"Good. Sekarang dah ada dua budak yang menyusahkan aku." Aslan peluk lutut, rambutnya yang sentiasa bersinar kelihatan sedikit muram pada saat ini. Dia renung Kenji yang duduk di atas sofa. Kenji juga buat perkara yang sama — tenung Aslan macam nak tembus — dadanya masih lagi turun dan naik, mungkin sedang cuba hilangkan rasa takut pertama kali nampak hantu.
"Macam mana benda ni boleh jadi eh?" Aku bertanya, pelik jugak macam mana Kenji pun boleh nampak Aslan. Tak akan selama ni dia memang boleh nampak? Tapi dia baru tegur hari ni pulak.
"Don't ask me that question idiot, obviously sebab korang lovers?" Aslan balas, dia peluk tubuh sambil gulingkan anak matanya.
"What? Apa kena mengena?" Soal Kenji, Aslan jungkit bahu dan bangun dari sofa,
"Jom. Jangan bazir masa, lagi cepat siapkan favours, lagi cepat aku boleh bebas dari sini." Dia mula mengorak langkah untuk keluar dari rumah, aku juga bangun dari duduk dan diikuti Kenji yang masih dalam ketakutan. Kenji pegang tangan aku dan berjalan di belakang. Mengadanya dia ni, muka je ganas tapi takut hantu. Sampai pengsan dia punya takut.
"Favours apa ni? Bella buat apa dengan dia? You sell your soul to a ghost ke?" Aku ketawa kecil mendengar soalan yang keluar dari mulut lelaki itu. Kenji buat muka meluat dan muncungkan bibirnya tanda dia sedang merajuk,
"Saya terseru dia masa suicide attempt." Balas aku mudah, aku tunduk untuk pakai kasut. Sambil mata memerhati langit yang mulai gelap. Aku lupa sebenarnya last time cerita ni berjalan, langit cerah atau gelap. Harapnya gelaplah sebab aku malas nak check balik dekat chapter sebelum ni.
Usai sahaja aku pakai kasut, aku perasan yang Kenji masih berdiri kaku di belakang. Dia nak pengsan sekali lagi ke? Aku toleh ke arahnya, dia pandang aku dengan pandangan kosong dan dingin. Aku sikit tak suka cara pandangan dia yang ini. Kening dijungkitkan sebagai tanda 'kenapa?'
"You want to kill yourself?" Soalan itu seakan membuatkan dunia aku terhenti buat seketika. Bunyi burung petang yang ligat berkicauan juga seakan terhenti. Soalan tersebut bunyinya seakan satu penipuan. Seperti aku di alam fantasi. It's sounds unreal. Ini pertama kali aku dengar soalan ini ditanya pada aku. Walaupun tanda-tanda yang aku beri pada orang sekeliling amat banyak, tapi ini pertama kali soalan tersebut menjadi nyata di telinga.
"Yes. I'm sorry." Balas aku tanpa memandang wajahnya. Keadaan sunyi seketika, kami berdua diam di dalam dunia masing-masing.
"Tolong jangan buat lagi lepas ni." Katanya dengan suara yang bergetar seakan menahan tangis. Dia merangkul badan aku dan membenamkan kepalanya di bahu. Pelukan bertambah erat dari saat ke saat. Badannya seperti menggigil, "I can't let that happens again. Please don't do that."
Pelukkan dileraikan, dia menatap mata aku sedalam yang boleh. Tangannya masih di bahu aku. Matanya merah menahan tangisan, "dunia memang kejam, tapi awak ada saya dan saya ada awak."
"Apa pun jadi, tolong jangan tinggalkan saya. Kita hidup sama-sama okay?"
Saat ini aku sedar, aku tidak lagi sendiri. Aku tidak lagi seorang yang bukan sesiapa. Aku ada dia dan dia perlukan aku. Itu yang membuatkan hubungan kami menjadi erat. Kami memerlukan satu sama lain sebagai sumber kekuatan untuk terus berjalan.
Dan saat ini,
"It wouldn't happen again."
Janji yang sememangnya berat tetapi bermakna untuk kami,
"Promise?"
"Promise."
_____
Cahaya yang keluar dari bakaran bunga api ini membuatkan hati aku rasa gembira. Aku duduk selepas penat berlari sekeliling pantai bersama Kenji. Tangan diputar-putarkan sementara menunggu bunga api yang terakhir ini terpadam.
"Three more favours." Aslan memecahkan sunyi, kami berdua berikan perhatian kepadanya. Dia duduk di hadapan kami sambil melihat bunga api yang sedang terpadam dengan perlahan,
"I'm gonna miss you soon."
"As you should." Jawapannya itu membuatkan mata aku berguling dengan sendirinya. Geli. Aku tertawa sendiri, betul apa yang dia kata. Aku memang patut rindukan dia walaupun selama kami bersama ni, perangai dia menyakitkan hati. Bunga api akhirnya terpadam, aku campak batang yang terbakar habis itu ke tepi dan baring di atas tikar yang kami bentang untuk melihat bintang.
"Awak tahu tak yang Aslan sebab kita boleh rapat?" Kenji yang duduk di sebelah menunduk untuk melihat aku yang sedang baring, matanya dibuntangkan sedikit memberi riaksi tertanya-tanya.
"Semua favours yang Aslan bagi, benda tu akan ended up bawak saya dekat awak."
"Really?"
"Yeap."
"Coincidence je okay?" Aku ketawa perlahan mendengar balasan Aslan itu,
"Thank you for the Coincidence then." Kami bertiga diam melayan perasaan. Aku menatap langit yang ditemani dengan chaya bulan yang agak terang. Biasanya waktu sekarang ni, aku akan sibuk kurung diri dalam bilik. Sejak ada Aslan, semuanya mula berubah. Tak lupa juga dengan Kenji.
"Penatlah."
"Duduklah dulu, nanti dah hilang penat baru kita balik." Kenji balas tanpa memandang aku, dia leka melihat laut malam. Aku cuma diam sambil perhatikan rambut panjangnya itu beralun mengikut tiupan angin. Cantik. Dia dicipta sempurna dari semua segi.
"What if this is the end?"
"For?"
"Everything." Keadaan menjadi senyap. Kenji tidak balas soalan aku tadi, mungkin dia tidak suka dengan topik perbualan dan memilih diam sebagai jawapan.
"At least it ends with us."
Aku suka jawapan yang dia pilih. Malam ni terasa penat sangat. Mungkin sebab baru lepas main kejar-kejar tadi. Aku pejamkan mata, mahu amati bunyi deruan ombak yang nyaman.
"Arabella?"
;11 July 2022
Maaf kalau chapter ni nampak huru-hara. saya paksa diri saya untuk menulis when I'm feels like not it.
YOU ARE READING
10 Favours ©
Teen Fiction2022 "Dia ada, dia kuat, dia cuba." [Ini perjalanan hidup Arabella menunaikan 10 permintaan Aslan, si hantu annoying demi mengentahui kisah disebalik kematian hantu tersebut.] romcom shortstory. [Mula: 9/3/2022] [Tamat: 6/9/2022] ⚠️ Mention selfha...