[2 name with same meaning]
_________
Jadi jawapannya masih gagal? Jawapan ni seakan membawah ke arah terpadamnya cebisan cahaya kehidupan di dalam diri aku. Aku tak sanggup untuk pulang bersama kegagalan ini, jadi mungkin dengan mengakhirinya satu perkara yang betul, bukan?
Angin bertiup perlahan, turut bersama rambut aku berterbangan mengikut arah angin. Sebelum sempat aku sambung melangkah, pintu untuk masuk ke ruangan rooftop ini aku pandang. Mahu memastikan tiada siapa yang boleh masuk dan ganggu aku lagi. Tombol pintu yang sudah pastu berkunci itu aku lihat sekilas, aku sambung melangkah ke penjuru rooftop.
Dulu, aku tak suka masuk sini. Orang kata dekat sini ada satu roh yang tak tenang, budak tu bunuh diri 20 tahun lepas atas sebab yang tiada siapa tahu. Tapi mungkin aku faham akan isi hati dia sekarang.
Dia dan aku mungkin sama? Sudah berputus asa dengan dunia yang tidak pernah berpihak pada kita.
Kini aku sudah berdiri di tebing rooftop. Kepalaku ditundukkan untuk melihat suasana di tingkat bawah, ada sekumpulan pelajar sedang menikmati waktu rehat mereka, ada juga sekumpulan yang sedang bermain bola sepak di padang.
Tapi mereka tak pernah faham aku, tak pernah ada dengan aku. Tak ada siapa pernah kesahkan aku.
Balik pada cerita roh tak tenteram tadi, what if lelaki tu sebenarnya kena bunuh dan bukan dia yang bunuh diri? Mungkin aku boleh tanya dia bila aku mati nanti. Aku tarik nafas sedalam yang boleh, sebelah kaki di keluarkan. Tekat, aku dah bertekat.
"Kau boleh tanya sekarang." Aku toleh arah suara itu datang secepat mungkin. Bukan tadi aku dah kunci pintu ke? Macam mana boleh ada orang dekat sini lagi?! Jantung aku seakan mahu terkeluar dari dada bila ada seorang lelaki berdiri di belakang aku,
"Adoi!" Aku jatuh terduduk kembali ke dalam rooftop impak hilang keseimbangan badan. Sakit jugak jatuh macam ni je, tapi aku nak bujuh diri, macam mana ni? Tak akan nak tarik balik niat, jatuh maruah nanti.
"Kau yang panggil aku tadi? Lepastu kau terkejut pulak?" Dia bersuara dingin sambil tangan satu di dalam saku seluar, poyonya budak ni, dah lah entah siapa pulak tu. Aku berdiri dari duduk, tangan mengibas debu di belakang badan.
"Kau siapa?" Soal aku padanya. Dia berdecit perlahan, seakan rimas dengan aku.
"Kau literally panggil aku tadi!" Dia nampak marah, mukanya yang sedia dingin itu berkerut sedikit.
"So? Tadi dengan sekarang tak sama. Aku ada short term memory loss, please have some mercy!"
"Nah, you just a dumbass." Dia jawab selamba, budak lelaki tersebut duduk di tebing rooftop sambil memeluk tubuh. Dia pandang aku sekilas kemudian jeling.
Aku terkaku sendiri bila aku sedar akan sesuatu. Lama aku tenung lelaki tersebut, mahu memastikan apa yang aku nampak ni adalah benar dan bukan rekaan otak aku sendiri.
"You're transparent." Bisik aku perlahan,
"Yes I am, stupid lady! I'm a ghost! What did you expect?!" Dia melompat turun dari terus duduk di tembok dan berjalan mendekati aku dengan penuh kemarahan. Aku mula kecut perut bila melihat riaksi tersebut,
Aku ikut sama langkahnya tetapi melawan arus, cuba untuk menjauhi lelaki itu. Kaki aku terpijak sesuatu akibat terlalu leka mahu melarikan diri tanpa melihat sekeliling. Impaknya aku sekali lagi jatuh terduduk,
Lelaki pelik tersebut tertawa besar, dia tundukkan badannya sedikit sehingga kepala kami sama tinggi kemudian mengukirkan sebuah senyuman pula,
"Maknanya...aku dah mati?" Soal aku padanya. Soalan tersebut lantas mematikan senyuman manis lelaki pelik itu, dia lepaskan satu keluhan berat dan duduk menghadap aku.
"Since you're stupid as hell, biar aku cerita je lah. Aku Aslan, kau?"
"A—"
"Arabella, tak payah jawab. Aku tahu semua benda.”
"Then tak payah tanyalah."
"Shut up!" Aku tunduk dan menurut perintah, garang betul mamat ni. Dia jeling sebelum sambung bercerita, "anyways, i can read your mind. Incase kau TENGAH merungut pasal aku dalam hati, i can hear it—"
"CLEARLY." Aku tekup tangan pada mulut. Shit, not cool, tolak satu markah attractiveness.
"Can we just straight to the point?" Aslan jeling, dia kemudian betulkan kedudukannya sedikit kepada posisi yang lebih selesa buatnya.
"Okey, akulah budak yang mati 20 tahun lepas. Yang kau nak jumpa lepas kau attempt suicide tadi. Now I'm here, kau boleh tanya semua benda yang kau nak. No need to explain yourself sebab aku dah tahu everything pasal kau."
"Ew, what a creep. Kau suka aku ke sampai semua benda pasal aku kau tahu? So, what's my bra size?" Aslan pandang aku kosong. Dia nampak terkejut dan disgusted dengan soalan yang aku tanya,
"Kau sendiri tak pernah tahu apa size bra kau sebab kau pakai beli je bra yang cantik dekat kedai yang kau pergi. Sometimes kau just pakai sport bra sebab—"
"Tooo details!" Aku angkat tangan, suruh dia berhenti bercakap. Aslan senyum sinis, "okey, aku cuma nak tahu kau mati sebab apa. That's all."
"Tak boleh."
"Eahhh?! Tadi suruh tanya?"
"Itu tadi, ini sekarang. Aku ada short term memory loss. Please have some mercy!" Aslan ulang ayat aku tadi, dia kemudian berdiri pula, "kau still nak tahu ke?"
Aku angguk kepala, "boleh. Tapi kau kena buat 10 benda ni dulu. Siap semuanya, aku cerita dekat kau. Amacam?"
Aslan hulurkan tangannya pada aku, seakan mahu bersalaman.
Aku juga berdiri, entah semangat apa yang membara dalam diri ni. Semangat ni lagi tinggi daripada semangat cinta akan negara yang ada di dalam diri aku.
"Deal."
Kami berjabat tangan, walaupun aku tak rasa tangan dia dan seakan bersalaman dengan udara.
________
Please leave some comments ( ꈍᴗꈍ)
YOU ARE READING
10 Favours ©
Teen Fiction2022 "Dia ada, dia kuat, dia cuba." [Ini perjalanan hidup Arabella menunaikan 10 permintaan Aslan, si hantu annoying demi mengentahui kisah disebalik kematian hantu tersebut.] romcom shortstory. [Mula: 9/3/2022] [Tamat: 6/9/2022] ⚠️ Mention selfha...