Part 6

8K 61 1
                                    

"Stress la presentation ni, assignment lagi bila nak free ni? Aku nak enjoy pergi Karaoke!"
Sahabatku Fared mengomel kerana tertekan dengan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

"Ala, bukan kau sorang je stress aku pun stress jugak. Aku pun 3 assignment lagi tak siap ni" keluh lagi seorang sahabatku Azwan. "Dean, jom keluar pakai kereta kau boleh?" Azwan mengajak aku.

Fared dan Azwan merupakan kawan yang aku kenal semasa semester 1 dan mereka merupakan bekas sebilik dengan aku dan Jalil kerana mereka masing-masing menjadi AJK Asrama yang berlainan bilik dengan aku dan Jalil. Bilik mereka lebih selesa berbanding dengan bilik aku di mana bilik AJK Asrama Khas adalah bekas bilik stor sukan yang dijadikan bilik kerana pertambahan pelajar semakin ramai.

Terima kasih kepada Fared sebagai ketua Asrama dapat meyakinkan pihak kolej untuk menjadikan bilik stor menjadi bilik baru untuk AJK Asrama dan AJK Surau.

"Okay jom!" Aku pun menurut sahaja permintaan sahabat ku itu. "Nak ke mana? Bandar U? Ke Seri Iskandar?"

"Hmmm,jauh sikit boleh? Ipoh ke? Aku tak nak kantoi dengan lecturer lagi pergi Karaoke" Fared mencadangkan kepada aku.

"Betul, Setuju!" Sokong Azwan pula.

"Okay je. Tapi minyak tong-tong macam biasa lah ye."  aku hanya tersenyum dengan permintaan mereka.

"Jangan risau la mana pernah kami tak tong-tong duit minyak kat kereta kau." Fared berkata dengan nada yang sinis.

Mereka memang tidak kedekut apabila hendak mengeluarkan duit untuk keluar untuk menghiburkan hati. Tak kiralah makan atau pergi karaoke bersama.

Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 11.30 pagi selepas habis kelas pukul 10. Dalam kereta aku masih tertanya-tanya siapakah orang di sebalik tirai surau Subuh pagi tadi.

Sewaktu di kelas aku cuba mengecam milik siapa suara itu. Boleh kata aku banyak berkomunikasi dengan rakan perempuan sekelas yang lain. Tapi yang ini, lain pula, tak sama macam aku dengar di surau.
"Ke hantu yang bercakap?" Kepala aku mula ligat berfikir.

Azwan menepuk bahu aku di tempat duduk depan. "Hoi? Teringat sapa? Awek ke?" usik Azwan.

"Terkejut aku. Kau ni kan. Aku debik..." Aku betul-betul terkejut dengan sergahan Azwan.

"Rileks, aku tau kau join silat. Tak berani aku main-main dengan kau." gelak si Azwan dengan muka terkejut aku.

Fared yang menjadi pemandu kereta aku juga ketawa kecil melihat gurauan itu.

"Rileks la Dean. Dari tadi kita mula jalan kau termenung tengok tingkap tu." Fared menenangkan keadaan. "Sampai tembus cermin tingkap tu aku tengok." sambung gurauan Fared.

"Korang ni kalau tak menyakat aku tak sah!" jerkah aku kepada mereka.

"Ala Dean, sebab tu kitaorang ajak kau keluar, lepaskan tension kejap. Nanti kitorang belanja ko makan kat Aeon Kinta. Kau kan suka nasi ayam dan teh ais sana."

Fared dan Azwan memang tahu selera makan aku. Kalau keluar ke mana-mana, menu nasi ayam menjadi keutamaan aku. Walau di ajak makan benda lain, menu nasi ayam juga yang aku pilih bersama teh ais. Boleh sahaja aku makan benda lain cuma pilihan utama aku tetaplah nasi ayam bersama teh ais. Mudah,ringkas dan murah.

"Tapi Dean,kitorang ajak kau ni sebenarnya ada hal lain nak bincang." Fared memulakan langkah.

Aku seperti boleh agak apa yang mereka cuba nak sampaikan. Tapi aku berpura-pura tidak tahu apa yang bakal mereka suarakan.

"Kau dengan Jalil okay?" Azwan membuka pertanyaan.

Seperti yang aku jangka mereka memang nak bertanya hal aku dengan Jalil dan nampak aku seperti ada hal dengan Jalil.

"Aku okay je dengan Jalil. Kenapa?" Aku berdalih.

