[yellow]
Aku bangun pagi sedikit lewat dari biasa hari ni. Selalunya aku bangun awal pagi, pukul 3 atau 4 pagi untuk belajar. Hari ni aku bangun pukul 6. Aku cuma perlu bersiap dan pergi ke sekolah sahaja,
"Hah, amacam bangun lambat? Segarkan?" Aku sedikit terkejut dengan teguran itu. Hampir terlupa akan kewujudan dia. Aku cuma angguk kepala sambil leka memberus gigi. Cuba untuk lihat Aslan melalui pantulan cermin, tapi dia tiada di situ. Oh ye, dia hantu mana ada reflection.
"Hari ni aku nak suruh kau buat second permintaan." Aslan duduk di atas singki. Mungkin dia baca fikiran aku pasal tak nampak pantulan dia tadi. Aku jungkit kening, minta dia sambung bersuara sambil tangan leka membasuh muka pula.
"Petik 10 jenis bunga yang berbeza pagi ni before sampai sekolah."
"Kenapa permintaan kau semuanya merepek ni?" Aku lap muka pula, semalam pergi arcade, hari ni petik bunga. Macam-macam betul, nasib masih masuk akal walaupun terlalu random. Aku capai uniform sekolah yang tergantung, "dah pergi! Aku nak pakai baju ni."
"Eleh, macamlah aku bernafsu tengok kau." Aslan hilang daripada pandangan. Aku mula sarung pakaian sekolah secepat mungkin. Selesai sahaja, aku pergi betulkan rambut pula di hadapan cermin.
"Dah ke belum tu?" Suara Aslan kedengaran. Siap betulkan rambut, aku capai beg sekolah pula. Semua barang mengikut jadual sudahpun aku susun malam tadi.
"Dah." Dia munculkan diri, aku pandang jam di dinding. Pukul 6.30, rasanya dah boleh keluar rumah sekarang. "Nak petik bunga untuk apa?"
"Petik je lah, banyak cakap pulak." Aku diam tidak membalas. Kemudian aku keluar dari bilik, nampaknya semua dah bangun dan bersiap-siap mahu ke tempat kerja. Mama memang jarang masak sarapan, selalunya aku makan dekat sekolah atau singgah di kedai-kedai sewaktu dalam perjalanan ke sekolah je.
"Keluarga kau memang macam tu ke?" Aku tutup pintu rumah sambil angguk kepala. Aslan perhatikan rumah aku dengan riaksi pelik, "tak ada sapa morning, sarapan, atau bercakap langsung? Usually memang macam tu?"
"Yup, setiap tengah bulan dengan waktu result keluar je kami bercakap. Itupun penuh dengan bergaduh je lah."
"Duit?"
"Papa aku selalu bagi, masuk dalam credit card." Aku berhenti melangkah, ada satu deretan pokok bunga mawar warna putih di halaman rumah Aunty Jenny, biasanya waktu pagi macam ni dia tengah siram pokok dan tegur aku yang lalu untuk ke sekolah.
"Morning Ara," tegur Aunty Jenny bersama tong siramnya seperti yang sudah aku jangkan. Aku hadiahkan sebuah senyuman kepada dia,
"Morning aunty. Ara nak satu bunga rose ni boleh?"
"Boleh. Ambillah satu. Hari ni aunty nak jual dekat pasar, sebulan nanti baru nak ada bunga ni lagi. Kejap, aunty ambilkan gunting." Aunty Jenny pergi ke arah meja tempat dia meletakkan pelbagai barangan berkebunnya. Dia datang kembali dengan satu gunting di tangannya. Sekuntum bunga mawar putih dia potongkan untuk aku. Kemudian bunga mawar itu bertukar tangan pula,
"Thank you aunty!"
"Welcome, belajar elok-elok tau dekat sekolah." Aku angguk kepala beberapa kali sambil senyum manis. Sebelum melangkah pergi, aku lambai Aunty Jenny dan ucapkan terima kasih sekali lagi. Hati aku rasa sedikit tenang dengan bunga yang ada di tangan. Beberapa meter di hadapan, aku sampai di taman kawasan rumah yang aku tinggal pula. Dekat situ banyak pokok-pokok bunga hiasan, mungkin tak salah kot kalau aku petik satu setiap pokok.
"Wahh! Wanginya!" Bunga kemboja berwarna ungu itu betul-betul telah menambahkan serotonin diri aku pada hari ini. Aku melompat kecil, gembira dengan bunga-bunga yang ada di tangan dan baunya yang harum.
