Terngiang-ngiang dalam kepala Dian, kejadian yang berlaku semalam.
Dia merasa ingin menjumpai Alex lagi untuk memohon maaf dan mengajak Alex lunch bersamanya dan Lisa.
Sebagai tanda maaf sekali lagi kerana telah menumpahkan hot coffee itu.
"Dian? Kau dah siap assignment yang Madam bagi?"
Dian mengangguk kepalanya.
"Kenapa kau tak nak bercakap dengan aku ni, Dian?"
"Aku terfikir, kalau kita ajak Alex untuk lunch dengan kita, boleh?"
"Alex yang dah tengking kau semalam?! Oh memang tak la..kalau aku nak bagi dia lunch dengan kita."
"Dia kan dah sakitkan hati kau, boleh pula kau ajak dia lunch dengan kita."
"Ah..aku tak kira, aku nak ajak juga Alex."
"Suka hati kau la, Dian. Kalau kau kena marah dengan dia lagi, aku tak tahu."
|
|
|
|
|
|
|
|Waktu lunch.
"Weh Alex kau tak nak lunch ke?"
Alex diam saja.
"Tak apa lah, kalau kau tak nak lunch lagi, kitaorang pergi dulu."
Alex hanya mengangguk.
Dian dan Lisa sudah bersiap untuk mencari dimanakah kelas kejuruteraan Alex.
"Ha! Tu weh aku dah jumpa."
"Okay jom-jom."
Dian masuk dan menghampiri meja Alex.
" Hi, Alex jom lunch dengan kami."
"Kenapa kau orang berdua kat sini?"
"Macam yang kami cakap tadi..kami nak ajak awak lunch sama-sama."
"For?"
"Untuk minta maaf tentang benda yang berlaku semalam, so kami cadang untuk lunch dengan awak.
Lisa tersentak lalu..
"Kami?! Kau je yang nak ajak dia tadi, bukan aku!"
Dian tersengih macam kerang busuk ,untuk meminta maaf kepada Lisa.
"Fine, aku makan dengan kau orang berdua, tapi kena janji, jangan buat lagi and kau Dian kena hari-hari makan dengan aku,faham?"
Dian mengangguk tanda setuju.
Lisa mencelah.
"Okay dah-dah aku tak nak tengok tiba-tiba ada drama romantik kat sini, jom lunch aku dah lapar."
"Ish, kau ni Lisa..makan saja kerja sebab tu muka kau chubby."
Lisa memuncungkan mulutnya.
"Suka hati aku lah, nak chubby ke apa?!"
Alex pening dengan sikap 2 sahabat ini lalu pergi meninggalkan mereka untuk pergi ke kantin.
"Eh Alex! Tunggu kami!"
"Kau lambat,aku makan semua."
|
|
|
|
|
|
|
|Alex sudah tidak marah kepada Dian dan Lisa, jadi mereka pon menjadi kawan.
"Weh Lisa dah masuk waktu Zohor lah, jom kita pergi solat."
"Kejap-kejap aku nak bagitahu Alex si mamat poyo ni dulu."
Lisa pon pergi kepada Alex dan mendekati telinganya.
"Kami nak pergi solat sekejap kau tunggu tau 10 minit."
"Solat? What is that mean?"
"Aduh..nanti lah aku bagitahu 'solat' tu apa, kitaorang dah lambat ni."
Selepas sampai di dorm mereka.
"Weh aku solat dulu tau Lisa, sebab aku kan pakai tudung nanti lambat, lama pula Alex tu kena tunggu."
"Hm okay."
Lisa lalu pergi ambil wudhuk, manakala Dian yang sudah lama ambil wudhuk daripada Lisa, sedang solat.
Alex hanya kebingungan, dia tidak faham sama sekali apa yang dimaksudkan oleh Lisa itu.
"What is even 'solat' mean?"
Maklumlah,Alex ni adalah seorang lelaki berketurunan Cina Melayu kacukan Amerika.
Manalah dia tahu sangat selok belok agama Islam, selain daripada Kristian.
Yang dia tahu, Islam itu berhijab.
Selesai Dian dan Lisa solat mereka dalam perjalanan pergi berjumpa Alex semula.
"Weh macam mana kau bagitahu Alex yang kita nak solat?"
"Ala..kau ni, aku bagitahu saja lah yang kita nak solat, bukan susah pon."
"Dia faham ke? Solat tu apa? Kau ni Lisa, kau lupa ke yang lelaki itu bukan agama Islam, macam mana dia nak faham."
"Err..dia pon ada tanya tadi..apa maksud solat, tapi aku kata nanti aku bagitahu dia apa tu 'solat' sebab kita dah lambat."
Dian hanya menggeleng kepalanya oleh sebab perangai Lisa yang tidak memikirkan dulu sebelum memberitahu Alex tentang perkara ini.
|
|
|
|
|
|
|
|"Alex! Lama ke tunggu kami?"
"Tak ada la, sekejap je, kan Lisa dah cakap 10 minit jadi saya tunggu sekejap je lah."
"Oh macam tu.."
Dian memandang Lisa sekilas, lalu membuat pandangan tajam.
Lisa ketawa kecil kerana Dian memandang dia begitu.
"By the way, Dian what is even 'solat' mean?
Sambil Alex membengkokkan jarinya kedepan dua kali.
"Alex kalau awak nak tahu apa itu 'solat', awak boleh tengok di masjid atau di surau universiti ni dengan pelajar lelaki muslim yang lain okay?"
Alex menjongketkan keningnya kerana keliru dan hanya membalas...
"Okay."
××××××××××××××××××××××××××××
YOU ARE READING
[C] 1.0 Dear, Hamba Allah
Roman d'amour"𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐮𝐥𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚." - 𝐀𝐥�...