"Dia gagal sebab saya tak faham apa yang dia tulis. Spelling errors, kadang-kadang dia solve math problems atas kertas dia. Padahal ini subjek sejarah?"
"Spelling errors banyak sangat."
"Saya selalu tak faham jawapan dia."
Itu semua jawapan yang aku terima bila bertanya hal Arabella kepada para guru. Aku setia duduk di sebelah Ara sepanjang hari ini. Mungkin ada keajaiban untuk dia boleh bangun dan tersenyum seperti biasa.
"Dia tak akan bangun." Satu suara menyapa dari pintu bilik. Aku langsung tak angkat kepala kerana sudah aku pasti siapa empunya suara itu,
"Sudahlah Kenji, mama papa Ara dah buat keputusan." Aku angkat kepala, wajah Isabella menjamah mata. Dia tersenyum riang bila mata kami bertaut antara satu sama lain. Tangan kanan bermain dengan rambut panjangnya yang dibiar lepas,
"Apa?"
"Dua minggu dia tak bangun, diorang matikan mesin pernafasan tu. Kesian katanya, tak baik biarkan dia tersiksa macam ni." Nadanya mendayu-dayu seakan di dalam kesedihan yang dibuat-buat. Aku genggam tapak tangan, menahan amarah yang sedang membuak.
"Isa tak tahu kenapa Kenji pilih dia ni, patutnya dia mati je. Senang." Aku sudah tidak tahan lagi. Aku berdiri dari duduk di atas kerusi, lengan Isa direntap kuat dan aku heret dia untuk keluar dari bilik rawatan Ara. Perempuan itu menjerit-jerit minta dilepaskan. Aku lepaskan lengannya apabila kami sudah keluar dari bilik.
"Kau jangan ingat aku tak tahu? Kau yang langgar kitorang malam tu kan?!"
"Awak ada bukti ke?"
"Tak payah buktilah, semua orang tahu yang engkau tu hati busuk! Kau tak boleh Ara lebih dari kau. Sudahlah Isa, aku tak cintakan engkau lagi. Tolonglah cukup hancurkan hidup aku, hidup Ara." Aku diam sejenak,
"Tolonglah bagi aku bahagia, aku tak faham kenapa Ara yang kena hadap semua ni, bukan engkau." Aku berjalan tinggalkan dia begitu sahaja. Amarah aku membuak-buak tika ini, sikit lagi mahu sahaja aku tampar muka dia kalau berlama-lamaan aku perlu hadap dia tu.
Aku menuju ke arah bilik Doktor Alex, beberapa minit berjalan, kami bertemu di laluan rumah sakit ini.
"Kenji? Sihat?" Soalannya itu dibiarkan tanpa jawapan, aku lantas menerjah dia dengan niat aku mencarinya ini,
"Betul ke apa yang dia cakap tadi doktor?" Keningnya berkerut, tanda dia tidak mengerti akan apa yang aku sedang bualkan,
"2 minggu lagi nak matikan mesin pernafasan Ara?" Dia diam sebentar dan angguk kepala perlahan. Aku mahu buka mulut, namun pantas sahaja dia memotong.
"Peratusan dia untuk bangun langsung tak ada, otak dia dah rosak hampir 95 peratus. Kalau tak matikan bantuan pernafasanpun, apa yang kita boleh buat cuma tunggu otak dia mati sendiri. Kenji, memang susah untuk terima, tapi ini hakikatnya." Doktor Alex menepuk bahu aku beberapa kali sebelum beredar. Aku tidak mampu percaya akan kenyataan yang baru sahaja diterangkan tadi.
Aku mula buntu. Aku faham yang aku perlu terima takdir, tapi aku tak mampu hidup tanpa Ara. Kenapa bahagia perlu sementara?
Aku ambil keputusan untuk keluar merokok buat seketika. Udara yang segar amat diperlukan selepas sudah seharian di dalam tempat yang seakan penjara ini.
_____
Angin petang meniup lembut wajahku yang sembab. Puntung rokok yang entah keberapa buat hari ini, aku bakar. Dua minggu telah berlalu, sekejap lagi akan menjadi jawapan untuk kehidupan Arabella. Aku tak mampu melihat ia berlaku, aku sudah lelah.
Aku sudah cuba segalanya, aku sudah merintih kepada semua orang untuk biarkan Ara hidup. Namun tiada siapa yang mahu mendengar rintihan aku itu. Ara, my sunshine. Awak ada dengan saya kan?
