"Thrift store? Apa tu?"
"Kau seriously tak tahu?" Aslan tayangkan muka pelik, aku angguk kepala sahaja. Tak pernah pula aku dengar nama kedai macam tu sebelum ni? Dia mengeluh kecil, mungkin baru sahaja baca fikiran aku tadi.
"Kedai tu jual barang-barang secondhand. Kebanyakkannya bajulah. Tapi ada macam-macam jenis thrift store yang lain. So, aku nak kau cari 3 jenis thrift store!" Aku berfikir sebentar. Mana pula nak cari thrift store ni? Telefon bimbit yang ada di dalam saku seluar aku capai untuk menggunakan Google.
"Oh, ada Thrift Market dekat-dekat sini sekarang." Aku simpan semula telefon selepas tahu lokasinya di mana. Banyak benda lagi yang aku tak tahu rupanya. Aku habiskan ice-cream yang tinggal lagi sedikit ini,
"Kau tahu benda apa yang menarik dengan ice-cream ni?" Aslan geleng. Aku tak tahu kenapa dia pilih untuk layan aku daripada baca sahaja fikiran aku. Kan itu lagi mudah?
"How it's comes with a lot of flavours, tapi tak pernah ada plain flavour." Dahinya berkerut, aku suap sesudu ice-cream sambil ketawa kecil.
"Kau pernah jumpa ice cream yang tak ada flavour? Macam air, kita ada plain water. Kita tak ada plain ice-cream." Dia mengeluh seakan penat. Aslan jatuhkan mukanya di atas meja, seakan mencari kekuatan untuk membalas persoalan aku tadi.
"Vanilla ice-cream tu plain ice-cream lah."
"Kau sebut apa tadi?"
"Um... vanilla?"
"Hah. Tu flavour vanilla. Aku kata plain."
"Kalau plain, nanti dia jadi ice, not ice-cream!"
"Whatever." Aslan mengalah dan cuma diam. Habis sahaja satu mangkuk ice-cream, kami mula bergerak ke Thrift Market pula. Jam sekarang menunjukkan pukul 5 petang. Seharian keluar dengan Aslan sahaja. Tapi seronok jugak, dapat buat macam-macam benda baru.
Dalam 5 minit berjalan, akhirnya sampai juga di Thrift Market. Tempatnya agak terpencil dan kecil. Ada lebih kurang 10 khemah terpasang yang semuanya menjual barang-barang terpakai. Ada baju, pinggan, pasu, aksesori dan banyak lagi dengan harga yang murah.
"Semua ni secondhand?" Aku bercakap sambil melihat baju-baju di kedai pertama. Ada banyak baju yang cantik di sini walaupun dia tak nampak sepenuhnya barang baru.
Aku dapat beli 3 pasang pakaian di kedai yang pertama. Agak berbaloi bila dibandingkan harga baju tersebut yang baru dengan yang aku dapat beli ni. Kami pergi ke kedai seterusnya pula. Kedai kali ni jual barang-barang antik. Benda yang menarik perhatian aku ialah disposable camera dan kamera-kamera lama yang dijual.
"Kalau dulu, aku suka beli kamera-kamera ni sebab nak tengok gambar-gambar yang ada dekat dalam." Aku capai satu kamera yang mempunyai tape '1988' di atasnya,
"Seriously? Sounds fun."
_____
Kenji's POV
"Awak fahamkan konsep frequency?" Soal Dr. Alex, aku hanya mampu angguk kepala dan menunggu jawapan lanjut daripadanya.
"Malam kejadian tu, awak ingat tak apa yang jadi?" Sekali lagi aku angguk kepala, cuba ceritakan apa yang berlaku kepada doktor tersebut.
"Ada satu kereta nak langgar kami, saya sempat tolak Ara jauh dari saya. Tapi saya yang tak sempat nak elak. Ara tak kena langgar, tapi saya. Kan?" Aku ingat lagi waktu aku lebih memilih keselamatan Ara daripada nyawa aku sendiri. Aku masih nampak tubuh badannya terdorong ke tepi jalan sewaktu kereta yang bergerak pantas itu merempuh badan aku yang sedang kaku akibat terkejut.