"Takde lah,kitorang perasan kau dengan Jalil tak bercakap sesama sendiri dah. Kau gaduh dengan dia ke?" Fared meneruskan pertanyaan.

"Taklah, aku dengan Jalil ada perselisihan faham sikit, nanti okay la tu." Aku bersahaja.

"Oh berkaitan dengan assignment? Ke berkaitan dengan nafsu sonsang kau?"
Tanpa segan silu Fared meneruskan pertanyaan.

Aku hanya mampu tersentak dengan pertanyaan Fared. Fared dan Azwan juga merupakan orang yang mengetahui tentang naluri aku. Fared mengetahui tentang ini bila kami berusrah bersama dengan Abang Syam. Azwan pula mengetahui tentang naluri aku kerana aku telah berkongsi bersama dia ketika kami di dalam dorm yang sama.

"Taklah, bukan berkaitan naluri aku, gila kau! Kan aku dah bagitahu kalau aku sentuh kawan-kawan aku, korang boleh belasah aku." Aku mengelat.

"Baguslah kalau kau ingat. Janji mesti ditepati!" balas Fared sinis.

Azwan hanya berdiam. Dia lebih suka bertanya aku secara peribadi tentang apa yang berlaku dengan diri aku. Azwan tidak suka membuka aib kawan-kawan dan hanya buat hal dia semasa di dalam dorm.

Fared lebih kasar dan berani bertanya hal yang benar jika dia nak dapatkan kepastian sesuatu benda. Tidak hairanlah dia jadikan ketua Asrama kerana dia lebih berani menegakkan kebenaran dan kebajikan pelajar.

"Aku dah cuba berkomunikasi dengan Jalil, dan bertanya apa salah aku dengan dia. Tapi macam korang nampak itulah yang berlaku." Aku membalas pertanyaan Fared dengan nada yang perlahan.

"Aku dah mintak maaf dengan Jalil kalau aku ada apa-apa salah dengan dia. Tapi dia diam je." aku meneruskan lagi dengan nada yang sebak.

"Tapi dalam kelas dia duduk sebelah kau. Nampak macam okay je". Azwan membuka mulut.

"Ya, itulah yang korang nampak. Nampak macam tak ada apa-apa kan?" Aku mengiyakan kata-kata Azwan. "Tapi hakikatnya aku dengan Jalil memang dah tak bercakap sesama sendiri. Dalam bilik pun kami buat hal masing-masing."

"Kau nak aku tanyakan Jalil ke?" Fared menawarkan dirinya bagi pihak aku.

"Tak payah la. Aku harap nanti setel sendiri  je dengan Jalil. Aku sentiasa dalam bilik dengan dia kan?"
Aku menolak secara perlahan perkhidmatan Fared.

"Okaylah kalau macam tu, kitorang harap kau selesaikan baik-baik dengan Jalil nanti" Azwan cuba menenangkan keadaan.

"Tapi kau kena ingat, kalau betul apa yang aku teka kau dengan Jalil, aku tak teragak nak belasah kau dengan budak-budak lain. Kau jangan cabar aku!" Fared mula menegaskan nadanya.

"Okay aku janji dengan korang. Kau boleh belasah aku kalau betul apa jadi nanti" aku menerima 'ugutan' Fared.

"Orait.Cantik!!" Fared membetulkan nadanya daripada tegas kepada bergurau sambil menunjukkan tanda bagus dengan jarinya.

Aku hanya tersenyum kelat. Tiba-tiba satu notifikasi telefon naik di telefon aku.

Nombor yang tidak dikenali tertera di paparan telefon.

"Assalamulaikum Dean, boleh kita berjumpa dekat surau kolej lepas Asar nanti? Ada benda saya nak tanya awak. Boleh?-  Muslimah Surau."

Aku membaca mesej tersebut dengan mata yang membesar. Oh "rakan" kelas aku yang aku tak kenali memberi mesej. Dari mana dia dapat nombor aku?

"Aduh,hal yang ada tak selesai, ada pulak benda lain yang datang" mengomel aku dalam hati.

Aku membalas pendek. "Boleh,Insya Allah. Lepas Asar ya?"

Dia membalas "Alhamdullilah, terima kasih Dean. Jumpa lepas Asar nanti"

"Entah apalah hal yang penting sangat tu? Takpelah jangan hampakan harapan orang kalau nak jumpa"  aku hanya mampu bersangka baik sahaja...

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now