Rambut yang mencucuk mata, aku selit ke belakang telinga. Rooftop ini, tempat yang Ara kata dia berjumpa dengan Aslan. Entah kenapa hari ini aku teringin sangat untuk naik ke sini.
Pemandangan padang yang dipenuhi oleh mereka yang sedang beriadah agak menyejukkan mata. Arabella, agaknya macam ini ke pemandangan awak waktu tu? Waktu awak hampir berputus asa dengan dunia?
Aku sudah hampir seminggu tidak mampu lelapkan mata, belenggu serba salah menghantui diri. Mungkinkah aku penyebab Ara jadi sebegitu? Mungkin jikalau kami tidak menjalinkan sebarang hubungan, dia masih hidup di atas dunia ini seperti biasa? Mungkin jikalau dia tidak wujudkan Aslan kepada aku, dia tidak terlantar di hospital sana?
Aku hembus asap rokok yang baru sahaja mencemari jantung itu ke udara,
"Kenji." Aku toleh kepala arah suara yang mendatang. Jantung aku seakan mahu luruh bila melihat siapa yang baru sahaja menegur aku ini. Aku gosok mata beberapa kali, dia masih ada di hadapan mata.
"Aslan?" Ada dua kemungkinan yang sedang berlaku, atau...tiga.
Satu, aku sedang berhalusinasi.
Dua, Aslan sememangnya hantu dan bukanlah rekaan otak Ara
Tiga, Ara cuba hantar mesej melalu Aslan kepada aku sekarang.
"Ara ada, dia cuba untuk bangun." Aku masih diam akibat terkejut,
"Tolong bagitahu diorang yang Ara ada lagi. Dia tengah lawan aku, dia tengah cuba bangun." Beberapa saat kemudian bayangan Aslan itu berubah menjadi Arabella,
Mata aku mulai berkaca, Ara tersenyum girang di hadapan mata aku buat beberapa saat.
"Tolong saya Kenji? Saya cuba bangun. Saya janji." Sekelip mata, dia hilang begitu sahaja. Aku lihat jam yang ada dipergelangan tangan. Jam menunjukkan pukul 4.50 Petang. 10 minit sahaja lagi sebelum mereka mematikan bantuan pernafasan Ara.
Tanpa berfikir panjang, aku lantas lari keluar dari rooftop dan menuju ke hospital. Aku pasti, bayangan tadi merupakan isyarat dari Ara. Aku perlu pertahankan dia, aku perlu cepat sebelum semuanya terlambat.
Ara tunggu saya ya? Awak tak akan tinggalkan saya kan?
_____
Aku rempuh pintu bilik rawatan itu sekuat yang boleh. Corak pernafasan aku sangat tidak teratur kerana tidak berhenti berlari untuk 10 minit yang lepas. Satu bilik ini menumpukan perhatiannya kepada aku yang sedang tercungap-cungap. Aku angkat tangan, berikan isyarat 'berhenti' kepada mereka.
"Jangan matikan mesin tu dulu..."
"Kenji, berapa banyak kali-"
"ARA BAGITAHU SAYA YANG DIA NAK BANGUN!" Aku memotong apa sahaja yang ingin ibu kepada Arabella itu mahu katakan. Satu bilik ini melihat aku dengan wajah pelik, mungkin dia tidak percaya dengan aku. Mungkin mereka fikir yang aku gila,
"Betul, tolonglah percaya saya. Kali ni je..." Aku melutut, cuba untuk merayu "dia hantar mesej tadi, baru je sekejap tadi! Doktor, tolong terangkan dekat diorang yang benda tu possible! Saya tak gila, saya tak reka cerita sekarang ni!"
Aku merayu kepada doktor Alex pula, dia berfikir buat sejenak,
"Boleh jadi, frequency otak Arabella masih tinggi sampai ke sekarang."
"Dia ada, dia kuat, dia cuba." Aku berdiri, tangan diletakkan di atas dada untuk menahan sakit akibat daripada kekurangan oksigen.
Tiba-tiba bunyi bising mula kedengaran di salah satu mesin yang berada di dalam wad ini. Doktor dan jururawat seakan terkejut,
"Ada tindakkan refleks daripada pesakit!"
YOU ARE READING
10 Favours ©
Ficção Adolescente2022 "Dia ada, dia kuat, dia cuba." [Ini perjalanan hidup Arabella menunaikan 10 permintaan Aslan, si hantu annoying demi mengentahui kisah disebalik kematian hantu tersebut.] romcom shortstory. [Mula: 9/3/2022] [Tamat: 6/9/2022] ⚠️ Mention selfha...