk melawat orang tersayang.
"Alex, you was flying in your own mind right now. You already drown by love. But there was always a fence were blocking your way to catch her heart."
Leternya sendiri.
"Dian Mikayla..One day you will be mine. All of my heart and souls is yours when you're mine."
"But, I need to change myself first. I must start loving your religion before you."
"In the name of Allah..I open my heart to start loving you and your God too. InshaAllah..."
Di subuh hari jam 6.
"Abang..bangun abang..solat subuh jom."
Dian membangunkan suaminya perlahan.
Mata Amir masih lagi berusaha untuk dibuka. Kedengaran sayup-sayup suara lunak memanggilnya dari tepi katil. Matanya berhasil dibuka. Suara serak basahnya memecahkan kesunyian bilik itu.
"Abang..boleh imamkan sayang ke? Kalau abang salah baca macam mana?"
Dian tersenyum manis.
"Selama abang jadi imam saya..abang tak pernah salah baca. Cuba dulu abang jadi imam saya kalini. Sayangkan makmum abang. Sampai akhir hayat."
Amir tersenyum kecil lalu beransur pergi ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk.
Dian sudah membentangkan sejadah dan memakai telekung sambil menunggu suaminya siap berwudhuk.
"Sayang, jom solat subuh."
Dian hanya tersenyum kecil. Manis dilihat. Dia berdiri di saf belakang seperti mana solat berjemaah bersama wanita di masjid.
"Ya Allah, terima kasih sebab kau kirimkan aku seorang lelaki yang akan tetap sentiasa menjadi imamku di setiap lima waktuku."
Bisik hati Dian.
|
|
|
|
|
|
|
|Dian memejam matanya rapat sambil berpeluk badannya sendiri di buaian taman belakang rumah.
Amir mendekati bidadari kesayangannya lalu duduk bersebelahan isterinya. Pinggang Dian di rangkul erat dari belakang.
"Sayang, may I hug you?"
"Sure..sayang pun dah lama rindu pelukan abang sejak abang koma dulu."
Mereka terlihat bahagia bersama. Tiada apa yang dapat merenggangkan mereka hanya ajal saja yang dapat memisahkan mereka.
Bayi kembar mereka dari tadi hanya berjalan di dalam walker kerana akhir-akhir ini mereka sering cuba untuk merangkak dan berdiri.
"Anak kita dah besar abang."
Amir tersenyum melihat wajah isterinya. Begitu manis ketika senyum.
"Ya, cukup besar untuk ada anak lagi."

YOU ARE READING
[C] 1.0 Dear, Hamba Allah
Lãng mạn"𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐮𝐥𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚." - 𝐀𝐥�...