"Betul, Arabella tak alami kecederaan yang serius pun selain daripada kaki dia terseliuh sedikit." Aku lepaskan keluhan lega, wajah doktor itu aku lihat sekilas,
Ia nampak muram. Kenapa? Bukan Ara selamat? Bukan dia cuma terseliuh kecil? Kenapa riaksi doktor ni macam sesuatu yang teruk berlaku?
"Tapi dia tidak sedarkan diri." Jantung aku seakan mahu jatuh mendengar ayat yang baru keluar dari mulut doktor tersebut. Aku celaru, kenapa tidak sedarkan diri kalau cuma cedera kecil? Dia cuba mainkan emosi aku?
"Tadi doktor kata Ara tak ada masalah, kenapa dia tak sedarkan diri pulak?" Aku ketawa hambar, "doktor jangan buat cerita boleh tak?"
Ki menyentuh bahu aku sebagai isyarat untuk menyuruh aku bersabar. Doktor tersebut mengeluh perlahan, seperti sedang berfikir mahu menerangkan keadaan ini bagaimana.
"Macam ni, seluruh badan kita ada frequency tersendiri untuk ia dapat melakukan satu perkara yang normal." Dia tundingkan jari ke arah dinding yang sedang memaparkan MRI otak pada awal tadi, "mengikut analisis yang saya dapat, otak Arabella mempunya frequency yang sangat tinggi, luar dari jangkauan manusia biasa."
"Jadi, apa masalahnya?" Soal aku kerana terlalu lama mahu mendengar penerangan,
"Otak yang mempunyai frequency yang tinggi membuatkan manusia ada satu kelebihan. Arabella pernah bagi tahu awak yang dia ada kelebihan apa-apa?" Aku diam sebentar, apa yang Ara boleh buat?
Tiba-tiba aku teringat sesuatu,
Aslan?
"Dia boleh nampak hantu?" Doktor tersebut diam sebentar, dia mencatat sesuatu di dalam fail yang mungkin milik Ara.
"Mungkin itu salah satu kelebihan dia. Otak berfrekuensi tinggi menyebabkan individu itu mudah berfantasi. Carah mudah untuk saya katakan, semua benda yang dibayangkan olehnya nampak sangat realistik." Aku seakan tidak percaya. sebuah ketawa sinis aku lepaskan,
"Tapi, sayapun nampak hantu tu. Elok je saya boleh bangun?" Dia angguk kepala,
"Itu kelebihan kedua dia. Dia juga boleh bawa fantasi yang dia reka kepada orang lain atau orang sekitar. Dan ini menggunakan frequency yang sangat-sangat tinggi, sampaikan..." Dia jeda seketika. Kali ini aku dapat rasakan berita yang betul-betul buruk akan dilafaskan oleh Doktor Alex.
"...otak dia corrupt. Dia tak dapat tampung segala kelebihan yang ada ini, dan kelebihan ni jugak membuatkan otak dia cepat reput..." jantung aku seakan sudahpun terhenti sewaktu ini, aku betul-betul tidak percaya dengan apa yang doktor ini baru katakan. Entah kenapa, segala-galanya kedengaran seakan palsu.
"Kelebihan ni buatkan otak individu hilang fungsi asalnya. Mengikut berita yang saya dapat, Arabella selalu gagal dalam peperiksaan? Awak ada tanya guru-guru kenapa dia selalu gagal?" Aku geleng kepala, "cuba awak tanya, kalau betul otak dia dah rosak. Jawapan cikgu awak mungkin, dia tercampur-adukkan setiap subjek atau masalah mengeja. Kalau betul apa yang saya cakapkan ni. Jadi..."
"...maafkan saya, tapi sistem otak dia cuma tinggal masa untuk terpadam."
YOU ARE READING
10 Favours ©
Teen Fiction2022 "Dia ada, dia kuat, dia cuba." [Ini perjalanan hidup Arabella menunaikan 10 permintaan Aslan, si hantu annoying demi mengentahui kisah disebalik kematian hantu tersebut.] romcom shortstory. [Mula: 9/3/2022] [Tamat: 6/9/2022] ⚠️ Mention selfha...