9: Who's That Boy?

289 61 8
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Morning sunshine." Langkah keluar dari rumah terhenti. Kunyahan buah epal juga turut mati. Kenji berdiri di hadapan rumah aku dengan senyuman yang mekar di bibirnya. Rambut panjang yang biasanya dibiarkan lepas itu dia ikat gaya ponytail. Jelas terpapar tindik di telinga yang selama ini dia sorokkan itu. Sebelah tangan berada di dalam saku seluar, sebelah lagi memegang tali beg yang digalas pada bahu.

"Morning...Kenji?" Dia mendekati aku dan capai beg yang aku galas. Aku masih lagi terkejut sebenarnya kenapa dia ada depan rumah aku ni, "kenapa awak ada dekat sini?"

"Nak teman sunshine saya pergi sekolahlah. Tak boleh ke?" Aku diam tidak membalas, kami mula mengorak langkah untuk tinggalkan kawasan rumah. Kenji bersiul kecil sepanjang perjalanan. Aku pula mendongak pandang langit. Langit pagi ini cantik, banyak awan yang nampak seakan kepulan gula-gula kapas yang pelbagai bentuk. Rasa macam mata ni tak boleh lepas daripada terus menatapnya.

Sedar yang aku sedang berjalan, aku kembali fokus kepada langkah. Nanti terlanggar tiang atau orang pula.

"Cantikkan langit pagi ni?" Aku alihkan kepala arah Kenji. Dia diam sebentar tatap mata aku kemudian palingkan wajahnya ke arah bertentangan.

"Yes, cantik sangat."

"Saya harap saya boleh tengok langit lama-lama." Dia jungkit kening. Aku dongak kepala sekilas dan kembali fokus berjalan.

"Kenapa tak tengok je?"

"Yelah, nanti kalau terlanggar tiang macam mana?" Dia ketawa kecil. Rasanya aku tak bergurau masa cakap benda tu. Kenapa dia ketawa jugak?

"Sini." Kenji selit tangannya di antara lengan aku. Kemudian, dia tarik aku supaya rapat dengannya. Pegangan diperkemaskan lagi, dia rangkul lengan aku dengan lembut, "awak boleh tatap langit lagi. Saya pimpin, jangan risau terlanggar tiang."

Aku diam tidak membalas dan kembali mendongak pandang langit. Somehow aku rasa,

Nyaman macam ni.



_____




"Hmmmmmmmmm..."

"HMMmmmmmmm...."

"HMM—"

"Aslan, enough." Aku bersuara perlahan, cukup untuk didengari oleh Asalan yang sedang duduk di atas katil. Dia tengah protest sebab aku tak mahu layan dia dan study untuk exam minggu depan. Dekat 30 minit dia mengeluh macam tu.

"Apa kau nak?" Aku pusingkan kerusi menghadap katil. Aslan senyum nampak gigi persis anak anjing sedang tagihkan extra food. Dia duduk bersila sambil mengusap dagunya yang runcing.

"Kau stress study tu apasal? Jom lah buat another favour."

"Mestilah study, nanti aku gagal lagi? Kau nak tolong ke?"

"Kau tahu yang kau memang akan gagal? Come on stupid lady, you're a great failure kot." Aku lepaskan keluhan berat. Hantu mulut tak ada insuran.

"At least aku cuba." Aku alihkan kerusi menghadap meja kembali. Sedikit tersinggung dengan apa yang Aslan katakan tadi. Walaupum dia memang macam tu, aku tetap akan terasa. Aku dah cuba sehabis baik kot. 

"Kau cuba pun tak ada siapa nampak yang kau dah cuba. Orang cuma nampak yang kau tu bodoh je." Volume headphones dinaikkan tinggi dan sambung belajar. Aku cuba abaikan Aslan. Dia dengan mulut cakap lepas dia berpisah tiada. Jagalah perasaan aku sikit.

"Kau ingat, kau boleh escape daripada aku? Lady, I'm a ghost. Remember?" Headphones yang tadi volume tinggi menjadi senyap. Aku lihat skirn telefon, volume mute. Dia yang mute kan benda ni? "Ye, sekarang ni. Jangan stress, jom buat another favour."

