15 | 𝒟ℯ𝒶𝓇, ℋ𝒶𝓂𝒷𝒶 𝒜𝓁𝓁𝒶𝒽

24 3 0
                                    

"Jom,kita balik rumah ya? Umi nak masak sedap-sedap untuk Amir."

Kata Dian sehingga membuatkan Amir tersenyum gembira.

Malaysia.

Pulang sahaja ke tanah air mereka bertolak ke rumah Amir dan menjaga Amir dengan penuh kasih sayang.

"Umi, kenapa rumah ni besar sangat?"

Tanya Amir kepada Dian.

"Ni rumah kita, abang."

"Abang?"

"Ya, abang. Umi akan panggil Amir 'abang' mulai harini."

Ujar Dian walaupun dia tahu yang dia juga terpaksa menipu untuk menyuruh Amir memanggilnya 'Umi' supaya Amir mempercayai dirinya.

"Okay, abang. Nak makan apa harini? Umi masak banyak-banyak dan sedap-sedap."

Ujar Dian.

"Abang nak.. Spaghetti Carbonara! dengan Ayam Buttermilk!"

Jawab Amir bersemangat.

Dian tahu itu makanan kegemaran suaminya, jadi tidak menjadi masalah jika lelaki ini meminta untuk Dian memasakkan makanan yang agak susah bagi orang lain.

Alex yang dari ruang tamu itu menyapa Dian yang sedang menumis bawang untung membuat sos Carbonara dan merebus spaghetti.

"Sedapnya bau..aku tak sabar nak cuba masakan kau, baby."

Gurau Alex memanggil Dian 'baby' kerana dia tahu Amir ada disebelahnya.

"Ish, Alex. Amir kat depan ni kan..sengaja je dia panggil kita baby."

Alex hanya ketawa terkekeh-kekeh.

"Baby? Umi kan dah besar? Takkan awak panggil Umi 'baby'?"

Tanya Amir kepada Alex.

"Kalau Mawar dan Danial mungkin logik kalau awak panggil diaorang 'baby'."

Sindir Amir semula. Tersedak Alex yang baru sahaja mencuba sos Carbonara Dian.

Alex berdehem sejenak.

"Aku.. ehem- I mean.. saya tahu. Tapi saya saja panggil Umi awak ni baby."

"Sebab?"

"Sebab dia comel."

Selamba sahaja Alex membalas.

Pipi Dian mulai memerah. Dian tidak mahu cair di dalam kata-kata Alex jadi dia sambung memasak Ayam Buttermilk itu.

Selesai sahaja menghidangkan makanan diatas meja makan. Kedengaran suara tangisan bayi. Terus sahaja Dian ingin pergi ke tingkat atas tetapi dihalang oleh Alex. Dia pun pergi mengambil kembar itu dan dibawa keluar untuk diberikan susu.

"Kenapa nangis ni baby?" Tanya Alex.

"Alex, saya nak pegang baby boleh?"

"Boleh. Tapi hati-hati okay."

Alex memberikan Mawar kepada Amir untuk digendong. Mawar menyentuh muka kacak babanya.

"Ba-ba..erm.. ba-ba." Leter Mawar memanggil Amir baba.

"Hai baby Mawar! Awak panggil saya baba ya?" Teruja Amir. Sambil mencubit pipi Mawar.

Mawar ketawa gembira apabila dicubit oleh babanya. Danial yang berada di pangkuan Alex mahu juga duduk bersama Amir. Tangannya dihulurkan kepada babanya.

"Awak nak duduk dengan baba juga Danial? Meh sini baba dukung."

Amir membahasakan dirinya 'baba' kepada anaknya.

[C] 1.0 Dear, Hamba AllahWhere stories live. Discover now