Epilogue

347 60 22
                                    

Arabella's

"Last favour." Aku toleh kepala ke arah Aslan di sebelah, hari ini diakhiri dengan hiasan bintang yang indah menaburi langit. Aslan diam buat beberapa saat sebelum dia menoleh ke arah aku yang sedang baring di sebelahnya ini.

Dia sepi seketika. Kami bertentangan mata buat beberapa minit sebelum dia tersenyum hambar.

"Wake up Arabella." Aku tersentak. Aslan pusingkan kepalanya menghadap langit,

"Bangun, berhenti tipu diri sendiri. Aku bahaya untuk kau. Kau kena lawan aku, bangun untuk Kenji." Aku duduk daripada perbaringan. Aku lupa dan keliru. Apa sebenarnya yang tengah berlaku? Aku sudah tidak dapat bezakan yang mana satu ilusi dan nyata.

Kepala ditundukkan sambil telapak tangan menutup wajah,

"Aku...tak faham."

"Arabella, sedarlah. Aku tak pernah wujud, kau yang reka aku sebab kau tak nak mati. Kau nak rasa nikmat kehidupan macam orang lain." Aslan diam seketika,

"Hapuskan aku Ara, kau kena bangun. Kau tak boleh tampung aku."






_____






Semuanya hanyalah fantasi. Kehidupan aku, hanyalah khayalan. Penat untuk kekal kuat di dunia, begitulah yang akan berlaku apabila hati teriak mahu pergi tetapi otak menolak kehendak si hati.

Aku reka semuanya.

Aku betul-betul tak mahu hidup saat itu, saat aku memilih mati, hati aku yang mahukan segalanya. Aku mahu pergi dari dunia,

Disebabkan itu, Aslan wujud.

Aslan tugasnya untuk membawa bahagia. Oleh itu, aku kembali cinta akan dunia. Dia melaksanakan perkara-perkara yang aku ingin lakukan sebelum aku tinggalkan dunia,

10 Favours,

Bukan permintaan Aslan, tapi permintaan Arabella sendiri.







_____







Kenji's

Saya tahu awak sudah cuba, saya tahu awak mahu bangun. Mungkin masanya sudah tiba, mungkin rehat ialah satu-satunya cara yang tinggal.

Terima kasih buat kenangan yang sementara ini. Saya tak terfikir langsung kita tidak lama. Saya harap, kita boleh bertahan sedikit lama lagi. Saya harap, saya masih dapat melihat senyuman manis milik awak lagi.

Saya harap, mata kita saling bersatu lagi.

Mungkin, hubungan kita sampai di sini sahaja, tetapi memori bersama awak akan tetap tersemat di dalam jiwa.

Hujan mulai turun membasahi bumi, tanah perkuburan yang masih baru ini sudahpun kosong. Cuma aku sahaja masih berdiri di sini. Aku tarik nafas sedalam yang boleh dan hembus, sekuntum bunga mawar berwarna kuning yang sedari tadi dipegang itu aku letakkan di atas kuntuman-kuntuman bunga yang lain.

Pertama kali kita bertemu, saya bagi awak bunga warna kuning. Kuning, boleh tambahkan rasa gembira; saya kata.

Awak percaya apa yang saya cakap waktu tu walaupun saya tak tahu ia betul atau tidak. Biarlah kuning juga menjadi bunga terakhir kita.

Goodbye, my sunshine.







_____







Maafkan saya, gagal walaupun diakhir nafas.



















---
10 Favours ended: 6 September 2022 | 5:30 pm

10 Favours ©Where stories live. Discover now