Aku mengeluh kecil dan jatuhkan headphones pada leher, "apa favour kali ni?"

"Main fireworks dekat tepi pantai!" Sorak Aslan gembira. Tangannya dipusing-pusingkan gaya sedang bermain bunga api. Aku telengkan kepala sedikit ke kiri, setahu aku selama ni orang main bunga api waktu ada perayaan je. Kita boleh main bunga api bila-bila masa je?

Aslan facepalm. Mungkin lepas dengar isi hati aku tad, "ye. Tak ada siapa nak marah kau main bunga api walaupun tak ada perayaan. So let's go!"

"Kejap, bagi aku bersiap dengan ambil bunga api dalam stor."







_____







Usai bersiap dan ambik bunga api, aku dan Aslan berjalan mahu keluar dari rumah. Hari ni untuk kali pertamanya aku pakai dress warna putih paras lutut. Terasa comel pulak walaupun ini bukan pakaian yang aku biasa pakai. Aku pulas tombol pintu dan berjalan keluar dari rumah.

"Pantai mana kita nak pergi ni Aslan?" Soal aku kepada Aslan yang duduk di belakang sambil sedang mengunci pintu rumah. Rumah tak ada orang hari ni, mama dan papa tak balik lagi. Diorang mungkin balik tengah malam nanti.

"Kita pergi Rin Nam Beach. Dekat situ tak ramai orang sangat." Selsai kunci pintu rumah, aku pusing menghadap Aslan yang mungkin sudah berada di jalan raya. Langkah aku terhenti. Aku hadiahkan sebuah senyuman bila nampak Kenji berada di luar rumah. Walaupun aku terkejut juga apa yang dia buat dekat sini.

"Kenapa awak ada dekat sini?" Soal aku kepadanya. Dia diam tidak membalas, air mukanya kelihatan hampa, "saya ada buat salah ke?"

Aku tilik diri sendiri kembali. Melihat pakaian ataupun rambut. Ada yang tak kena ke? Kenapa dia nampak tak puas hati?

"Bella. Siapa lelaki ni?" Kenji bersuara. Aku terdiam sebentar, lelaki? Lelaki mana pulak ni? Aku alihkan kepala ke arah Aslan yang berada di sisi. Mata Aslan terbeliak memandang Kenji seperti terkejut,

"Lelaki...mana?" Soalan dibalas dengan soalan, rasanya Kenji tak nampak Aslan. Atau...dia nampak? Tapi selama ni mana pernah dia tegur akan kewujudan Aslan.

"Dia nampak aku." Aslan berbisik perlahan, riak wajahnya seakan terkejut dengan perkara tersebut.

"Ni, lelaki ni. Siapa dia? Kenapa dia duduk satu rumah dengan awak? Setahu saya awak anak tunggal." Kenji tundingkan jari ke arah Aslan. Aku makin keliru, kenapa dia boleh nampak Aslan? Paling penting, macam mana aku nak ceritakan hal sebenar dekat dia? Mesti dia salah anggap dan fikirkan aku perempuan murahan.

Kenji lepaskan keluahan berat. Dia nampak seakan sedih dengan apa yang terjadi. Dia meraup wajahnya perlahan dan mengorak langkah untuk pergi meninggalkan kawasan rumah,

"Kenji, nanti dulu!" Dia berhenti melangkah dan memalingkan wajahnya ke belakang — melihat aku. Dengan wajah yang bengis. Aku telan air liur, tak pernah nampak riaksi dia macam tu sebelum ni.

"He's dead." Aku lalukan tangan pada bada Aslan, menunjukkan bahawa Aslan cumalah hantu dan bukanlah manusia untuk dia cemburu.

"See? He's dead. Awak nampak dia?"

Wajah Kenji mula berubah pucat. Aku hadiahkan senyuman janggal dan lalukan lagi tangan aku pada badan Aslan berkali-kali sampaikan Aslan tayang muka menyampah.

Tiba-tiba Kenji jatuh pengsan,

"Oh shit."











---
22 May 2022


10 Favours ©Where stories live. Discover now