[unknown]
"sekarang belum waktu balik."
"So?"
"It against the rules!"
"Stupid lady, rules are made for us to break it."
"Kau cakap senanglah kau dah mati."
"I used to alive too?" Aku diam tidak membalas, kami menyorok di belakang tembok sambil mata meliar memerhati kawasan sekeliling, "and i also have feelings, please show some respect."
"To a ghost?!" Aku tunduk pandang Aslan yang menyangkung di bawah, dia angguk dan jeling. Kemudian alihkan pandangan ke arah yang lain,
"Yeap." Aslan berdiri dan mula berlari, aku ikut dari belakang sahaja. Dia kata dia pro bab ponteng ni, percayakan aje lah. Demi nak tahu perkara sebenar di sebalik rahsia sekolah ni. Kami seakan dua orang yang mahu mencuri rumah seorang ahli politik yang berpengaruh. Mungkin bukan kami, cumalah aku sebab orang lain pasti tak nampakpun si Aslan ni.
"Stop!" Dia berhenti berjalan, aku pula berhenti mengejut sampaikan tertembus badan dia. Bagilah isyarat kot ye nak berhentipun!
"Slowlah suara tu, nanti orang dengar."
"Only you can hear me dumbass!" Aslan nampak bengang. Aku sengih kecil, sedar akan kesalahan sendiri. Kenapa hantu ni emo? Sikit-sikit nak marah. Aku yang period, dia pula yang emosi.
"Kita nak pergi mana ni?"
"Okey, clear. Jom!" Dia tak jawab soalan aku, Aslan terus lari tinggalkan aku yang masih tak faham. Kemudian dia lompat masuk dalam longkang besar belakang sekolah ni. Aku punya terkejut, aku lari arah longkang tu untuk periksa keadaan dia,
"Weh kau okay tak?!"
"Cepat turun sini stupid lady!" Aku lepaskan keluhan lega bila nampak dia tidak tercedera. Selepas itu aku sedar sendiri, dia hantu mana ada rasa sakit. Ye ke tak ada rasa sakit? Ahhh! Lantaklah!
"Are you crazy?! Masuk dalam longkang ni?!" Longkang belakang sekolah ni memang besar, tapi merisaukan betul. Kalau ada ular ke macam mana? Atau ada mayat? Tak ke aku dituduh membunug nanti?
"Jangan banyak tanyalah! Turun cepat nanti orang nampak!"
"I swear to god, if i die imma smack your fucking ass!" Aku terjun juga selepas mencarut. Selamat terjun. Terasa macam otak begegar sikit sebab melompat. Tak ada lah tinggi mana longkang ni, tinggi dia mungkin lebih 5 cm daripada tinggi aku. Nasib juga hari ni tak hujan dan panas terik, jadi longkang ini kering.
"You good?" Soal Aslan,
"Apa lagi sekarang?" Soalan dibalas dengan soalan. Aslan senyum besar sehingga menampakkan gigi arnabnya yang putih melepak.
"We walk!"
"Oh shit!"
__________
"Aslan jauh lagi ke? Aku penat dah ni." Aku lap peluh di dahi dan berhenti berjalan. Botol air dalam beg sekolah aku keluarkan dan minum segala isi air yang sedia sikit itu. Penat, entah berapa lama dah aku jalan dalam longkang ni nak melayan perangai hantu sekor je.
"Stupid lady, kita baru jalan for 10 minutes no wonder you build like a fat pig. Pemalas."
"Hei! Jaga mulut sikit eh."
"It's a fact here." Aslan berhenti berjalan, dia pandang sikit luar longkang untuk melihat tempat kami berada sekarang, "jom, sikit lagi dah nak sampai."
Dia sambung berjalan, tinggalkan aku yang masih belum bersedia mahu meneruskan perjalanan yang panjang ini. Baru permintaan pertama dan aku rasa aku mula give up dengan dia. Baik aku sambung pada niat asal aku tadi je.
"Come on stupid lady! Just a little bit!" Teriaknya tanpa rasa bersalah.
"Yelah!" Aku sambung berjalan, entah ke mana dia nak bawa akupun aku tak tahu. Kami sambung berjalan di dalam longkang untuk 5 minit. Selepas itu, Aslan panjat untuk keluar dari longkang ini. Aku cuma ikut sahaja apa yang dia lakukan tanpa banyak suara. Kami keluar di satu kawasan yang kelihatan seperti lorong gelap.
"Kat mana ni?"
"Come!" Aslan berjalan menyusuri lorong gelap ini pula, aku sedaya upaya besarkan langkah agar tidak ketinggalan. Dahlah tempat ni gelap, bawa penyakit betullah hantu sekor ni!
"Aslan, wait!"
__________
"Semata-mata nak main arcade?" Dia angguk kepala laju, tanpa rasa bersalah, Aslan melangkah masuk ke dalam arcade dengan senyuman yang mekar di bibir. Aku lepaskan satu keluhan berat, ponteng sekolah untuk benda ni je? Im already tired with him.
"Jom! Hidup ni kena enjoy. Hidup kau boring sangat je aku tengok." Teriak Aslan dari dalam arcade. Sebuah keluhan berat aku lepaskan dan turuti sahaja kemahuannya itu. Jujur aku kata, ini kali pertama aku masuk tempat permainan ini. Seumur hidup aku dibazirkan dengan belajar, belajar dan belajar sehinggakan tiada masa langsung untuk diri sendiri.
"Beli token dulu, kau ada duitkan?" Aku angguk dan berjalan arah mesin token, duit kertas bewarna hijau aku keluarkan dari saku seluar dan masukkan ke dalam mulut mesin tersebut.
"5 Bucks dapat 10 token je? Membazir!" Rungut aku kepada Aslan yang duduk di sebelah, Aslan mengeluh kecil.
"Yea I knew, but it's worth it! So let's go!"
YOU ARE READING
10 Favours ©
Teen Fiction2022 "Dia ada, dia kuat, dia cuba." [Ini perjalanan hidup Arabella menunaikan 10 permintaan Aslan, si hantu annoying demi mengentahui kisah disebalik kematian hantu tersebut.] romcom shortstory. [Mula: 9/3/2022] [Tamat: 6/9/2022] ⚠️ Mention selfha...