"Dah ada berapa dah tu?" Soal Aslan, aku kira bunga di tangan sebentar.
"Enam, lagi empat."
"Petik je banyak mana yang kau suka, jadikan bouquet." Aku angguk sambil mata memerhati lagi pokok-pokok bunga yang ada berdekatan. Tangan aku sudah dipenuhi dengan sejambak bunga yang semuanya kelihatan mekar. Pagi ni aku rasa sedikit semangat dan gembira, mungkin sebabkan aku tidur cukup kot.
Aku berhenti di deretan pokok bunga yang berada di tepi jalan pula, ada seorang lelaki yang sedang membelek bunga-bunga yang sedang mekar di situ. Aku kenal rasanya dia ni, class president; Kenji.
"Morning Kenji." Sapa aku padanya, Kenji alihkan kepala ke arah aku yang berada di sebelah kanannya. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya sejurus sahaja mata kami bertaut,
"Morning Bella. Wow, the flowers suits you well." Pujinya pula, dia sambung memandang bunga-bunga yang ada di pokok itu. Sekuntum bunga bewarna kuning dipetik olehnya, "add on this, Bella sesuai dengan warna kuning. Kuning boleh bawa mood baik tau."
"Oh, really?" Aku capai hulurannya itu, Kenji ketawa kecil sabil tangan kiri menutup mulutnya.
"Tak tahu, itu teori saya je. Kuningkan cerah. Cerah, happiness."
"Kinda make sense. Oh, jom? Nanti lambat dah nak pukul 7 dah." Kenji angguk dan berikan ruang bagi aku berjalan bersebelahannya. Kami beriringan untuk ke sekolah,
"Bella selalu ke jalan ikut sini? Saya tak pernah nampakpun sebelum ni."
"Tak, saya selalu ikut pintu pagar kanan. Tapi tadi baru habis petik bunga ni dekat taman belakang tu. So sayapun ikutlah jalan ni, nak cari bunga lagi." Kenji pandang jambak bunga yang aku petik di tangan,
"Kenapa Bella petik bunga hari ni?"
"Hm..." Aku cuba fikirkan alasan yang sedikit logik, tak akan nak bagitahu dia yang ada hantu suruh. Nanti dia fikirkan aku gila pulak,
"Cakap je saja-saja, nak release tension." Aslan tiba-tiba bersuara. Tadi dia tak ada, hilangkan diri. Muncul pulak dia entah dari mana,
"Saja je nak release stress. Kio cubalah buat macam ni jugak, rasa segar tau." Dia tunduk kepalanya sedikit kerana beza tinggi kami yang agak ketara, seakan mahu mendengar perbualan aku dengan lebih lagi. "Macam, bunga-bunga ni semua jerit 'selamat pagi!' dekat kita. Semua stress yang ada semuanya hilang."
Aku angkat kepala, Kenji masih lagi setia memandang aku yang sedang bercerita. Mata kami bertembung, dia menunduk selepas itu — alihkan pandangannya dari terus menatap mata aku.
"Comel. Nanti saya try lah, after this kalau Bella nak buat lagi, Bella bagi tahu lah saya. Kita boleh petik bunga sama-sama." Aku angguk setuju.
"Tapi ada satu syarat." Senyuman di bibir Kenji sedikit memudar. Air wajahnya bertukar menjadi keliru,
"Apa?"
"Panggil saya Ara, saya tak suka nama Bella." Dia geleng kepala, tak mahu menerima syarat tersebut.
"Tak nak, nama Ara tak special. Semua orang panggil, kalau Bella; awak tahu saya sorang je yang guna tu." Kami tiba di pintu pagar sekolah, aku masih tak terima jawapan yang dia beri itu. Tapi dia terlebih dahulu meminta diri sebab ada urusan di pejabat.
"Eleh, aku panggil kau stupid lady lagi special."
"Lagi sakit hati ada lah."
[2 April 2022]
YOU ARE READING
10 Favours ©
Teen Fiction2022 "Dia ada, dia kuat, dia cuba." [Ini perjalanan hidup Arabella menunaikan 10 permintaan Aslan, si hantu annoying demi mengentahui kisah disebalik kematian hantu tersebut.] romcom shortstory. [Mula: 9/3/2022] [Tamat: 6/9/2022] ⚠️ Mention selfha...